May 10, 2012

As Time Passes By...


Awal kehidupan seorang manusia dalam rahim, berselimutkan cinta dan kasih sayang seorang ibu. Apabila perasaan tidak dapat terucap melalui kata-kata, kerana menantikan keajaiban yang penuh hikmah..

Semuanya bermula dari.....

Saat sel sperma memulakan perjalanannya untuk mencari sel telur(ovum). Saat pembuahannya terjadi(fertilization); maka bersatulah gen lelaki dan perempuan..

Hari pertama: Ia memulakan perjalanan pertamanya, menuju ke rahim ibu..
Hari ketujuh: Ia sampai ke tujuannya..

RAHIM IBU..tempatnya bersemayam selama 9 bulan...

3 minggu: Ia merupakan "Embrio", dan jantung bayi mula berdetak, ia telah hidup. Tangan dan kakinya mulai bertunas.
8 minggu: Ia kini telah menjadi janin yang sedang bernyawa.
9 minggu: Tubuhnya mulai bergerak.
12 minggu: Saat si ibu melakukan 'USG' (Scan), ia mulai jelas terlihat. Ia telah mempunyai refleks menendang, alat kelaminnya mulai membentuk, entah lelaki atau perempuan. Tangannya terbentuk dahulu sebelum kakinya. Ia pun ber-Eksplorasi. Menyentuh kepalanya, memegang tali pusatnya.
18 minggu: Saat ia menendang, si ibu dapat merasakan, ia mulai membuka matanya, dan berkedip.
24 minggu: Segala yang berada di tubuh badannya telah sempurna. Mendengar sayu-sayu, mencicipi sedikit air ketuban.
26 minggu: 90% waktunya di gunakan untuk tidur. Ia pun mula menghisap jarinya. Kebiasaan yang akan dibawanya sehingga bayi, sesekali ia terkejut, hinggakan si ibu dapat merasa.
28 minggu: Otaknya kini memiliki memori. Ia mengenali suara ibunya dan suara muzik. Muzik yang tenang akan membuatnya rileks bahkan tertidur.
33 minggu: Dia sudah boleh bermimpi. Entah apa yang dia mimpikan..
40 minggu: Dia sudah siap melihat dunia.

Perjuangan seorang ibu. Saat ia berjuang keluar, dia menangis dan si ibu masih kuat untuk tersenyum walaupun kesakitan..



"Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku, dan lembutkan hatiku untuk mamaku Norainu Binti Ab Halim...Berilah dia balasan sebaik-baiknya atas kesakitan yang mama rasakan untukku ketika mengandung, melahirkan, dan menyusukanku serta didikannya padaku. Peliharalah mamaku sepertimana dia memeliharaku..Ya Rabbi, ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihiku sejak kecil. Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga...Ya Allah, aku mohon Kau sayangi, cintai, ampuni, berkati dan masukkanlah mamaku yang tersayang ini kedalam jannahMu. Dan aku mohon, jangan dikurangkan rasa cinta kami yang bertaut kerana kasih sayangMu ini..Sesungguhnya, Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..Amin ya Rabbalalamin..."

Saya insan bertuah!

Assalamualaikum...

::Waktu Dhuha di Kolej Matrikulasi Selangor::

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..."

Ya, tuah manusia hanya Allah saja yang tahu...
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". [HR Muslim]
Pernahkah anda berasa sunyi dan asing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam???

Berbahagialah kamu jika kamu pernah berasa asing, pelik, dan ganjil kerana mempertahankan ad-Din Islam. Terimalah khabar gembira dari Rasulullah SAW..

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Orang akan mentertawa, memperlekeh atau menyindir kerana cara pemakaian kita yang mengikut syariat Islam. Sebagai contoh, orang akan menge'cop' seorang perempuan itu kolot kerana memakai tudung labuh...Ini hanyalah sebagai contoh. Tiada niat ingin menuding jari kepada sesiapa pun.

Beruntunglah....

Kita insan bertuah kerana...

  • Hari ini, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah dengan nikmat iman dan Islam. Apa akan jadi pada diri kita jika nikmat iman dan Islam ditarik Allah?? Nauzubillahi minzalik....
  • Kita masih diberi peluang untuk menatap wajah-wajah yang kita kasihi dan sayangi. Wajah ibu, ayah, adik beradik, sahabat...
  • Kita diberi peluang untuk berada di jalan ini. Jalan dakwah.. Bukan semua manusia diberi peluang keemasan seperti ini. Cuba kita lihat, berapa ramai manusia di luar sana hidup dalam keadaan terumbang ambing tanpa arah. Hidup dalam gelombang manusia yang ingkar kepada Allah.. 
  • Kita masih mampu untuk sujud kepadaNya tika manusia lain sibuk dengan urusan duniawi hingga lalai untuk menunaikan tuntutan ibadah kepadaNya..
::Kehidupan ibarat kapal yang sedang belayar di lautan::


Semoga kita sama-sama berjaya sampai ke destinasi kehidupan iaitu tempat nikmat yang kekal abadi...

May 1, 2012

Ukhuwah itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...Salam juang buat ikhwah wa akhawat, jundulah-jundulah di jalan ini, semoga sentiasa teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan...

Satu titik pertemuan yang tidak dirancang...di sini, Kolej Matrikulasi Selangor..atau lebih tepat lagi, Surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor...

::takdir telah tertulis di sini::

::sepuluh jiwa satu hati::

Takdir kadang-kadang menemukan kita kepada sesuatu yang tidak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang, membuatkan kita mengalirkan titisan air mata kesedihan, dan takdir juga membuatkan kita terasa kehilangan, namun takdir memberi kita erti ukhuwah, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah perhubungan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan dan memberi sebuah keakraban, dan memberi kita peluang menilai dalam ruang babak kehidupan...

"Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kamu tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu. Ya! Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya. Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali. Tahu, kau juga punya pilihan. Tapi, pandangan kita berbeza. 
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu."
Asif jiddan ala kulli hal.....
::Semoga sentiasa dirahmati Allah::

[Click click]