Dec 11, 2011

Allah know the best

::ubat tidur::

Assalamualaikum...
Salam perjuangan buat sahabat-sabahat semua. Semoga apa yang kita perjuangkan diredhai Allah SWT.

Sehari sebelum result PSPM 1, seorang sahabat ana bertanya, "Ayat apa ek yang dapat redakan hati lepas dpt result esok?". Lebih kurang macam tula soalan yang ditanya. Ana pun lupa. Maklumlah, nama pun manusia. Lupa memang tak dapat dipisahkan dengan manusia. Ketika itu, otak ana ligat berfikir. Banyak ayat yang bermain di minda, namun tak terluah kepada sahabat ana ini. Akhirnya, ana buka tafsir quran yang ada disebelah ana ketika itu (bukan tafsir ana), ana buka surah Ibrahim dan bagi sahabat ana baca. Walaupun ana tahu, semestinya manusia sehebat sahabat ana ni tahu tentang ayat yang ana maksudkan.
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, sesunggunya azabKu amatlah pedih". (Ibrahim ayat 7) 
Ayat ini juga untuk menyedarkan ana tentang sifat syukur. Tidak kira walau apa pun keputusan yang akan ana perolehi pada keesokan harinya, bersyukurlah!

Pada keesokan harinya, ana pergi kelas macam biasa, tapi penuh dengan perasaan yang bercampur baur. Risau, takut, gundah gulana, semua ada. Ana mengingatkan diri agar sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW agar diberi ketabahan hati dan ketenangan jiwa kepada diri ini.

Jam 4.00 petang, ana pergi ke dewan untuk ambil slip keputusan. Pada waktu tu, dewan sudah kembali sepi sebab ramai yang dah ambil keputusan seawal jam 3.00 petang. Kelewatan ana adalah disebabkan kami terpaksa menghadiri kelas Biology Praktikal yang pada waktu tu, ana buat eksperimen dengan tangan menggigil dan hati yang kurang tenteram.

Selesai ana mengambil slip, tempat pertama yang ana tuju ialah Surau As-Sufi dan perkara pertama yang ana lakukan adalah sujud syukur. Lepas sujud syukur barulah ana buka slip. Sebelum tu, ana bermonolog dalam hati, "Ya Allah, semoga keputusan yang aku terima ini adalah keputusan yang terbaik buat diriku".

"Alhamdulillah". Itulah ucapan pertama yang terucap di dalam hati. Walaupun keputusan tidaklah sehebat insan lain. Ana teringat pesanan seseorang supaya ana terima keputusan seadanya dan terima dengan hati terbuka. Janganlah kamu bersedih hati. Tabahkan hatimu wahai Nur Afiyah. Ingat! Ini ujian yang Allah beri untukmu supaya kamu tidak lupa dan leka dalam mengejar duniawi.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Keputusan yang diterima ini adalah ujian dari Allah supaya hambaNya tidak leka dan alpa terhadap kehebatan dan rezeki yang Allah berikan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah ayat 216)

No comments:

Post a Comment

[Click click]