Showing posts with label jalan dakwah. Show all posts
Showing posts with label jalan dakwah. Show all posts

May 13, 2013

Gunakanlah Masamu Wahai Pemuda~

Assalamualaikum...

Wahai pemuda pemudi,

Kita ini harapan ummah! Kita yang akan membentuk negara ini satu hari nanti. Janganlah kalian mensia-siakan masa muda kalian dengan perkara lagha.

Gunakanlah masa mudamu sebaik-baiknya. Ingatlah, masa muda itu hanya datang sekali dan tidak akan ada kali kedua. 

Gunakan sebaiknya demi memperjuangkan agama Allah. Umat Islam memerlukan kamu wahai pemuda pemudi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu.” Hadith Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi.

Dec 27, 2012

Dakwah itu 'cool' kalau kena gayanya

Assalamualaikum...
Salam imtihan buat ikhwah wa akhawat...Study jangan tak study *cehh, sibuk suruh orang study, tapi dia tuuuu...*

Pusing kiri pusing kanan, jeling buku sikit2, pandang past year question sebelah mata, sebelah mata lagi tengok lappy sambil menaip, itu tandanyaaaaa,,,,nak hapdate belog laaa tuuu... 

::Comelkan mereka??::

Huh! ^_^"...tarik nafas jap..letih kot study..ada ke orang study tak letih?????

Ya Allah, cerahkanlah minda dan hatiku ini untuk menerima segala ilmu yang dipelajari..Semoga apa yang dipelajari ni bukan ternoktah di penghujung final exam sahaja, tapi jadikanlah ilmu ini sebagai panduan diri sepanjang hayat...

"Susah lah nak dakwah"

"Alaaa, orang pakai kopiah and jubah tudung labuh bagai je kena dakwah, aku buat apaaa???"

"Hek eleh,,kuno la pakai jubah semua. Aku ni muka jahat, buat apa nak sibuk2 pergi dakwah???"

"Susah la nak suruh-suruh orang masuk Islam niii"

Eh, Hello!!!!!! 

Anda, ye anda yang cakap macam tu, suka hati kangkung bayam kobis engkau je nak cakap macam tu...

Siapa kata nak berdakwah kena pakai kopiah, jubah??
Siapa kata nak berdakwah muka kena nampak baik + suci murni lagi gebu putih mulus *lebih2 plak*
Siapa kata nak berdakwah ni kena suruh orang masuk Islam jeee???
Siapa kata??? Hah?? Siapa kata??? Haiyooo ^_^'

Bukan ke tiada paksaan dalam Islam??

"Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" [al-Baqarah:256]

Dakwah itu sungguh 'cool'..Se'cool' air fresh oren sejuk + ais penuh..Gulp !@#$^,,Ni kalau baru lepas kena kejar anjing amoi belakang rumah ni, meleleh air liur sambil hentak2 kaki nak air fresh oren yang 'cool' itu...=P

Ok,, lupakan jap air fresh oren,,,,

Pernah tengok TV tak??

Eh, apa punya soalan laa...mesti la pernah,,ni zaman moden ok! 

Ok, apa kaitan TV dengan dakwah???? Huk alohhh...Banyak kaitannya..

Fine,,,,'cool' kan kalau kita dapat kuasai media massa?? Fuhhh..kalau la umat Islam dapat kuasai semua stesen TV yang ada tak kira di Malaysia mahupun dunia,,,Wow!! Haibat!!

Makanya, dengan itu, marilah kita memperkasa seni dakwah melalui media..

Pada zaman pasca kemerdekaan dan pada era globalisasi ini,*cewahhh..BM sangattt*
masyarakat sekarang sangat dekat dengan media,,

Media merupakan satu medium yang sangat sangat penting dan sesuai untuk berdakwah...

Dengan kepakaran yang hanyalah di peringkat amatur dalam bidang media + pembikinan video + video editing + broadcasting, jom ramai2 pakat join Kelab Media Muslim USIM*actually, penubuhannya masih lagi dalam proses, insyaAllah segala aktiviti akan dijalankan mulai semester depan* yang bakal ditubuhkan oleh kami *ex-student Kelab Media Kreatif 2012/2013*...

Semoga Allah permudah dan lancarkan semuanya....

Sesiapa yang berminat boleh la bagi nama, matric number, phone number, ic number kepada saya yee...Caranya macam mana??? Boleh emel afiyahmahmud@yahoo.com or PM kat FB pun bolehh...

Hanya untuk student USIM je ye...hehe


::Alhamdulillah, diberi peluang untuk pegang + godek2 kamera haibat ini::

P/s: Teringin nak jadi Islamic Producer terhaibat di abad ini..Semoga menjadi kenyataan,,,aminnn

Sekian, jom sambung date dengan Prof Sirah Rasul jom!!!
Wassalam....

Oct 30, 2012

Wordless 10 Minutes to Wednesday




Bila Terlalu Selesa, Beginilah Jadinya.

Assalamualaikum...

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat imannya, tertingkat taqwanya dan mendalam ihsannya..

Fuhhh...
Lama jugak blog ni sepi. Bukan apa, sejak kebelakangan ni tuan empunya blog ni agak busy dengan campus life. Macam biasa la, assignment, kuiz, discussion, hu ha hu ha dengan classmate,,,,

Eh! Sekarang dah bulan berapa ye? Sehari lagi nak menginjak ke bulan November..MasyaAllah! Tanpa kita sedar, masa begitu pantas berlalu. Final exam makin menghampiri *even lambat lagi..heh ^_^'*

Dakwah. Tarbiyah. Apa khabar anda berdua?? Rasa macam dah lama kita tak jumpa kan??

Lately, hidup ni rasa agak kurang haibat. Kenapa ya?? Cuba cek balik amalan seharian kita..Solat cukup ke 5 waktu? Baca al-Quran? Berbakti kepada ibu bapa? Adik-beradik? Kawan-kawan?

Usrah pulak macam mana??? Teeetttt.....!@#$%^&*(


Sedarlah wahai diri, anda kini berada di dalam zon selesa seselesanya...Bukan apa, dah environment dekat sini ter'lampau' best. Suasana keislamikannya sangat terserlah di bumi USIM..ececeh~ Sampai lupa 'amar makruf nahi munkar'. Seriously! Pertama kali jejakkan kaki kat sini rasa macam balik zaman sekolah. Yang muslimatnya semua bertudung labuh, yang musliminnya duduk memang takde campur lah. Macam kat sekolah. Hakikatnya, siapa yang tahu..heh

Hah! Sudah-sudah la tu ber'hibernate' kat dalam 'sana'. 

Sudahla...

Ah!! Malaslah..

Huh! Nampaknya virus 'M' sudah mula menular ke dalam segala sel-sel urat saraf dan hampir saja merebak keseluruh jantung hati dan paru-paru. 

Seorang lagi da'ie memerlukan rawatan kecemasan di Hospital T&D. Suntikan semangat dari ayat-ayat al-Quran perlu diberi dengan segera supaya virus futur tidak merebak. Kefuturan bukanlah penyakit keturunan apatah lagi jangkitan. Ia datang dari hati. 

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat." [Al-Fatihah, ayat 6-7]

Ya. Anda sangat-sangat memerlukan ubat dakwah dan ubat tarbiyah. Sila telan ubat-ubat tersebut 24/7. No excuse!

Berjiwa besarlah. Ujian yang perlu kita tempuhi ini bukan hanya di dalam exam hall mahupun di atas kertas peperiksaan. Tapi, setiap yang berjuang untuk agama Allah tak kan lari dari ujian hidup. 

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedang kamu belum diuji?" [Al-Ankabut, ayat 2]

Hakikatnya, kehidupan ini adalah ujian. Keluarlah anda dari 'Zon Selesa' ini sebelum anda ditembak dengan M-16 mungkin?? Hahaha... 

::Katakan Tak Nak! kepada Zon Selesa::

Rasulullah memanfaatkan seluruh masanya, kehidupannya untuk Islam. Apa sumbangan aku untuk Islam hari ini???? 

Jul 27, 2012

Sila terasa.....*ingatan utk diri sendiri*

Assalamualaikum...


Tiba-tiba terpanggil utk baca satu post dekat muka buku yg agak panjang lebar n rasanya macam takde org nak baca sampai habis. Paksa jugak diri baca! Lepas baca, memang rasa macam kena penumbuk sebijik dekat muka*hiperbola sungguh*..Tapi, alhamdulillah..Allah masih menyayangi kita dengan memberi kesedaran kat diri ini yang mudah alpa, leka, lalai, cuai, 'ralit' di jalan yang penuh onak duri ini.


Wahai daie manja *cakap sambil tuding jari kat muka sendiri* di luar sana, jom kita muhasabah balik diri kita di bulan Ramadhan yang mulia ni. Semoga rahmat Allah melimpah ke seluruh pelusuk dunia. Aminn...


Amaran yang tak keras~


Lagi sekali, kepada sesiapa yang alergik dengan perkataan dakwah, tarbiyah, dan semua sekutu yang berkaitan, dipersilakan untuk anda mempertimbangkan dulu sebelum membaca supaya tak la 'culture shock' sangat. hehe...
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang malas.
  • Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
  • Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
  • Bukan untuk orang yang mencari tarbiyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
  • Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami.
  • Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. 
  • Yang cepat mengalah.
  • Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain.
  • Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.
  • Yang hanya tahu compare jemaah itu dengan jemaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
  • Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jemaah ini dan itu.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
  • Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
  • Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
  • Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
::Jalan dakwah bukanlah seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi ianya jalan yang penuh onak duri::

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, tanpa tarbiyyah, tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Kita menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan "saya busy..aku sibuk..aku penat..aku letih.."


Adakah ini petandanya aku terlalu manja?


Kalau semuanya nak ikut kata hati sendiri n manja tak sudah2, jadi baby balik!! Huh!
Ya Allah, tabahkan hambaMu.


"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"


Sekian, wassalam...

Apr 30, 2012

Surat layang


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kelemahan itu lemah menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
::jalan dakwah masih panjang::
Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha tahu bahawa di setiap ruang waktu, terlalu banyak seruan dan ajakan untuk meninggalkan jalan hidup RasulMu dan di sela-sela ruangan waktu itulah kami berharap akan tetap istiqamah di jalanMuKami juga memohon agar Engkau memelihara harapan itu di hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan menguatkan barisan kami, umat NabiMu SAW.

Jan 29, 2012

*Exam mood~*

Assalamualaikum..

*quick post*

"Weh, sempat lagi nak tulis blog?? Esok nak exammmmm laaaaa!!!!"

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Peliharalah hatiku ya Allah...Janganlah kau lemahkan
Senangnya semangat ni nak lemah....*ni sume syaiton durjana punye pasal! huh!*

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..
"Jalan dakwah bukan seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi ianya jalan yang penuh onak duri" Imam Hasan Al-Banna

Belajar pun dikira jihad fi sabilillah...

Ingat tu, bukan senang nak ajak orang buat baik..
Nak ajak orang ke jalan yang diredhai Allah..

Heh! "Diri kau tu pun tak betul lagi..sibuk nak ajak orang lain..tolongla"

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah sehebat serikandi agung Saiyidatina Khadijah..
yang sanggup menggadai semua hartanya ke jalan Allah..
*nak derma seposen pun fikir sepuluh kali...
Sedarlah sikit....

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah setanding Saiyidatina Aisyah..
yang sanggup bersama-sama Rasulullah dalam memperjuangkan agama Allah diwaktu usianya masih muda remaja...
*Hidung kau pun berhingus lagi masa tu...perangai pun macam budak sekolah...
Sedarlah sikit....

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah seberani Sumaiyah...
yang sanggup menggadai nyawa demi kalimah suci agung 'Lailahaillallah '
*kena band dengan non-muslim pun dah menangis tak tentu pasal...sedarlah sikit...*

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah semulia Rabiatul Adawiyah...
yang sentiasa beribadah kepadaMu tanpa mengenal erti jemu...
*baca Quran sikit pun dah letih...sedarlah sikit...*

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah setabah Halimatus Saadiah...
yang sentiasa sabar dalam mencari rezekiMu...
*takde duit sikit pun nak mengeluh....
Sedarla....

Ya Allah, aku tahu, aku manusia lemah, tak terjangkau untukku menjadi seperti serikandi-serikandi agung...
Tapi ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada hambaMu ini, untukku berjuang, berjihad menegakkan agamaMu ya Allah..

Ingin sekali aku menjadi wanita solehah...bantulah hambamu ini ya Allah...

Sesuatu amal tidak akan diterima Allah kecuali dilakukan dengan ikhlas dan bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah

::Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah::

Ikhlaskan hatimu wahai Nur Afiyah......

P/s: sambung date with Mr. Fizik...

Selamat meneruskan jihad di medan peperiksaan sahabat seperjuanganku...Dakwah adalah yang paling utama tapi akademik bukan yang kedua...*fiqh aulawiyat*

Wassalam...

Dec 31, 2011

Niat kerana Allah, bukan kerana jemaah

Assalamualaikum akhi wa ukhti..

"Teguhkan ikatan persaudaraan Islam"

Dengarlah kata-kataku dari pengalaman dakwah dijalan ini yang sangat sedikit. Maklumlah , 'duat hingusan' lah katakan..

Seorang daie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa melakukan apa-apa amal kerana sifat itu sebenarnya menunjukkan keaiban orang beriman. Kita seharusnya merebut peluang yang ada untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan ditarbiyah. Janganlah kita menjadi "penganggur" dalam tarbiyah. Yang hanya tahu cakap "wait and see".

Sebenarnya, pada zaman dan era kita inilah merupakan zaman yang paling mudah untuk melaksanakan dakwah kalau nak compare dengan zaman Rasulullah SAW dahulu. Walaupun kita tidak bersama dengan rasul dan para sahabat. Tapi malangnya, ramai anak muda mahupun orang tua tidak mahu mengambil peluang keemasan ini untuk dimanfaatkan. Kita banyak membuang masa untuk tarbiyah yang hebat tapi malangnya tidak bernyawa untuk bergerak.  

Kenapa ya? Jawapannya sudah tentulah kerana seluruh jiwa dan raga kita telah dikuasai oleh arus kemodenan dan euforia dunia hingga hati kita menjadi keras seperti batu dan layu dari siraman kesedaran dan keredhaan dari Ilahi. Sehinggakan kita merasakan seperti perjuangan dakwah ini merupakan satu perjuangan yang sangat berat dan menjadikan kita tidak jujur dalam perjuangan ini.

Pada satu ketika dulu, rasanya tidak ada seorang pun yang berbangga dengan perjuangan dan jemaah mereka kerana pada ketika itu, mereka sentiasa mengutamakan dakwah dan tarbiyah yang kukuh sahaja kerana bagi mereka, jemaah ini hanyalah dijadikan sebagai pelindung. 

Sangat banyak ujian dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pendakwah terdahulu yang tidak pernah dirasai oleh kita. Namun, mereka tetap tabah dan cekal hati menyampaikan cahaya keimanan kepada seluruh masyarakat yang semakin jauh dan terpesong dari akidah yang sebenarnya.

Pelik ye. Realitinya sekarang ini, jemaah Islam seolah-olah jemaah jahiliyah. Dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan kutuk mengutuk. Yang mana perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan DeenNya.

Apalah yang nak dibanggakan dengan jemaah yang kerdil ini. Even kita rasa kita kuat dan besar bila berada dalam sesuatu jemaah, tapi kenapa maksiat masih terus berleluasa? Daulah yang kita inginkan juga masih belum menampakkan bayangnya lagi. Apalah ertinya jemaah kita terkenal hingga keseluruh pelosok dunia tapi Islam masih tersepit dan terpinggir dalam arus kemodenan dunia. Mas'ul dan pemimpin2 masih tak dapat membantu ummat yang kian jauh dari tariq yang benar.

Wahai sahabat sahabiyah seperjuanganku, marilah kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk sungguh2 mendidik dan mentarbiyah agar kita semua dapat merasai masuliyah ini. Rebutlah peluang dakwah untuk tegakkan Islam di atas bumi ini! Ayuh sama-sama kita menyampaikan fikrah Islam agar dapat menyatukan ummah. Gunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya. InsyaAllah, kita akan sentiasa lurus dijalan ini, biiznillah. Niat kita perlulah sentiasa betul supaya kita bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah.

Wallahua'lam

[Click click]