Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Aug 5, 2011

Rahmat Ujian

Assalamualaikum...

Jalan dakwah itu bukan seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi jalannya adalah jalan-jalan yang penuh onak duri. Bukan semua perkara yang kita mahukan akan kita dapat dengan mudah. Bukan mudah menjadi penggerak dakwah dari sayap akhawat. Banyak cabaran dan liku-liku yang perlu dihadapi. Bersabarlah duhai hati. Ujian yang Allah berikan ni terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan orang lain. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Hanya orang yang bodoh sahaja tidak mahu Allah bersama-sama mereka. Kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah duhai hati, keberkatan daripada kesabaran itu akan membawa manfaat kepadamu lalu akan menolak segala mudarat. Ikhlaskan niat. Belajar terima orang sekeliling. Jangan pentingkan diri sendiri. Bangkitlah dari mimpi-mimpi indah. Janganlah engkau bersedih duhai hati~ Tiada perkara yang mudah dalam menjalani arus kehidupan. Ingatlah, kepahitan yang engkau sedang rasai ini hanya sesaat, akan tetapi kemanisannya berpanjangan. 

Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggungnya. Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan datangkan hujan yang tiada henti, hati ini tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi pelangi yang lebih indah.

::Bersyukurlah dengan nikmat dunia::

Jul 14, 2011

Bersabarlah Duhai Hati~

::Surau As-Sufi:: *The Center of SeMaC*

Assalamualaikum pembuka bicara..Updated from Kolej Matrikulasi Selangor..My new life begins~

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..Orang kata, keluar je dari alam persekolahan, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi..Sekarang, baru dapat rasa macam mana hidup dalam dunia tanpa tarbiyah..Hati kena kuat, kena banyak bersabar..Tiba-tiba rindu Maahad~ Rindu nak dengar Asmaul Husna tiap-tiap pagi, rindu nak dengar lagu Maahad, rindu nak solat Dhuha tiap2 pagi dengan 'Afifah..rindu sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan diri ini yang sentiasa lagha..rindu semua yang berkaitan dengan Maahad Hamidiah..

Bersabarlah duhai hati..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..Yakinlah pada Allah wahai hati~ 

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan, ingatlah, apa yang kita buat sekarang ni tidak lain hanyalah kerana Allah..Hanya kepada Allah sahaja kita bergantung..Banyak ujian yang akan kita hadapi dalam menegakkan dakwah Islamiyah di sini..Teguhkanlah daulah Islamiyah dalam dadamu, nescaya ia akan terteguh di KMS!!

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..


"Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad, 7)


Salam Mujahadah...

Mar 12, 2011

Mood~

Assalamualaikum and selamat pagi semua..haha..pagi2 yang segar lagi fresh ni, tiba2 pulak datang mood nak menulis..Apa lagi..Jom lah kita berceloteh..

Hari ini mesti ramai ada plan and agenda tersendiri..Almaklum sajalah hari minggu kan..Tak terkecuali jugak bagi kite yang sibuk je memanjang ni..hehe..Ok..Lepas ni nak kena pergi kelas tambahan budak2 darjah 6..Nak exam kan..So, terpaksa lah buat kelas tambahan untuk dorang ni supaya dorang tak tumpu sekolah kebangsaan je..Sekolah agama pun penting apa..Dah lah kena mengajar budak2 yang rasib(fail) a.k.a kelas bawah2 ni..haih~ Sabar jela..Apa-apa pun strategi tu penting..Setiap murid lain strategi mengajar kita..Cara mengajar budak2 pandai dan kurang pandai ni lain..So, kena pandai main ngan strategi la..Tu yang penting..Cewahh..Cakap macam dah ada 10 tahun pengalaman mengajar je..hehe

Lepas habis kelas tambahan nak pergi PWTC pulak..Tapi, tak sure lagi nak pergi ke tak..Macam malas je nak pergi..Tak decide lagi~

gambar sekadar hiasan~

Sekian, wassalam..

Belajar VS Mengajar

Salam..

Ok..kali ni saya nak nyatakan perbezaan zaman kita belajar(student) dan mengajar(guru a.k.a ustazah)

1. Masa sekolah kita takda nak fikir esok nak pakai baju apa..Tapi bila dah kerja, hari-hari dalam kepala otak ni mesti ada monolog dalaman "esok nak pakai baju apa ek??" (nasib takda lagi budak cakap "ustazah asyik pakai baju sama je"..huhu..baju saya banyak ok..sekali sebulan je saya pakai..yela tuu) Kalau masa sekolah dulu of course lah kena pakai baju sekolah kan..

2. Masa tengah belajar kita telan je apa yang disuap..Tapi bila dah mengajar hari-hari kita yang kena menyuap..Mana lagi best?? Disuap ke menyuap?? *korang faham tak??tak faham takpe la..ADAKUKESAH? huhu*

3. Masa sekolah jangan harap la orang nak tegur kita or kenal kita..Cuma orang-orang popular je semua kenal..Tu pun bukannya semua pun..Makcik Nisdateguh tak kenal pun..huhu..Tapi bila jadi cikgu ni semua murid kenal kita even kita tak mengajar kelas dia..Sampaikan jumpa kat shopping complex pun boleh lagi budak tu sebut "eh ustazah!" kuat-kuat pulak tu..huhu..Bermuka temboklah sekejap~ Entah budak mana la yang tegur ni..Tapi yang pastinya mesti la budak sekolah tempat kita mengajar kan..

4. Lagi apa ek?? Emm..Haa! Masa sekolah dulu kita terikat dengan peraturan sekolah..Tu tak boleh, ni tak boleh..Tapi bila kerja..'Suka hati aku lah nak buat apa pun!' huhu..tapi bukan la buat benda yang melampaui batas okay..

5. Masa jadi pelajar, kita sentiasa disuruh..Kena buat tu la, buat ni la..Ambil barang cg la..Sampaikan pen sebatang pun cg suruh ambilkan..Tapi, bila dah mengajar, kita pulak yang asyik arah orang je keje..Buang sampah pun suruh budak jugak..huhu..Sebenarnya bukan apa, nak bagi budak tu dapat pahala..hehe..Tapi disebabkan saya ni guru junior, memang tak lepas dari disuruh jugak lah..Yang menyuruhnya cikgu-cikgu senior la or guru besar ke..Suruh orang buat tu, buat ni la..haih~ *takpa, buat kerja biar ikhlas*

Tu je la untuk hari ini..Kalau rajin i'll continue later~ Okay?? Banyak lagi sebenarnya..Vitamin M je banyak..

Persamaan - Masa belajar and mengajar kena pakai nametag..
"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Sekian, wassalam~

List-to-do 12/3/2011-20/3/2011

Oleh kerana saya ni sangat sibuk (sibuk lah sangat..), sebagai manusia yang berjaya dan berwawasan, kita kena lah buat list-to-do..Ye tak??

12/3/2011 (Saturday)

Event: Program Motivasi Ibu Bapa PSRA 2011 *saya emcee ye~ hehe*
Time: 8.15 a.m - 4.00 a.m (kena punch card sebelum pukul 8 okay)
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman (sekolah cemerlang tuu..huhu)

13/3/2011 (Sunday) 

Event 1: Kelas tambahan PSRA & UPKK (since saya ni guru darjah 6 *cewahh* terpaksa la berkorban demi agama, bangsa dan negara..hohoh)
Time: 8.30 a.m - 11.00 a.m
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman

Event 2: Karnival Pendidikan MARA
Time: 11.00 a.m - evening kot..tak tau lagi
Venue: PWTC (Putra World Trade Center) KL

14/3/2011 (Monday) - 15/3/2011 (Tuesday)

Event: Kelas tambahan PSRA (kelas tambahan lagi..haih~)
Time: 2.00 p.m - 4.00 p.m (ngantuk la buat kelas petang2..sabar jela)
Venue: KAFA Integrasi Hidayatul Iman

16/3/2011 (Wednesday)

Event: Jumpa doktor gigi
Time: tak tau lagi
Venue: tak tau lagi

17/3/2011-20/3/2011: RTM (rehat, tidur, makan) hehehe + siapkan jahit baju *dah berkurun baju tu, tak siap2 lagi* + shopping + pergi bank + belajar kereta

*busy week* 3 years ago..masa nak PMR..hohoh

Sekian, terima kasih. Wassalam

Mar 11, 2011

Ada apa dengan 9 Mac??

Salam..

Ye..tau la 9 Mac dah lepas..Tapi nak jugak cerita..huhu
Sesungguhnya, 9 Mac adalah hari yang paling sibuk bagi saya sampai tak sempat pun nak pegang laptop..
Apa la yang sibuk sangatnye.. SPM kan dah lepas?? Haih~
Disebabkan saya ni guru cemerlang a.k.a gemilang *bwekk!! nak muntah..huhu* kena la pergi kursus..Yes..kursus lagi ye..Berapa banyak kursus la yang kena pergi ni?? Pelik2..
Sebenarnya kali ni kursus tafaqoh bahasa Arab siri 2..hari tu pergi tak sempat nak habiskan..Almaklumlah, merepek merapu je banyak..Bab 1 je dah berjam-jam..Mana nak sempat..Dah lah kena habiskan 1 buku..tu pun tak habis2 lagi..Nanti ada siri ke3 pulak kot..Mengembara la saya lagi sekali ke SRA Bandar Rinching..

Ok..ada apa lagi dengan 9 Mac?? Lepas balik dari kelas tafaqoh tu kena pulak rushing pergi sekolah sebab ada mesyuarat pukul 2..Dah lah balik pun dah pukul 1..mana nak makan lagi, solat lagi, tidur *sempat lagi ye~*..
yo yo oo je pukul 2..tengok2 takde pun mesyuarat nye..haish~ buat penat orang je..Tapi kena buat benda lain lah pulak..Tak pasal-pasal kena marah..Sabar jela~ huhu

Next, 9 Mac hari jadi sape la ye..hehe..eh! bukan hari jadi..hari ulangtahun kelahiran..baru betul..huhu..
HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME~!!
Banyak betul dapat wish dari orang..dekat facebook la..takde maknenye org nak wish face-to-face..Anyway, thanks to all for the wish..I;m very appreciated it..Tak sangka..Dah 18 tahun dah budak tu ye..Ingatkan dah 20 tahun..hehe..nampak sangat menipu..Tapi ada ke student saya ingat saya ni dah kawen..hahaha..merepek je..takda maknanya..

Dah lah..tu je..Jom tatap gambar..Wassalam~

Suka dua2 gambar ni..Cute~ *ni betul2 ye..bukan tipu2* yeke??

Feb 26, 2011

Family Tree~

Eidul fitr 2010

Mengadu Domba~

Tuhanku. Daku hadir. Daku pasrah. Mengenangkan diri ini yang penuh dosa. Tuhan.. Ku sedari. Namun kealpaan menyelubungi. Lantas ku sujud menyerah padaMu. Agar disirami cahaya kasihMu. Dikaulah harapanku. Dikaulah kekasihku. Dikaulah segalanya. Tempat ku mengadu. Kuhadir padaMu. Tuhanku. Kau pengasih. Kau pemurah. Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu. Sungguh aku tak layak untuk syurgaMu. Namun tak pula sanggup untuk ke nerakaMu. Kerna itu ku sujud menyerah padaMu. Agar disirami cahaya kasih. Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu. Seribu langkah Kau padaku. Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi. Engkaulah...Tuhanku~

Ya Rabb~
Forgive me when I whine..Verily, all praise is due to Allah, and may His peace be upon the Prophet Muhammad..
My prayer, my sacrifice, my life and my death are all for Allah, Lord of the Worlds. Amin~



Feb 25, 2011

Angin sepoi2 bahasa~

Assalamualaikum..


Ingat ni kat pantai ke ada angin sepoi2 language..hohoh..Cakap pasal pantai ni dah lama tak pergi pantai..teringin nak pergi~ heh..dengan family ok..Bila la abah nak ajak pergi pantai..PD pun jadi la..hehe


Eh! Asalnya nak cerita benda lain tapi pergi cakap benda lain pulak..Astaghfirullah~ Kan dah buang
masa..hehe..Padahal diri sendiri yang cakap merepek meraban..haih~


Ni nak bagi tau la kan..Ramai manusia kat luar tu cakap result SPM (sijil pelajaran malaysia ye) keluar 28/2/2011 ni (hari Isnin ni la kiranya)..Ni khabar yang dibawa oleh angin ye..Tapi macam impossible je..huhu..harap2 result tu terbakar..hihi..takut2..Sape tak takut ambik result..ye dop? Apa-apa pun, we wait and see~ Rajin-rajinkan lah diri tu tengok berita ye..Jangan nak malas-malas..heh..


Haih~ mintak-mintak lah result tu nanti seperti yang diharap-harapkan..ya Allah~ Janganlah Kau hampakan harapan ibu bapa, dan guru-guruku..Amin~



Aku pasrah padaMu ya Allah~ Bestnye kalau dapat jadi pelajar cemerlang..hehe..berangan pulak dah~ Jangan harap la..Astaghfirullah~ Riak2...'Jauhilah aku dari sifat mazmumah, ya Allah'

p/s: tak sabar nak bulan Ramadhan..

Wassalam...

Feb 12, 2011

Experience is a good teacher

Assalamualaikum...

Experience from the past is a good teacher for our future. Not necessarily from our own experience but also from others as well. For example, from our family members, friends, neighbours and strangers. 
Strangers? How can we learn from them? Well, we can get them from TV show, movie, radio, internet and anything.

Menjadi emcee (pengacara majlis) merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. First time jd emcee sememangnya dan semestinya nervous yang teramat sangat sampai asyik nak pergi tandas je (paham2 jela..huhu). Sampaikan mic boleh terjatuh. Rasa bersalah yang amat sebab mic tu baru je beli and baru first time guna. Tapi nak buat macam mana, dah memang dia nak terjatuh masa tengah practice cakap2 kat depan tu. Nasib tak rosak. Tapi mungkin akan ada efek jangka masa panjang. For eg cam cepat rosak ke apa ke. Mintak-mintak la tak rosak. Huhu..takut ni. Sorry for those who are trying hard to get the money and buy it. I'm very very sorry. Minta maaf ye ustaz2. Saya budak baru belajar. What ever it is, experience is the best teacher. I hope that this incident will not happen again next time and I'll not be emcee anymore. LOL. 

Feb 6, 2011

Change myself~

I want to change myself
because I truly despise the way I am. 


But it is very hard to change, 
especially when you have to do it alone. 
And I don’t know where to begin. 


It all seems so impossible. 
But all the time there is a little voice at the back of my head, whispering: “You’ve only got one life.” 


And if I can’t change before it’s too late. 
This is the one thing I fear the most. 


Why is it so difficult?


O Allah! Help me. 


Still trying hard to change myself~


Please pray for all muslimin and muslimat whose trying very hard standing up for Islam.

[Click click]