Dec 10, 2011

Kembali

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepikan diri ini, kini ana kembali untuk berkongsi semangat dan berkongsi cerita untuk kita sama-sama belajar dan mengambil ibrah dari perjalanan hidup manusia yang bergerak di medan dakwah tidak kira di mana-mana pelosok dunia sekalipun. Semoga robbulizzah mengampuni segala khilaf yang telah diperlaku sepanjang hayat.
  Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah ingin memberi kita pelangi yang indah.
Past is past. Terimalah dengan hati terbuka. Semoga dengan apa yang direzekikan Allah ini dapat memberi motivasi kepada kita sebagai pelajar dan da'ie dalam menggerakkan dakwah islamiyah.
Jika kita membelakangkan matahari, kita hanya melihat bayang-bayang sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam.
Kadangkala kita diuji. Hidup ini akan melolong kesakitan apabila diberi ujian. Tetapi sepantas kilat juga akan sembuh dari kesakitan itu dan akan berganti dengan kesenangan dan kemudahan dalam jiwa pabila hidup ini kita gantungkan sepenuhnya kepada Allah. Ingatlah, Allah ingin membersihkan dan menyucikan tauhidmu dengan memberikan kita ujian yang maha hebat supaya kita tidak sombong dengan kehebatan yang Allah kurniakan kepada hambaNya.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" 
Sila hidupkan enjin kita dengan memulakan tahun baru 1433 Hijrah dan 2012 Masihi ini dengan mengusir segala kesedihan lama dan gunakanlah masa sebaik mungkin untuk kita laksanakan kerja dakwah demi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW sehingga hujung nyawa. Rasailah getaran dakwah dan syurga itu menyatu dalam dirimu. Walaupun payah dan penuh liku, rasailah dzauknya perjuangan dengan menyibukkan diri dalam meningkatkan amal fardhi dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal jama'ie. Berdoalah sambil melakukan kerja-kerja jihad ini agar sentiasa dikurniakan Allah halawatul iman. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

[Click click]