Showing posts with label KMS. Show all posts
Showing posts with label KMS. Show all posts

Aug 23, 2011

Kenapa mereka diuji??

Salam kasih sayang kepada semua pembaca-pembaca yang hanyalah sekelumit cuma..Semoga senantiasa berada dibawah rahmat Allah SWT..

"Takwalah kepada Allah dan bersabarlah terhadap takdir Tuhan."

Sangat hebat ujian yang diberikan Allah kepada sahabatku ini. Tika hati bergembira mengucapkan kalimah selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sahabat kita yang lain, hati ini juga terkilan apabila mendengar berita yang amat memilukan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berita yang tidak ku sangka akan terjadi kepada sahabat seperjuanganku ini. Hati ini hanya mampu berdoa yang terbaik buatmu~ Tidak mampu untuk aku mendakapmu tika kamu sangat memerlukanku di saat ini. Maafkanku sahabat..Asif jiddan ya sodikoti~ Kita kini terpisah dek kerana cuti pertengahan semester yang bagiku amat panjang dan sudah tentu akan melalaikan diri ini yang sering lagha tanpa nasihat-nasihat darimu sahabat.. Terpaksa aku dahulukan ibu bapa ku sebelummu. Tidak mampu untukku berbuat apa-apa bila ibuku memberikan jawapan NO untuk pergi bertemumu yang aku yakin, dikau sedang berdukacita atas apa yang menimpamu dan kamu sangat memerlukan kami.

Semoga dikau bersabar dan terus kuatkan hati mengharungi ujian yang sangat besar daripadaNya. Tabahkan hatimu duhai sahabatku, janganlah dikau berduka kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.."Sesiapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menjadikannya sabar"

Be strong my dear!! Allah know you can handle it, you can stand for it! Believe in what ever happen..Allah will always be there for you..Don't never give up. Life must goes on!!

Ya Allah, bantulah sahabatku ini agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Bantulah dia menjalani kehidupan yang penuh onak duri ini dengan sentiasa mengingati dan mencintaiMu ya Rabb...

UJIAN ALLAH DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK~

Be strong sahabatku~ Jangan cepat lemah semangat! Saya tau awak kuat..


::Semoga dikau sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa orang tersayang disisi::
-Sahabatmu ini akan sentiasa bersamamu. InsyaAllah~

********************************************************************************************************************************************

Buat sahabatku Nur Afiqah Airil, takziah diatas pemergian nenekmu yang tersayang 21 Ramadhan yang lepas..Semoga roh nenekmu dicucuri rahmat..Allah lebih menyayanginya..Semoga dirimu sentiasa tabah menghadapi ujian ini..Kuatkan semangatmu sahabatku~ Aku di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.. Jaga dirimu baik-baik di UITM kerana aku takkan selalu berada di sampingmu seperti 5 tahun yang lepas..Ukhuwah fillah abadan abada~

::2006-2010 penuh kenangan::

Salam sayang~

Aug 20, 2011

Pergi

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua yang kini sedang bertungkus-lumus dan berusaha sehabis baik menggandakan ibadat pada bulan yang penuh barakah ini untuk memburu lailatul qadar. Diam tak diam, dalam kesibukan melalui hari-hari yang penuh ranjau dan onak duri di SeMaC, Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita. Betapa sekejapnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam solat tarawih malam pertama Ramadhan di Surau As-Sufi. 

Bagaimana Ramadhan kita yang sudah masuk hari ke-20 ini?? Kita kini sedang melalui fasa pembebasan dari api neraka. Adakah kita mengambil peluang sebaiknya dalam menjayakan misi menjadi orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT? Ataupun kita ternyata semakin jauh dan jauh lantas tidak mengendahkan kehadiran Ramadhan? Dek kerana sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal menjelang, Ramadhan berlalu seperti angin lalu tanpa apa-apa nilai. Sedangkan, pada masa kritikal beginilah, kita sepatutnya berebut dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi insan cemerlang di sisi Allah pada bulan ini. Berbahagialah bagi mereka yang benar-benar haloba dalam beribadah dan amat rugilah bagi mereka yang hanya menjalani Ramadhan dengan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. 

"Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu". 

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadr. Tahukah kamu apakah lailatul qadr? Lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan" (Surah Al-Qadr: 1-3)

Alangkah bertuahnya hati ini jika dipertemukan dengan lailatul qadar. Satu malam yang penuh syahdu dan berkat, malam yang ditunggu-tunggu oleh para anbiya' dan para solihin yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Namun, malam lailatul qadar tidak akan datang bergolek, kita sebagai manusia hendaklah berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana lailatul qadar menjanjikan ganjaran seperti beramal 1000 bulan dan doa kita dikabulkan Allah. Subhanallah! Maha pemurah dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNya yang beriman.

"Allahumma arzukna lailatul qadr" Ya Allah, rezekikan kami lailatul qadar.

Sekian, 
-Semoga menjadi pemburu Lailatul Qadar yang berjaya~!!- 

::Ramadhan yang sama, natijahnya berlainan::

Aug 5, 2011

NIKMAT

In The Name of Allah, The most Beneficent, The Most Merciful...

Assalamualaikum..
Nikmat bila duduk rumah. Dapat sahur dengan makanan sedap-sedap. Ayah kejut sahur sampai bangun. Berbuka dengan macam-macam jenis hidangan. Nikmat bila dapat solat berjemaah dengan keluarga. Rasa lebih dilindungi. Rasa lebih khusyuk. Lebih tenang bila balik rumah tengok muka mak dengan ayah. Hilang semua masalah. Alhamdulillah..

Rasa takut bila baca Surah  Ar-Rahman. Terasa macam sangat tak bersyukur kepada Allah bila dikurniakan kesenangan dan rezeki yang melimpah ruah. Kufur nikmatkah??

"Maka yang mana satu lagi nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?" Takut bila baca ayat ni. Ya Allah, sungguh tak bersyukurnya hambamu ini.

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah, Tuhan pencipta alam, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena, dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah sudah. Subhanallah. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah telah kurniakan disekeliling kita.

Namun, manusia sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada Allah yang Maha Memberi. "Maka yang mana satu lagi nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?" Ketika melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini? Sekiranya Allah mengarahkan semua nikmat yang telah diberikan kepada manusia itu harus dibayar dengan menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu? Tidak terkira banyaknya.

"Dan ia telah memberikan kepada kamu sebahagian daripada setiap apa juga yang kamu berhajat kepadanya. Jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar, sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat TuhanNya".
Bersyukurlah kepada Allah di atas nikmat yang telah Allah kurniakan. Ya Allah, terlalu sedikit sekali aku mengucapkan kata syukur kepadaMu. Alhamdulillah....Bersyukurlah wahai hati kerana Allah telah menempatkan kamu ditempat yang sepatutnya kamu berada.


::Bersyukur dapat belajar di Kolej Matrikulasi Selangor dan dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat memahami::


Rahmat Ujian

Assalamualaikum...

Jalan dakwah itu bukan seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi jalannya adalah jalan-jalan yang penuh onak duri. Bukan semua perkara yang kita mahukan akan kita dapat dengan mudah. Bukan mudah menjadi penggerak dakwah dari sayap akhawat. Banyak cabaran dan liku-liku yang perlu dihadapi. Bersabarlah duhai hati. Ujian yang Allah berikan ni terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan orang lain. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Hanya orang yang bodoh sahaja tidak mahu Allah bersama-sama mereka. Kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah duhai hati, keberkatan daripada kesabaran itu akan membawa manfaat kepadamu lalu akan menolak segala mudarat. Ikhlaskan niat. Belajar terima orang sekeliling. Jangan pentingkan diri sendiri. Bangkitlah dari mimpi-mimpi indah. Janganlah engkau bersedih duhai hati~ Tiada perkara yang mudah dalam menjalani arus kehidupan. Ingatlah, kepahitan yang engkau sedang rasai ini hanya sesaat, akan tetapi kemanisannya berpanjangan. 

Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggungnya. Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan datangkan hujan yang tiada henti, hati ini tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi pelangi yang lebih indah.

::Bersyukurlah dengan nikmat dunia::

Jul 14, 2011

Bersabarlah Duhai Hati~

::Surau As-Sufi:: *The Center of SeMaC*

Assalamualaikum pembuka bicara..Updated from Kolej Matrikulasi Selangor..My new life begins~

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..Orang kata, keluar je dari alam persekolahan, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi..Sekarang, baru dapat rasa macam mana hidup dalam dunia tanpa tarbiyah..Hati kena kuat, kena banyak bersabar..Tiba-tiba rindu Maahad~ Rindu nak dengar Asmaul Husna tiap-tiap pagi, rindu nak dengar lagu Maahad, rindu nak solat Dhuha tiap2 pagi dengan 'Afifah..rindu sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan diri ini yang sentiasa lagha..rindu semua yang berkaitan dengan Maahad Hamidiah..

Bersabarlah duhai hati..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..Yakinlah pada Allah wahai hati~ 

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan, ingatlah, apa yang kita buat sekarang ni tidak lain hanyalah kerana Allah..Hanya kepada Allah sahaja kita bergantung..Banyak ujian yang akan kita hadapi dalam menegakkan dakwah Islamiyah di sini..Teguhkanlah daulah Islamiyah dalam dadamu, nescaya ia akan terteguh di KMS!!

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..


"Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad, 7)


Salam Mujahadah...

[Click click]