May 10, 2012

Saya insan bertuah!

Assalamualaikum...

::Waktu Dhuha di Kolej Matrikulasi Selangor::

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..."

Ya, tuah manusia hanya Allah saja yang tahu...
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". [HR Muslim]
Pernahkah anda berasa sunyi dan asing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam???

Berbahagialah kamu jika kamu pernah berasa asing, pelik, dan ganjil kerana mempertahankan ad-Din Islam. Terimalah khabar gembira dari Rasulullah SAW..

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Orang akan mentertawa, memperlekeh atau menyindir kerana cara pemakaian kita yang mengikut syariat Islam. Sebagai contoh, orang akan menge'cop' seorang perempuan itu kolot kerana memakai tudung labuh...Ini hanyalah sebagai contoh. Tiada niat ingin menuding jari kepada sesiapa pun.

Beruntunglah....

Kita insan bertuah kerana...

  • Hari ini, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah dengan nikmat iman dan Islam. Apa akan jadi pada diri kita jika nikmat iman dan Islam ditarik Allah?? Nauzubillahi minzalik....
  • Kita masih diberi peluang untuk menatap wajah-wajah yang kita kasihi dan sayangi. Wajah ibu, ayah, adik beradik, sahabat...
  • Kita diberi peluang untuk berada di jalan ini. Jalan dakwah.. Bukan semua manusia diberi peluang keemasan seperti ini. Cuba kita lihat, berapa ramai manusia di luar sana hidup dalam keadaan terumbang ambing tanpa arah. Hidup dalam gelombang manusia yang ingkar kepada Allah.. 
  • Kita masih mampu untuk sujud kepadaNya tika manusia lain sibuk dengan urusan duniawi hingga lalai untuk menunaikan tuntutan ibadah kepadaNya..
::Kehidupan ibarat kapal yang sedang belayar di lautan::


Semoga kita sama-sama berjaya sampai ke destinasi kehidupan iaitu tempat nikmat yang kekal abadi...

No comments:

Post a Comment

[Click click]