Dec 31, 2011

Niat kerana Allah, bukan kerana jemaah

Assalamualaikum akhi wa ukhti..

"Teguhkan ikatan persaudaraan Islam"

Dengarlah kata-kataku dari pengalaman dakwah dijalan ini yang sangat sedikit. Maklumlah , 'duat hingusan' lah katakan..

Seorang daie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa melakukan apa-apa amal kerana sifat itu sebenarnya menunjukkan keaiban orang beriman. Kita seharusnya merebut peluang yang ada untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan ditarbiyah. Janganlah kita menjadi "penganggur" dalam tarbiyah. Yang hanya tahu cakap "wait and see".

Sebenarnya, pada zaman dan era kita inilah merupakan zaman yang paling mudah untuk melaksanakan dakwah kalau nak compare dengan zaman Rasulullah SAW dahulu. Walaupun kita tidak bersama dengan rasul dan para sahabat. Tapi malangnya, ramai anak muda mahupun orang tua tidak mahu mengambil peluang keemasan ini untuk dimanfaatkan. Kita banyak membuang masa untuk tarbiyah yang hebat tapi malangnya tidak bernyawa untuk bergerak.  

Kenapa ya? Jawapannya sudah tentulah kerana seluruh jiwa dan raga kita telah dikuasai oleh arus kemodenan dan euforia dunia hingga hati kita menjadi keras seperti batu dan layu dari siraman kesedaran dan keredhaan dari Ilahi. Sehinggakan kita merasakan seperti perjuangan dakwah ini merupakan satu perjuangan yang sangat berat dan menjadikan kita tidak jujur dalam perjuangan ini.

Pada satu ketika dulu, rasanya tidak ada seorang pun yang berbangga dengan perjuangan dan jemaah mereka kerana pada ketika itu, mereka sentiasa mengutamakan dakwah dan tarbiyah yang kukuh sahaja kerana bagi mereka, jemaah ini hanyalah dijadikan sebagai pelindung. 

Sangat banyak ujian dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pendakwah terdahulu yang tidak pernah dirasai oleh kita. Namun, mereka tetap tabah dan cekal hati menyampaikan cahaya keimanan kepada seluruh masyarakat yang semakin jauh dan terpesong dari akidah yang sebenarnya.

Pelik ye. Realitinya sekarang ini, jemaah Islam seolah-olah jemaah jahiliyah. Dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan kutuk mengutuk. Yang mana perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan DeenNya.

Apalah yang nak dibanggakan dengan jemaah yang kerdil ini. Even kita rasa kita kuat dan besar bila berada dalam sesuatu jemaah, tapi kenapa maksiat masih terus berleluasa? Daulah yang kita inginkan juga masih belum menampakkan bayangnya lagi. Apalah ertinya jemaah kita terkenal hingga keseluruh pelosok dunia tapi Islam masih tersepit dan terpinggir dalam arus kemodenan dunia. Mas'ul dan pemimpin2 masih tak dapat membantu ummat yang kian jauh dari tariq yang benar.

Wahai sahabat sahabiyah seperjuanganku, marilah kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk sungguh2 mendidik dan mentarbiyah agar kita semua dapat merasai masuliyah ini. Rebutlah peluang dakwah untuk tegakkan Islam di atas bumi ini! Ayuh sama-sama kita menyampaikan fikrah Islam agar dapat menyatukan ummah. Gunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya. InsyaAllah, kita akan sentiasa lurus dijalan ini, biiznillah. Niat kita perlulah sentiasa betul supaya kita bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah.

Wallahua'lam

Dec 11, 2011

Allah know the best

::ubat tidur::

Assalamualaikum...
Salam perjuangan buat sahabat-sabahat semua. Semoga apa yang kita perjuangkan diredhai Allah SWT.

Sehari sebelum result PSPM 1, seorang sahabat ana bertanya, "Ayat apa ek yang dapat redakan hati lepas dpt result esok?". Lebih kurang macam tula soalan yang ditanya. Ana pun lupa. Maklumlah, nama pun manusia. Lupa memang tak dapat dipisahkan dengan manusia. Ketika itu, otak ana ligat berfikir. Banyak ayat yang bermain di minda, namun tak terluah kepada sahabat ana ini. Akhirnya, ana buka tafsir quran yang ada disebelah ana ketika itu (bukan tafsir ana), ana buka surah Ibrahim dan bagi sahabat ana baca. Walaupun ana tahu, semestinya manusia sehebat sahabat ana ni tahu tentang ayat yang ana maksudkan.
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, sesunggunya azabKu amatlah pedih". (Ibrahim ayat 7) 
Ayat ini juga untuk menyedarkan ana tentang sifat syukur. Tidak kira walau apa pun keputusan yang akan ana perolehi pada keesokan harinya, bersyukurlah!

Pada keesokan harinya, ana pergi kelas macam biasa, tapi penuh dengan perasaan yang bercampur baur. Risau, takut, gundah gulana, semua ada. Ana mengingatkan diri agar sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW agar diberi ketabahan hati dan ketenangan jiwa kepada diri ini.

Jam 4.00 petang, ana pergi ke dewan untuk ambil slip keputusan. Pada waktu tu, dewan sudah kembali sepi sebab ramai yang dah ambil keputusan seawal jam 3.00 petang. Kelewatan ana adalah disebabkan kami terpaksa menghadiri kelas Biology Praktikal yang pada waktu tu, ana buat eksperimen dengan tangan menggigil dan hati yang kurang tenteram.

Selesai ana mengambil slip, tempat pertama yang ana tuju ialah Surau As-Sufi dan perkara pertama yang ana lakukan adalah sujud syukur. Lepas sujud syukur barulah ana buka slip. Sebelum tu, ana bermonolog dalam hati, "Ya Allah, semoga keputusan yang aku terima ini adalah keputusan yang terbaik buat diriku".

"Alhamdulillah". Itulah ucapan pertama yang terucap di dalam hati. Walaupun keputusan tidaklah sehebat insan lain. Ana teringat pesanan seseorang supaya ana terima keputusan seadanya dan terima dengan hati terbuka. Janganlah kamu bersedih hati. Tabahkan hatimu wahai Nur Afiyah. Ingat! Ini ujian yang Allah beri untukmu supaya kamu tidak lupa dan leka dalam mengejar duniawi.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Keputusan yang diterima ini adalah ujian dari Allah supaya hambaNya tidak leka dan alpa terhadap kehebatan dan rezeki yang Allah berikan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah ayat 216)

Dec 10, 2011

Kembali

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepikan diri ini, kini ana kembali untuk berkongsi semangat dan berkongsi cerita untuk kita sama-sama belajar dan mengambil ibrah dari perjalanan hidup manusia yang bergerak di medan dakwah tidak kira di mana-mana pelosok dunia sekalipun. Semoga robbulizzah mengampuni segala khilaf yang telah diperlaku sepanjang hayat.
  Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah ingin memberi kita pelangi yang indah.
Past is past. Terimalah dengan hati terbuka. Semoga dengan apa yang direzekikan Allah ini dapat memberi motivasi kepada kita sebagai pelajar dan da'ie dalam menggerakkan dakwah islamiyah.
Jika kita membelakangkan matahari, kita hanya melihat bayang-bayang sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam.
Kadangkala kita diuji. Hidup ini akan melolong kesakitan apabila diberi ujian. Tetapi sepantas kilat juga akan sembuh dari kesakitan itu dan akan berganti dengan kesenangan dan kemudahan dalam jiwa pabila hidup ini kita gantungkan sepenuhnya kepada Allah. Ingatlah, Allah ingin membersihkan dan menyucikan tauhidmu dengan memberikan kita ujian yang maha hebat supaya kita tidak sombong dengan kehebatan yang Allah kurniakan kepada hambaNya.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" 
Sila hidupkan enjin kita dengan memulakan tahun baru 1433 Hijrah dan 2012 Masihi ini dengan mengusir segala kesedihan lama dan gunakanlah masa sebaik mungkin untuk kita laksanakan kerja dakwah demi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW sehingga hujung nyawa. Rasailah getaran dakwah dan syurga itu menyatu dalam dirimu. Walaupun payah dan penuh liku, rasailah dzauknya perjuangan dengan menyibukkan diri dalam meningkatkan amal fardhi dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal jama'ie. Berdoalah sambil melakukan kerja-kerja jihad ini agar sentiasa dikurniakan Allah halawatul iman. InsyaAllah...

Aug 24, 2011

IMAN ADALAH MUTIARA

Assalamualaikum...

::Berilah ubat kepada hati yang tidak sihat::

Apa khabar iman dan amal antum semua? Apa khabar hati? Bagaimana keadaan hati antum? Iman antum? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? Kritikal? Ke terpaksa dimasukkan ke ICU? Atau hampir sembuh dari serangan virus dosa??

Semoga hati-hati ini yang sentiasa dekat denganMu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan semuanya sedang bergelut dengan masa yang terlalu singkat ini untuk mengejar pahala Ramadhan..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Iman itu memiliki tujuh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman."

Apa khabar iman kita? "Maka jawablah ia dengan amalan..."

Sementara cuti pertengahan semester yang sedang berjalan pada waktu dan ketika ini, kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita jugalah yang menguruskan aktiviti seharian kita seperti makan, tidur, mandi, siapkan tutorial *hek!* dan sebagainya.. Tapi, yang paling penting dan paling utama ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.. Iman kita juga memerlukan planner. Isikanlah planner iman anda semua dengan agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan dan menyihatkan iman. Rebutlah peluang keemasan dikala Ramadhan ini masih bersisa untuk mencapai halawatul iman. Sesungguhnya, hanya orang yang betul-betul beriman dan beramal soleh sahaja akan dapat merasai betapa manisnya iman..

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini , teguhkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Janganlah Kau pesongkan hati kami. Sesungguhnya kami hamba-hamba yang sangat lemah lagi daif..."

Salam mujahadah melawan nafsu~

Aug 23, 2011

Kenapa mereka diuji??

Salam kasih sayang kepada semua pembaca-pembaca yang hanyalah sekelumit cuma..Semoga senantiasa berada dibawah rahmat Allah SWT..

"Takwalah kepada Allah dan bersabarlah terhadap takdir Tuhan."

Sangat hebat ujian yang diberikan Allah kepada sahabatku ini. Tika hati bergembira mengucapkan kalimah selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sahabat kita yang lain, hati ini juga terkilan apabila mendengar berita yang amat memilukan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berita yang tidak ku sangka akan terjadi kepada sahabat seperjuanganku ini. Hati ini hanya mampu berdoa yang terbaik buatmu~ Tidak mampu untuk aku mendakapmu tika kamu sangat memerlukanku di saat ini. Maafkanku sahabat..Asif jiddan ya sodikoti~ Kita kini terpisah dek kerana cuti pertengahan semester yang bagiku amat panjang dan sudah tentu akan melalaikan diri ini yang sering lagha tanpa nasihat-nasihat darimu sahabat.. Terpaksa aku dahulukan ibu bapa ku sebelummu. Tidak mampu untukku berbuat apa-apa bila ibuku memberikan jawapan NO untuk pergi bertemumu yang aku yakin, dikau sedang berdukacita atas apa yang menimpamu dan kamu sangat memerlukan kami.

Semoga dikau bersabar dan terus kuatkan hati mengharungi ujian yang sangat besar daripadaNya. Tabahkan hatimu duhai sahabatku, janganlah dikau berduka kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.."Sesiapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menjadikannya sabar"

Be strong my dear!! Allah know you can handle it, you can stand for it! Believe in what ever happen..Allah will always be there for you..Don't never give up. Life must goes on!!

Ya Allah, bantulah sahabatku ini agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Bantulah dia menjalani kehidupan yang penuh onak duri ini dengan sentiasa mengingati dan mencintaiMu ya Rabb...

UJIAN ALLAH DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK~

Be strong sahabatku~ Jangan cepat lemah semangat! Saya tau awak kuat..


::Semoga dikau sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa orang tersayang disisi::
-Sahabatmu ini akan sentiasa bersamamu. InsyaAllah~

********************************************************************************************************************************************

Buat sahabatku Nur Afiqah Airil, takziah diatas pemergian nenekmu yang tersayang 21 Ramadhan yang lepas..Semoga roh nenekmu dicucuri rahmat..Allah lebih menyayanginya..Semoga dirimu sentiasa tabah menghadapi ujian ini..Kuatkan semangatmu sahabatku~ Aku di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.. Jaga dirimu baik-baik di UITM kerana aku takkan selalu berada di sampingmu seperti 5 tahun yang lepas..Ukhuwah fillah abadan abada~

::2006-2010 penuh kenangan::

Salam sayang~

Aug 21, 2011

Jalan Mujahadah

Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana
Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang 
Tersemat dijiwa
Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana
Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah 
Melawan arusnya
Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi 
Cabaran kehidupan
Di alam remaja
Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran 
Iman dan taqwa landasannya

*********************************************************

::Salam mujahadah::

Kita selalu bertanya...

Assalamualaikum...

Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya...

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Al-Quran menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran ayat 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al-Quran menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah ayat 111)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Al-Quran menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah ayat 5)

Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

::Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk::

Aug 20, 2011

Pergi

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua yang kini sedang bertungkus-lumus dan berusaha sehabis baik menggandakan ibadat pada bulan yang penuh barakah ini untuk memburu lailatul qadar. Diam tak diam, dalam kesibukan melalui hari-hari yang penuh ranjau dan onak duri di SeMaC, Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita. Betapa sekejapnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam solat tarawih malam pertama Ramadhan di Surau As-Sufi. 

Bagaimana Ramadhan kita yang sudah masuk hari ke-20 ini?? Kita kini sedang melalui fasa pembebasan dari api neraka. Adakah kita mengambil peluang sebaiknya dalam menjayakan misi menjadi orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT? Ataupun kita ternyata semakin jauh dan jauh lantas tidak mengendahkan kehadiran Ramadhan? Dek kerana sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal menjelang, Ramadhan berlalu seperti angin lalu tanpa apa-apa nilai. Sedangkan, pada masa kritikal beginilah, kita sepatutnya berebut dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi insan cemerlang di sisi Allah pada bulan ini. Berbahagialah bagi mereka yang benar-benar haloba dalam beribadah dan amat rugilah bagi mereka yang hanya menjalani Ramadhan dengan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. 

"Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu". 

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadr. Tahukah kamu apakah lailatul qadr? Lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan" (Surah Al-Qadr: 1-3)

Alangkah bertuahnya hati ini jika dipertemukan dengan lailatul qadar. Satu malam yang penuh syahdu dan berkat, malam yang ditunggu-tunggu oleh para anbiya' dan para solihin yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Namun, malam lailatul qadar tidak akan datang bergolek, kita sebagai manusia hendaklah berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana lailatul qadar menjanjikan ganjaran seperti beramal 1000 bulan dan doa kita dikabulkan Allah. Subhanallah! Maha pemurah dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNya yang beriman.

"Allahumma arzukna lailatul qadr" Ya Allah, rezekikan kami lailatul qadar.

Sekian, 
-Semoga menjadi pemburu Lailatul Qadar yang berjaya~!!- 

::Ramadhan yang sama, natijahnya berlainan::

Aug 16, 2011

Tahniah Peserta Ulama' Muda SMKA MH

Assalamualaikum..Updated from Kolej Matrikulasi Selangor..

Setelah sekian lama tak update blog yang serba kekurangan ini, tiba-tiba hati terdetik untuk menaip sesuatu. Baru hari ni dapat tau yang maahad ada buat program Ulama' Muda SMKA MH. Program Ulama' Muda ni seakan-akan Imam Muda. Alhamdulillah, akhirnya maahad muncul dengan satu program yang sangat hebat. Teruja bila tengok blog Ulama' Muda SMKA MH http://ulamamuda-smkamh.blogspot.com/. Tapi rasa agak terkilan jugak sebab tahun lepas takde program macam ni. Tak dapat nak rasa pengalaman menyertai Ulama' Muda ni and tak dapat jumpa Imam Muda Ashraff..heh..

Serba sedikit tentang Program Ulama' Muda SMKA MH.
"Cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh setiap manusia muslim di akhir zaman ini datang dari berbagai sudut dan cara. Semakin hari semakin hebat dan pastinya akan bertambah kompleks pada masa hadapan mereka. Ujian dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan pemikiran perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah. Bagi mempersiapkan pelajar menghadapi berbagai ujian dalam kehidupan mereka sekarang dan pada masa akan datang, Program Ulama' Muda ini diketengahkan sebagai salah satu usaha untuk membantu mereka yang terlibat secara langsung dengan program ini khasnya, dan seluruh pelajar SMKA Maahad Hamidiah amnya bagi mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul."



Imam Muda Ashraff Musim Pertama

Tahniah kepada adik-adik kerana telah berjaya terpilih sebagai Ulama' Muda and jadi ikon dan idola kepada semua warga Maahad Hamidiah. Bersyukurlah kerana Allah telah memilih anda semua untuk mempelajari ilmu yang tidak kurang pentingnya dalam melahirkan insan musleh dan ulama' unggul yang mampu menjadi sinar di celah-celah kabus kemodenan dan kealpaan duniawi..

Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik dua jari, itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan. Namun, tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan. Teruslah melangkah meski dalam kepayahan. Kita kan khalifah! Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah? Sedang mehnah itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan mehnah yang membuatkan kita terduduk menangis hiba?? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang~!! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkah terus teguh menuju jalanNya...

-BERSAMA KITA MERAIH CINTA ALLAH-

Salam mujahadah~

Aug 6, 2011

Hati Merindu..

Sedari dulu hati ini merindu akan ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup,
di mana lagi akan aku temukan erti sebuah kehidupan,
di mana lagi akan aku dapati cinta yang hakiki,
Ternyata,
datanglah sinaran seiring kesungguhan mencari jalan kebenaran,
jalan keredhaan

Akan selalu ku syukuri nikmat yang telah diberi,
petunjuk hidayah suci
Ilahi Rabbi...

Salam Mujahadah~

::Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Ilahi::

Aug 5, 2011

NIKMAT

In The Name of Allah, The most Beneficent, The Most Merciful...

Assalamualaikum..
Nikmat bila duduk rumah. Dapat sahur dengan makanan sedap-sedap. Ayah kejut sahur sampai bangun. Berbuka dengan macam-macam jenis hidangan. Nikmat bila dapat solat berjemaah dengan keluarga. Rasa lebih dilindungi. Rasa lebih khusyuk. Lebih tenang bila balik rumah tengok muka mak dengan ayah. Hilang semua masalah. Alhamdulillah..

Rasa takut bila baca Surah  Ar-Rahman. Terasa macam sangat tak bersyukur kepada Allah bila dikurniakan kesenangan dan rezeki yang melimpah ruah. Kufur nikmatkah??

"Maka yang mana satu lagi nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?" Takut bila baca ayat ni. Ya Allah, sungguh tak bersyukurnya hambamu ini.

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah, Tuhan pencipta alam, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena, dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah sudah. Subhanallah. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah telah kurniakan disekeliling kita.

Namun, manusia sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada Allah yang Maha Memberi. "Maka yang mana satu lagi nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?" Ketika melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini? Sekiranya Allah mengarahkan semua nikmat yang telah diberikan kepada manusia itu harus dibayar dengan menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu? Tidak terkira banyaknya.

"Dan ia telah memberikan kepada kamu sebahagian daripada setiap apa juga yang kamu berhajat kepadanya. Jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar, sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat TuhanNya".
Bersyukurlah kepada Allah di atas nikmat yang telah Allah kurniakan. Ya Allah, terlalu sedikit sekali aku mengucapkan kata syukur kepadaMu. Alhamdulillah....Bersyukurlah wahai hati kerana Allah telah menempatkan kamu ditempat yang sepatutnya kamu berada.


::Bersyukur dapat belajar di Kolej Matrikulasi Selangor dan dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat memahami::


Perjuangan yang belum selesai

Assalamualaikum..
Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah,
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah,
Tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah

Dekatilah Allah,
agar tunduk disaat yang lain angkuh,
agar teguh disaat yang lain runtuh,
agar tegar disaat yang lain terlempar..

Ikhlaskan semuanya. Redhalah dengan apa yang telah diberikah oleh Allah. Lakukanlah kerja selaras dengan kemampuanmu. Istiqamahlah dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah.

Maka duhai hati, janganlah engkau berdukacita dengan ujian yang hanya sedikit Allah berikan kepadamu. Bangkitlah! Umat Islam harus cemerlang, hari ini pasti lebih baik dari semalam..

Salam mujahadah~

::Tempat ku bertemu Pencipta yang Maha Agung::

Rahmat Ujian

Assalamualaikum...

Jalan dakwah itu bukan seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi jalannya adalah jalan-jalan yang penuh onak duri. Bukan semua perkara yang kita mahukan akan kita dapat dengan mudah. Bukan mudah menjadi penggerak dakwah dari sayap akhawat. Banyak cabaran dan liku-liku yang perlu dihadapi. Bersabarlah duhai hati. Ujian yang Allah berikan ni terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan orang lain. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Hanya orang yang bodoh sahaja tidak mahu Allah bersama-sama mereka. Kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah duhai hati, keberkatan daripada kesabaran itu akan membawa manfaat kepadamu lalu akan menolak segala mudarat. Ikhlaskan niat. Belajar terima orang sekeliling. Jangan pentingkan diri sendiri. Bangkitlah dari mimpi-mimpi indah. Janganlah engkau bersedih duhai hati~ Tiada perkara yang mudah dalam menjalani arus kehidupan. Ingatlah, kepahitan yang engkau sedang rasai ini hanya sesaat, akan tetapi kemanisannya berpanjangan. 

Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggungnya. Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan datangkan hujan yang tiada henti, hati ini tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi pelangi yang lebih indah.

::Bersyukurlah dengan nikmat dunia::

Jul 22, 2011

Sanah Helwah ya Sodikoti~

Maahad Hamidiah *Bumi Ulama'*

Sanah Helwah ya Farah~
Asif jiddan sebab tak wish birthday kamu hari tu..
Semoga Farah sentiasa berada dalam rahmat Allah,
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,
Semoga diberi kekuatan hati untuk teruskan perjuangan di UITM sane~
Semoga sentiasa dilindungi daripada fitnah dunia..
La'allaki najihun fiddunia wal akhirat~

Uhibbuki fillah ya sodikoti. Semoga persahabatan yang kita bina selama 5 tahun ini akan kekal selamanya~ InsyaAllah.

Jul 14, 2011

Bersabarlah Duhai Hati~

::Surau As-Sufi:: *The Center of SeMaC*

Assalamualaikum pembuka bicara..Updated from Kolej Matrikulasi Selangor..My new life begins~

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..Orang kata, keluar je dari alam persekolahan, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi..Sekarang, baru dapat rasa macam mana hidup dalam dunia tanpa tarbiyah..Hati kena kuat, kena banyak bersabar..Tiba-tiba rindu Maahad~ Rindu nak dengar Asmaul Husna tiap-tiap pagi, rindu nak dengar lagu Maahad, rindu nak solat Dhuha tiap2 pagi dengan 'Afifah..rindu sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan diri ini yang sentiasa lagha..rindu semua yang berkaitan dengan Maahad Hamidiah..

Bersabarlah duhai hati..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..Yakinlah pada Allah wahai hati~ 

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan, ingatlah, apa yang kita buat sekarang ni tidak lain hanyalah kerana Allah..Hanya kepada Allah sahaja kita bergantung..Banyak ujian yang akan kita hadapi dalam menegakkan dakwah Islamiyah di sini..Teguhkanlah daulah Islamiyah dalam dadamu, nescaya ia akan terteguh di KMS!!

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..


"Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad, 7)


Salam Mujahadah...

May 18, 2011

Keputusanmu keputusanku jua

Orang kata, ibu bapa kita lebih tau apa yang terbaik untuk anaknya. Jadi, kita kena ikut apa yang orang kata. Bila ibu kita cakap masuk Matrik, kita kena lah masuk matrik. Bila ibu cakap masuk universiti, kita kena lah masuk universiti.
Mungkin sekarang kita tak sedar, tapi saya percaya yang satu hari nanti, Allah akan tunjukkan yang keputusan yang telah ibu kita buat sewaktu dahulu adalah keputusan yang terbaik bagi diri kita.
Mungkin sekarang kita tak nampak apa kebaikannya. Tapi percayalah. 
Ibu kita lebih tau siapa diri anaknya berbanding anak itu sendiri.
Jadi, apalah salahnya kalau kita ikut cakap ibu kita walaupun mungkin keputusan yang ibu kita buat sangat menyakitkan hati kita dan ia bukanlah benda yang kita mahukan.
Anak yang baik mendengar kata~
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita... 

...

There are only one choice in this life. If you choose wrong way, you will regret it for a life time.
Oftentimes in life, we take the easy way out. But other times, we make more difficult and less popular decisions. These choices can make all the difference in our lives about who we are and what type of person we choose to be.

What a nice song~!!

 

Ni lagu zaman dulu-dulu..Sangat best okay~ 
Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang ayah dan ibu yang sangat baik dan penyayang..
Terima kasih di atas segala pengorbananmu~

p/s: suara vocalist dia sangat sedap~ astaghfirullah...*sedar la wahai Nur Afiyah*

Walaupun dah terlambat

Dia yang sanggup gendong anaknya 9 bulan dalam perut.
Dia yang hantar anaknya pergi sekolah hari-hari.Walaupun penat, tapi dia tak kisah.Asalkan anaknya dapat pergi sekolah.
Dia yang hari-hari masakkan makanan untuk keluarga.
Dia yang pandai menjahit.Sampaikan semua baju yang anak dia pakai hari-hari pergi kelas, dia yang jahitkan.
Dia sentiasa ingatkan anaknya mengaji.
Dia gembira kalau anaknya berjaya dalam pelajaran.
Dia selalu bagi semangat bila anaknya putus asa.
Dia yang sanggup kejutkan anaknya tiap-tiap pagi.Dia tak nak anaknya masuk neraka sebab tinggalkan solat subuh.
Dia yang rajin kemas rumah sebab setiap kali anaknya balik rumah, mesti dah bersih.
Dia yang bernama Mama.
Tak terbalas jasamu.
Terlalu banyak yang telah kau korbankan untuk anakmu.

Walaupun dah terlambat, tetap nak ucapkan SELAMAT HARI IBU~!!
Semoga Allah merahmatimu setiap saat wahai Ibuku.

May 17, 2011

ESOK, LUSA

Tinggal 2 hari lagi masa yang tinggal untuk curahkan semua ilmu-ilmu yang taklah banyak mana pun.Walaupun tak banyak, tapi banyak lagi ilmu yang belum tercurah dan belum sampaikan kat anak murid.Kadang-kadang terfikir yang kita ni mengajar sebab nak kejar duit semata-mata, bukan sebab nak didik anak bangsa kita yang makin lama makin hanyut.Astaghfirullah.Terasa macam diri sendiri ni tak guna.Duit habis, anak murid tetap dengan diri mereka yang dulu.Tak berubah.Yang Rasib tetap Rasib.Yang Jayyid Jiddan tetap dengan Jayyid Jiddan.Tak berganjak sikit pun untuk sampai Mumtaz.Harapan tinggal harapan.Masa berjalan.Mungkin sebab setiap kali jalan kaki nak pergi sekolah, lupa niat datang sekolah kerana Allah.

Niat kerana Allah yang dulu selalu buat masa belajar dekat Maahad tak praktikkan dekat sini.Sebab tula kerja selalu tak menjadi.Datang sekolah terus dapat tekanan.Syaitan duk bersorak gembira.Selalu bersangka buruk dekat orang.Cepat hilang sabar.Astaghfirullah.Hari-hari mengajar anak murid sifat mahmudah.Tapi diri sendiri hilang entah kemana sifat mahmudahnya.Macam mengajar anak ketam berjalan lurus.Diri sendiri pun jalan senget sibuk suruh orang jalan lurus.Menyesal pun dah tak guna.Masa takkan berpatah balik.Apa yang mampu sekarang hanya berdoa.Semoga setiap pekerjaan yang dibuat dapat keredhaan dan keberkatan Allah.Amin.

Rasa nak balik zaman sekolah.

May 11, 2011

Sadness

Assalamualaikum..

In the name of Allah, The most beneficent, The most merciful~

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Setiap manusia pasti akan merasai saat perpisahan..


"And their saying was no other than that they said: Our Lord! forgive us our faults and our extravagance in our affair and make quran firm our feet and help us against the unbelieving people."


Post lagi~

Assalamualaikum..

Ini adalah entry yang kedua dari aku untuk hari ni..Nak lepas gian lah katakan..Almaklumlah, dah lama tak update kan..huhu

Budak-budak zaman sekarang tersangatlah advance..Kenapa? Sebab aku sebagai cikgu dekat sekolah mestilah tau fe'el budak-budak ni..Tambah-tambah aku mengajar darjah 6 pulak.. Lagi lah bertambah advance punye budak..Kalau setakat advance dalam pelajaran tu takpe la, memang bagus lah kalau macam tu..Ni benda lain pulak yang advance..Kalau tak dengar kata tu tak payah cakap la..Cakap 100 kali pun dia still buat tak tau jek..Memang jadi cikgu ni memerlukan kesabaran yang super duper..Yang hati batu pun ada jugak..Bagi nasihat pun tak terkesan langsung dekat hati mereka2 ni..Tak tahu lah apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang..Memang kalau nak dibandingkan perangai budak zaman dulu dan zaman sekarang tersangat lain dan berbeza..Walaupun zaman dulu budak nakal, tapi senakal2 budak zaman dulu, mereka tetap hormat parents and cikgu..Tapi sekarang, hanya Allah je yang tau hati guru-guru..Aku memang respect lah dekat cikgu-cikgu zaman sekarang ni..Memang tabah betul handle budak-budak..Kalau bab munakahat or cintan cintun ni laju je..Apa benda entah yang ada dalam kepala otak budak-budak ni.. Haih~

Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku bukannya nak buka aib budak-budak or siapa-siapa..Tapi just nak bagi pengajaran la untuk semua..Beberapa minggu lepas habis KAMIL (Kemahiran Amal Islami) peringkat Zon Semenyih..Alaa, yang ada pertandingan macam-macam tu..Contohnya, nasyid, tilawah al-quran, hafazan, bercerita, pidato dll..Aku sebagai guru yang mengajar dekat KAFA memang tak terlepas lah dari menyertai acara-acara ni..Aku telah dilantik sebagai mentor acara Solat Jenazah bagi lelaki dan perempuan..Yang lelaki tu menanglah peringkat zon..dapat nombor 2..Alhamdulillah, dapat masuk daerah..Tapi mungkin rezeki tak menyebelahi murid perempuan sebab diorang tak menang..Takpelah, redha je dengan keputusan yang diberi..Dah memang adat bertanding, ada menang dan kalah kan..Ingatkan bila dah kalah ni budak-budak pun redha lah kan..Tapi ada la hamba Allah ni yang memang aku rasa macam nak nangis..Tapi biarlah..Dah nama pun budak-budak kan..Siap cakap 'saya benci ustazah sangat-sangat'.. SAPE BERANI NAK SEBUT MACAM TU DEKAT CIKGU?? Kalau aku, memang takkan berani nak sebut macam tu..Aku dah bagi ilmu dekat dia, tapi ni yang dia balas..Penat lelah aku datang setiap petang sebab nak ajar dia tapi ni yang dia bagi.. Takkan sebab kalah pun sampai nak benci ustazah sangat-sangat..Kau tu budak pandai..jangan la sampai ustazah benci kau pulak..Kang aku tak halalkan ilmu yang aku bagi baru tau..Dah la suka buat muka kerek ngan ustazah..Ingat kau tu pandai sangat..Ingat kau tu pengawas, semuanya kau yang betul?? Tolongla, jangan buat macam tu dekat cikgu..Tak kira lah cikgu mana-mana pun.. Lepas tu minta maaf macam tak ikhlas..Main-main je..Lebih baik tak payah minta maaf.. Aku harap sangat budak tu sedar satu hari nanti yang perangai dia tu tak menyenangkan hati orang lain..Saya doakan semoga kamu berjaya dalam hidup kamu dan sentiasa sedar kesilapan kamu..

Sekian, wassalam..

Mar 22, 2011

Cannot sleep~

Assalamualaikum..

Macam biasa, setiap kali result peperiksaan besar akan keluar pada keesokan harinya, mesti tak boleh tidur..Sebabnya, mestilah risau, gelisah, takut, resah, dan macam-macam lagi perasaan yang ada..Memang tak boleh nak tidur..Ok, kena makan barbiturate banyak-banyak..huhu..*Gila apa? Nak mati?*

Tapi kan, nak takut apa..Periksa kita dah jawab, terima jela apa pun keputusan yang diberi..Bak kata Thaiyibah Hamdan dekat facebook "buat apa nak takut? Ni baru sikit..belum kiamat lagi..". Lebih kurang macam tula dia cakap..huhu

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku pada hari esok, tabahkanlah hatiku ya Allah, berilah ketenangan jiwa kepadaku, janganlah kau susahkan..Aku terima apa pun keputusan yang bakal keluar pada hari esok ya Allah, Aku redha ya Allah, aku pasrah..Semoga sinar kegemilangan bakal menjelma suatu hari nanti..Amin~

Kepada kawan-kawan, jangan lupa solat hajat dan berselawat ke atas nabi banyak-banyak..

p/s: Esok ambil result dekat Dewan Asy-Syafie ke??

Mar 19, 2011

Daily routine

Dengan berakhirnya minggu cuti penggal pertama selama 9 hari, maka bermulalah kembali rutin harianku. Esok sekolah~ Banyak benda tak siap lagi...Adoi~ Ingatkan murid je ada homework, cikgu pun ada homework okay~

Perkara yang tak setel lagi:~

1. RPP (Ringkasan Pengajaran dan Pembelajaran)
2. BBM (Bahan Bantu Mengajar)
3. Keputusan Ujian Bulanan
4. Surat cuti (hari rabu ni dapat cuti kebajikan)
5. ..........

Selamat kembali ke sekolah semua kepada pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia..Jangan malas-malas ye..

“A good word is like a good tree whose root is firmly fixed and whose top is in the sky.” 

KHALIFAH PERTAMA

Assalamualaikum...

Kamu semua tahu tak siapa khalifah Islam yang pertama? Mesti tau kan..Siapa lagi kalau bukan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Sidiq..Kenapa nama dia Abu Bakar As-Sidiq?? Sebab Saidina Abu Bakar sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah..Walaupun apa yang Rasulullah cakap tak masuk akal..Contohnya macam peristiwa israk dan mikraj..Orang kafir Quraisy semua kata Rasulullah ni gila sebab dia cakap dia boleh pergi Baitulmaqdis dan naik ke langit dunia dalam masa hanya satu malam sahaja..Kalau kita dengar pun, memang tak masuk akal dan susah nak percaya kan?? Tapi Saidina Abu Bakar tetap percaya..Sebab dia tahu, Rasulullah tak pernah menipu dan tak pernah berkata bohong..Itu lah kuasa Allah..Allah boleh buat apa saja mengikut kehendakNya.."Kunfayakun!"

Khalifah Pertama
di sana terpancar sinar cahaya
menerangi lorong-lorong yang gelita
namun mereka tiada percaya
malah mencaci dan menghina
engkaulah yang pertama membenarkannya
hilang saudara
hilang segala-gala
engkau tetap setia
kalimah tuhankan bertakhta
Dikaulah lambang teman sejati
pada kekasih janji dipateri
khalifah pertama...
menggenggam erat panji suci 
bila kekasih tiada lagi
Kekasih tiada lagi..
Teman dikala suka dan duka
tiada apa yang dapat memisahkan
rela berkorban harta dan nyawa
lafazmu hanya kebenaran
Tika bisa menjalar
mencengkam tubuh
kekasih lena dipangkuanmu
engkau tetap setia 
hingga mengalir air mata..
Disinilah janji setia
antara sahabat dan kekasih
menjadi inspirasi kami
walau tiada pernah bersua
aku kan tetap setia
untuk selama-lamanya...


Mari sama-sama kita contohi Saidina Abu Bakar...Sahabat sejati, beliau bersahabat kerana Allah..
How so lucky we are if we do have friends like Khalifah Abu Bakar and other Khalifah as well..
Tapi, siapalah kita? Layakkan kita untuk berdamping dan bersahabat dengan seorang manusia yang sangat hebat ini? Tepuk dada, tanya iman~


Wassalam

Untitled


I'm a hijabi, so please....

Time is Gold


Don't waste your time..Use your time wisely and effectively..

Ustaz famous amos~!!

Assalamualaikum...

Nampaknya ramai orang nak tau pasal Ustaz Azhari Sulaiman rupanya..

Sini saya tunjukkan ustaz Azhari punya blogspot..
Click je sini ---> http://mohdazharisulaiman.blogspot.com/

Ustaz ni buat apa sebenarnya??

1. Teknik menjawab PSRA
2. Motivasi belajar
3. Kecemerlangan sekolah
4. Kepimpinan pengawas

Saya dah pernah join 2 sesi ceramah bersama ustaz azhari..Memang bagus and tip top lah ustaz ni..Ceramah motivasi ni sangat memberi kesan mendalam..

Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi la dekat blog dia ye..

Wassalam~

Pesanan Penaja

Tenet..tenet *Semua orang tau bunyi mesej hp cap ayam..huhu*
Tenet..tenet *tandanya ada dua mesej*

Sebenarnya tak dengar pun bunyi tu..Sebab keluar rumah..Hp main tinggal je dekat rumah..
Balik-balik terus cek hp..Yela kan, takut-takut ada secret admire bagi mesej ke..huhu *perasan je*

Mesej apa ni yang kamu nak cerita?? Merepek je banyak..

Ni mesej 1:

"sblm amek result, bc:
1.al-fatihah
2.ayt kursi
3.al-ikhlas7x
4.al-alaq3x
5.an-nas3x
bdoa dgn nm ALLAH dgn rndh dri&mnxlh kjyn sbg muslim.mlakn pjlnn ke sek dgn kki knn.INSYAALLAH kjyn mlk kt smua.4wdkn kpd clon spm10.jgnlh krn sygkn kdt kjyn xdpt dcpai bsma.AMIN"

Sender:
Bhah
+601XXXXXXXX

Mesej 2:
"Ya Allah, shbt yg mbaca ini adlh shbt baik, sygilah dia,ampunkn dosa2ny,kasihilah dia.tngktkan khidupnnya,mudahkan rezekinya,sihatkan bdnnya.Jika dia melangkah, selamatkanlah dia,mudahkan langkahnya,biar dpt kputusn SPM yg cmlang.Amin....kirim ke9 kwn yg kamu sygi krn 9org itu juga mendoakanmu...InsyaAllah"

Sender:
Shikin
+601XXXXXXXX

Komentar penerima~~>>>>

Bukan saya nak kutuk orang yang bagi tu..Saya tahu dorang just tolong forwardkan..
Ok..Untuk mesej 1 & 2, punyalah banyak short form sampai saya pun tak reti nak baca..Almaklumlah, hari-hari tulis baku je..huhu..Saya memang tak suka kalau mesej-mesej yang macam tu ditulis dengat perkataan short form yang terlalu short sampai nak baca pun merangkak-rangkak *Ok.Masuk tadika balik.hehe*
Apa salahnya kalau penulis tu tulis panjang-panjang..Kalau short form sikit-sikit tu takpa lah..And kalau kita mesej biasa-biasa dengan kawan-kawan pun takpa lah..Tapi ni mesej yang boleh dikatakan formal lah jugak..Apa-apa pun orang kat sini bukan nak kutuk or nak tersakitkan hati siapa-siapa ya..Cuma nak bagi pandangan..Kalau boleh tulis lah panjang-panjang..Senang sikit kita nak forward dekat orang lain..Orang tu pun tak pening kepala baca..Okay~

Untuk mesej yang ke2 tu, saya tak faham kenapa dia suruh forward dekat 9 orang je..Kenapa tak suruh forward dekat semua list phone number yang kita ada..Kan lagi ramai yang boleh tolong doakan even mereka tak ambil SPM..Sudah semestinya la kan list phone number kita semua yang kita kenal..So, apa salahnya kalau bagi je dekat semua..Bukan setakat 9 orang kawan yang kita sayang je..Kalau kita sayang kat 10 orang kawan macam mana? Kan dah susah..

Saya bukannya nak peningkan kepala siapa-siapa, saya cuma bagi cadangan dan pandangan. Bukan saya nak kutuk..Tak terfikir langsung ok nak kutuk..Jadi, saya harap semoga bahasa kita ni dapat diperbaiki penggunaannya. Saya sendiri pun banyak buat kesalahan tatabahasa..Cuba tengok dalam blog ni je pun dah tau..Tapi takkan kita nak tulis bahasa baku or bahasa melayu klasik kot..Tak best pulak kalau baca kan..hehe

beg ni comel kan?? huhu *tetibe*

Mar 12, 2011

Mood~

Assalamualaikum and selamat pagi semua..haha..pagi2 yang segar lagi fresh ni, tiba2 pulak datang mood nak menulis..Apa lagi..Jom lah kita berceloteh..

Hari ini mesti ramai ada plan and agenda tersendiri..Almaklum sajalah hari minggu kan..Tak terkecuali jugak bagi kite yang sibuk je memanjang ni..hehe..Ok..Lepas ni nak kena pergi kelas tambahan budak2 darjah 6..Nak exam kan..So, terpaksa lah buat kelas tambahan untuk dorang ni supaya dorang tak tumpu sekolah kebangsaan je..Sekolah agama pun penting apa..Dah lah kena mengajar budak2 yang rasib(fail) a.k.a kelas bawah2 ni..haih~ Sabar jela..Apa-apa pun strategi tu penting..Setiap murid lain strategi mengajar kita..Cara mengajar budak2 pandai dan kurang pandai ni lain..So, kena pandai main ngan strategi la..Tu yang penting..Cewahh..Cakap macam dah ada 10 tahun pengalaman mengajar je..hehe

Lepas habis kelas tambahan nak pergi PWTC pulak..Tapi, tak sure lagi nak pergi ke tak..Macam malas je nak pergi..Tak decide lagi~

gambar sekadar hiasan~

Sekian, wassalam..

Belajar VS Mengajar

Salam..

Ok..kali ni saya nak nyatakan perbezaan zaman kita belajar(student) dan mengajar(guru a.k.a ustazah)

1. Masa sekolah kita takda nak fikir esok nak pakai baju apa..Tapi bila dah kerja, hari-hari dalam kepala otak ni mesti ada monolog dalaman "esok nak pakai baju apa ek??" (nasib takda lagi budak cakap "ustazah asyik pakai baju sama je"..huhu..baju saya banyak ok..sekali sebulan je saya pakai..yela tuu) Kalau masa sekolah dulu of course lah kena pakai baju sekolah kan..

2. Masa tengah belajar kita telan je apa yang disuap..Tapi bila dah mengajar hari-hari kita yang kena menyuap..Mana lagi best?? Disuap ke menyuap?? *korang faham tak??tak faham takpe la..ADAKUKESAH? huhu*

3. Masa sekolah jangan harap la orang nak tegur kita or kenal kita..Cuma orang-orang popular je semua kenal..Tu pun bukannya semua pun..Makcik Nisdateguh tak kenal pun..huhu..Tapi bila jadi cikgu ni semua murid kenal kita even kita tak mengajar kelas dia..Sampaikan jumpa kat shopping complex pun boleh lagi budak tu sebut "eh ustazah!" kuat-kuat pulak tu..huhu..Bermuka temboklah sekejap~ Entah budak mana la yang tegur ni..Tapi yang pastinya mesti la budak sekolah tempat kita mengajar kan..

4. Lagi apa ek?? Emm..Haa! Masa sekolah dulu kita terikat dengan peraturan sekolah..Tu tak boleh, ni tak boleh..Tapi bila kerja..'Suka hati aku lah nak buat apa pun!' huhu..tapi bukan la buat benda yang melampaui batas okay..

5. Masa jadi pelajar, kita sentiasa disuruh..Kena buat tu la, buat ni la..Ambil barang cg la..Sampaikan pen sebatang pun cg suruh ambilkan..Tapi, bila dah mengajar, kita pulak yang asyik arah orang je keje..Buang sampah pun suruh budak jugak..huhu..Sebenarnya bukan apa, nak bagi budak tu dapat pahala..hehe..Tapi disebabkan saya ni guru junior, memang tak lepas dari disuruh jugak lah..Yang menyuruhnya cikgu-cikgu senior la or guru besar ke..Suruh orang buat tu, buat ni la..haih~ *takpa, buat kerja biar ikhlas*

Tu je la untuk hari ini..Kalau rajin i'll continue later~ Okay?? Banyak lagi sebenarnya..Vitamin M je banyak..

Persamaan - Masa belajar and mengajar kena pakai nametag..
"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Sekian, wassalam~

Splendid memories~!! PART 1


Salam..suka sangat gambar kat atas..Nak tau kenapa?? Sebab tahun 2007/08 la tahun yang paling best..Masa form1 dulu kita tak rasa apa-apa pun sebab masa tu masing-masing tak matang and masih fikir nak main je..Tapi bila dah form3 baru lah kita sedar..Sebab masa tu nak PMR..masing-masing struggle belajar sebab nak dapat 9A.. 

3 tahun kita kongsi kelas yang sama, 3 tahun kita kongsi cikgu yang sama, 3 tahun jugak lah kita tengok muka yang sama..Sampaikan ramai cakap "bosannye, tiap tahun muka sama jee"..Tapi selama 3 tahun tu la kita belajar erti persahabatan..Walaupun 3 tahun tu bukan la masa yang panjang, tapi dalam waktu tu la kita kenal diri kita masing-masing..Kita kenal kawan2 kita..Kita faham kawan-kawan kita..Dalam masa 3 tahun tu macam-macam tragedi berlaku..Ada yang suka, sedih, marah, geram dll..Bila fikir balik, rasa macam nak balik zaman sekolah dulu..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Lepas form 3 (lepas ambil result pmr la senang) semua dah ikut haluan masing-masing..Ada yang sambung pengajian dorang dekat KISAS, SASER dll..And tak terkecuali jugak yang stay and still duduk kelas yang sama especially 4 Ar-Razi *kelas paling senyap di dunia*..Walaupun ramai yang still duduk kelas sama, tapi suasana dia tetap berbeza..Tak sama macam masa form 3 dulu..Of course la tak sama kan..setiap tahun ada kelainan dan keistimewaan dia masing-masing..

Apa yang best masa form3??
1. Dapat guru kelas yang sama masa form2 (teacher muna)
2. First time cg ezana masuk kelas..Masa tu semua gelabah baca buku Sejarah..Kononnye takut kena berdiri atas kerusi..huhu (kena nyanyi lagu UMNO lagi tu..haih~)
3. Ramai BADAR (kiranya kelas paling 'baik' la) huhu..Dah ramai Badan Dakwah Dan Rohani..mesti la baik kan??
4. Masa bulan kemerdekaan..Kita hias kelas takde la sehebat kelas-kelas yang lain..Tapi dapat no 1 jugak..Sebabnya?? Lakonan budak-budak lelaki yang sangat best and kelakar especially monumen dorang..huhu..(Ada yang rakam tak masa tu?? Boleh tengok balik)
5. Anda nyatakan sendiri...huhu

"Zaman persekolahan cuma sekali sahaja. Ya, cuma sekali sahaja. Oleh itu, kepada adik-adik (tak kisah la sekolah rendah ke sekolah menengah ke tadika ke) manfaatkan peluang tersebut sepenuhnya bagi menjamin masa depan adik-adik"

Nantikan kemunculan PART 2~ hehe *macam ada orang baca je..takpa,,saya tulis, saya baca*

Wassalam..

Can you feel my heartbeat??

Salam..

Debaran kian terasa bagi semua SPM candidates 2010..Kenapa pulak nak berdebar-debar ni?? Hmm...Tipu la kalau kamu cakap kamu tak berdebar nak ambil result SPM..

Dalam paper NST dah announce yang result SPM 2010 akan keluar 23 MAC 2011...Minggu depan ye kawan2..

Apa-apa pun, kita hanya mampu pasrah dan berdoa je..Semoga keputusan yang bakal keluar tidak mengecewakan kita, ibu bapa, dan guru2 kita..Redha je dengan ketentuan Ilahi kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya..

Kepada kawan-kawan maahad hamidiah especially, jangan lupa ambil balik baju sekolah yang dah berbau hapak dalam almari tu..Pergi basuh and iron elok2..huhu..

Wassalam...

Special for all SPM candidates

Salam..

Saya dengan berbesar hatinya nak share dengan semua soalan-soalan percubaan SPM tahun 2010.

Ni dia beberapa site yang boleh anda dapatkan soalan-soalan SPM..

http://edu.joshuatly.com/
http://banksoalanspm.com/
http://banksoalanspm.blogspot.com/
http://soalanspm.blogdrive.com/
http://www.tipsexam.com/

Macam-macam jenis soalan and subject ada dekat situ..Tips belajar pun ada..Just click je..

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih

Wassalam~

List-to-do 12/3/2011-20/3/2011

Oleh kerana saya ni sangat sibuk (sibuk lah sangat..), sebagai manusia yang berjaya dan berwawasan, kita kena lah buat list-to-do..Ye tak??

12/3/2011 (Saturday)

Event: Program Motivasi Ibu Bapa PSRA 2011 *saya emcee ye~ hehe*
Time: 8.15 a.m - 4.00 a.m (kena punch card sebelum pukul 8 okay)
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman (sekolah cemerlang tuu..huhu)

13/3/2011 (Sunday) 

Event 1: Kelas tambahan PSRA & UPKK (since saya ni guru darjah 6 *cewahh* terpaksa la berkorban demi agama, bangsa dan negara..hohoh)
Time: 8.30 a.m - 11.00 a.m
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman

Event 2: Karnival Pendidikan MARA
Time: 11.00 a.m - evening kot..tak tau lagi
Venue: PWTC (Putra World Trade Center) KL

14/3/2011 (Monday) - 15/3/2011 (Tuesday)

Event: Kelas tambahan PSRA (kelas tambahan lagi..haih~)
Time: 2.00 p.m - 4.00 p.m (ngantuk la buat kelas petang2..sabar jela)
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman

16/3/2011 (Wednesday)

Event: Jumpa doktor gigi
Time: tak tau lagi
Venue: tak tau lagi

17/3/2011-20/3/2011: RTM (rehat, tidur, makan) hehehe + siapkan jahit baju *dah berkurun baju tu, tak siap2 lagi* + shopping + pergi bank + belajar kereta

*busy week* 3 years ago..masa nak PMR..hohoh

Sekian, terima kasih. Wassalam

Mar 11, 2011

Dunia akhir zaman~

Salam..

Sedar tak sedar, dunia sekarang ni dah betul2 berada di penghujung..Tapi, apa je yang dah kita buat untuk bekalan kita di padang mahsyar nanti?? Cukup ke setakat solat 5 waktu je sehari semalam?? Tanda-tanda kiamat kecil sangat banyak berlaku sekarang..Antaranya, perempuan lebih ramai dari lelaki..Sekarang ni, seorang lelaki nisbahnya sama dengan 60 orang perempuan..Cuba bayangkan, dalam sehari tu sorang je baby lelaki lahir, tapi 60 orang baby perempuan lahir..Ni lah tanda-tanda kiamat..

Lagi, bangunan pencakar langit..Zaman pascaglobalisasi ni, semua negara berlumba-lumba nak bina bangunan pencakar langit..Kononnya nak tunjuk la negara dia lagi hebat sebab ada bangunan paling tinggi di dunia..Padahal, mereka tak sedar, yang bangunan tinggi-tinggi yang dorang bina ni lah sebenarnya tanda kecil kiamat..

Lagi, ibu melahirkan tuannya..Maksudnya dekat sini, anak derhaka terhadap ibu mereka..Kalau kita tengok sekarang ni, banyak cerita pasal anak buang ibu dekat rumah orang-orang tua..Anak dah tak dengar cakap ibu..Ni la dia ibu melahirkan tuannya..Si anak ni sibuk suruh mak dia buat itu dan ini..Dia ingat ibu dia tu orang gaji ke? Pernah ke dia bagi duit dekat ibu dia?? Kalau setakat seratus ringgit apalah sangat dengan pengorbanan ibu melahirkan anak..Ibu sanggup bertarung nyawa..Tapi, apa dah jadi sekarang?? Astaghfirullah..Banyak lagi tanda-tanda kiamat kecil..Antaranya lagi...

+ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
+ Banyaknya berlaku gempa bumi
+ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
+ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
+ Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
+ Berkurangnya sifat amanah
+ Akan terdapat ramai anak luar nikah
+ Orang akan melakukan homoseksual
+ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
+ Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
+ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
+ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
+ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari 
+ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa
+ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
+ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
+ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
+ Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 
+ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
+ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
+ Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
+ Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
+ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
+ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
+ Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
+ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
+ Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
+ Zina bermaharajalela
“ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
+ Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Credit to http://hanief.blogspot.com *ayat warna hijau*

[Click click]