Feb 11, 2012

tak cool la tudung labuh

"Wei, tengok budak pompuan yg pki tudung labuh tu, bila dia jalan nampak cam khemah bergerak je...."


"Tak panas ke pakai tudung besar?......"


"Perempuan tudung labuh pun sama je...."


"Tak cool la pakai tudung labuh, tengok cam aku, tudung bling2 lagi. Ko ade??!!.."


"Alah, tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua org yg tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil?"


Situasi-situasi seperti di atas sudah banyak kali berlaku terutama dalam hidup seorang wanita muslimah yang bertudung labuh.

Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana tudung labuh bukanlah pengukur iman seseorang.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari dan mencari cahaya Islam yang sebenar.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga mempunyai banyak kekurangan diri.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanya ingin menjadi seorang muslimah solehah.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga sama seperti kamu, manusia biasa yang banyak melakukan khilaf. Tiada insan yang sempurna melainkan Rasulullah SAW..
Aku ditarbiyah dengan tudung labuh. Dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Ilahi.
Aku tidak minta dipuji dengan kecantikan tudung labuhku.
Aku tidak minta disanjung dan dihormati kerana tudung labuhku, 
Kerana aku sama sekali tidak pernah berbangga dengan tudung labuhku.
Aku takut fitnah akan mengundang diriku. Kerana tudung labuh, aku telah membuatkan ramai lelaki kalah dengan dirinya sendiri.
Aku hanya insan biasa-biasa yang menjadikan tudung labuhku sebagai pelindung diri ini dan aku hanya ingin menjadi muslimah yang lebih baik dengan tudung labuhku.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya. Kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."(Surah An-Nur:31)

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus berusaha menjaga maruah diri dan auratku ini agar aku mampu berada dijalanMu yang lurus dan benar.

Jangan mengaku diri solehah selagi belum mampu menutup aurat mengikut syariat. Tak semua perempuan bertudung labuh solehah. Tapi untuk menjadi wanita solehah sewajarnya bertudung labuh.

Kukuhkan jiwamu wahai muslimah seperti jiwa Saidatina Khadijah.
Belajarlah dan tuntutlah ilmu agar menjadi pusat pengetahuan seperti Saidatina Aisyah.
Bersabarlah dan tabahlah menghadapi kesukaran perjuangan seperti Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang tidak pernah merungut walaupun berjuang berseorangan.
Jadilah seorang mujahidah harapan ummah.
Dunia kini perlukan mujahidah seperti kamu wahai muslimah!!

::Tudung labuh tak cool, tapi osem::

Wassalam...

[Click click]