Dec 31, 2011

Niat kerana Allah, bukan kerana jemaah

Assalamualaikum akhi wa ukhti..

"Teguhkan ikatan persaudaraan Islam"

Dengarlah kata-kataku dari pengalaman dakwah dijalan ini yang sangat sedikit. Maklumlah , 'duat hingusan' lah katakan..

Seorang daie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa melakukan apa-apa amal kerana sifat itu sebenarnya menunjukkan keaiban orang beriman. Kita seharusnya merebut peluang yang ada untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan ditarbiyah. Janganlah kita menjadi "penganggur" dalam tarbiyah. Yang hanya tahu cakap "wait and see".

Sebenarnya, pada zaman dan era kita inilah merupakan zaman yang paling mudah untuk melaksanakan dakwah kalau nak compare dengan zaman Rasulullah SAW dahulu. Walaupun kita tidak bersama dengan rasul dan para sahabat. Tapi malangnya, ramai anak muda mahupun orang tua tidak mahu mengambil peluang keemasan ini untuk dimanfaatkan. Kita banyak membuang masa untuk tarbiyah yang hebat tapi malangnya tidak bernyawa untuk bergerak.  

Kenapa ya? Jawapannya sudah tentulah kerana seluruh jiwa dan raga kita telah dikuasai oleh arus kemodenan dan euforia dunia hingga hati kita menjadi keras seperti batu dan layu dari siraman kesedaran dan keredhaan dari Ilahi. Sehinggakan kita merasakan seperti perjuangan dakwah ini merupakan satu perjuangan yang sangat berat dan menjadikan kita tidak jujur dalam perjuangan ini.

Pada satu ketika dulu, rasanya tidak ada seorang pun yang berbangga dengan perjuangan dan jemaah mereka kerana pada ketika itu, mereka sentiasa mengutamakan dakwah dan tarbiyah yang kukuh sahaja kerana bagi mereka, jemaah ini hanyalah dijadikan sebagai pelindung. 

Sangat banyak ujian dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pendakwah terdahulu yang tidak pernah dirasai oleh kita. Namun, mereka tetap tabah dan cekal hati menyampaikan cahaya keimanan kepada seluruh masyarakat yang semakin jauh dan terpesong dari akidah yang sebenarnya.

Pelik ye. Realitinya sekarang ini, jemaah Islam seolah-olah jemaah jahiliyah. Dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan kutuk mengutuk. Yang mana perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan DeenNya.

Apalah yang nak dibanggakan dengan jemaah yang kerdil ini. Even kita rasa kita kuat dan besar bila berada dalam sesuatu jemaah, tapi kenapa maksiat masih terus berleluasa? Daulah yang kita inginkan juga masih belum menampakkan bayangnya lagi. Apalah ertinya jemaah kita terkenal hingga keseluruh pelosok dunia tapi Islam masih tersepit dan terpinggir dalam arus kemodenan dunia. Mas'ul dan pemimpin2 masih tak dapat membantu ummat yang kian jauh dari tariq yang benar.

Wahai sahabat sahabiyah seperjuanganku, marilah kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk sungguh2 mendidik dan mentarbiyah agar kita semua dapat merasai masuliyah ini. Rebutlah peluang dakwah untuk tegakkan Islam di atas bumi ini! Ayuh sama-sama kita menyampaikan fikrah Islam agar dapat menyatukan ummah. Gunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya. InsyaAllah, kita akan sentiasa lurus dijalan ini, biiznillah. Niat kita perlulah sentiasa betul supaya kita bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

[Click click]