Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Dec 10, 2011

Kembali

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepikan diri ini, kini ana kembali untuk berkongsi semangat dan berkongsi cerita untuk kita sama-sama belajar dan mengambil ibrah dari perjalanan hidup manusia yang bergerak di medan dakwah tidak kira di mana-mana pelosok dunia sekalipun. Semoga robbulizzah mengampuni segala khilaf yang telah diperlaku sepanjang hayat.
  Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah ingin memberi kita pelangi yang indah.
Past is past. Terimalah dengan hati terbuka. Semoga dengan apa yang direzekikan Allah ini dapat memberi motivasi kepada kita sebagai pelajar dan da'ie dalam menggerakkan dakwah islamiyah.
Jika kita membelakangkan matahari, kita hanya melihat bayang-bayang sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam.
Kadangkala kita diuji. Hidup ini akan melolong kesakitan apabila diberi ujian. Tetapi sepantas kilat juga akan sembuh dari kesakitan itu dan akan berganti dengan kesenangan dan kemudahan dalam jiwa pabila hidup ini kita gantungkan sepenuhnya kepada Allah. Ingatlah, Allah ingin membersihkan dan menyucikan tauhidmu dengan memberikan kita ujian yang maha hebat supaya kita tidak sombong dengan kehebatan yang Allah kurniakan kepada hambaNya.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" 
Sila hidupkan enjin kita dengan memulakan tahun baru 1433 Hijrah dan 2012 Masihi ini dengan mengusir segala kesedihan lama dan gunakanlah masa sebaik mungkin untuk kita laksanakan kerja dakwah demi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW sehingga hujung nyawa. Rasailah getaran dakwah dan syurga itu menyatu dalam dirimu. Walaupun payah dan penuh liku, rasailah dzauknya perjuangan dengan menyibukkan diri dalam meningkatkan amal fardhi dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal jama'ie. Berdoalah sambil melakukan kerja-kerja jihad ini agar sentiasa dikurniakan Allah halawatul iman. InsyaAllah...

Aug 24, 2011

IMAN ADALAH MUTIARA

Assalamualaikum...

::Berilah ubat kepada hati yang tidak sihat::

Apa khabar iman dan amal antum semua? Apa khabar hati? Bagaimana keadaan hati antum? Iman antum? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? Kritikal? Ke terpaksa dimasukkan ke ICU? Atau hampir sembuh dari serangan virus dosa??

Semoga hati-hati ini yang sentiasa dekat denganMu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan semuanya sedang bergelut dengan masa yang terlalu singkat ini untuk mengejar pahala Ramadhan..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Iman itu memiliki tujuh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman."

Apa khabar iman kita? "Maka jawablah ia dengan amalan..."

Sementara cuti pertengahan semester yang sedang berjalan pada waktu dan ketika ini, kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita jugalah yang menguruskan aktiviti seharian kita seperti makan, tidur, mandi, siapkan tutorial *hek!* dan sebagainya.. Tapi, yang paling penting dan paling utama ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.. Iman kita juga memerlukan planner. Isikanlah planner iman anda semua dengan agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan dan menyihatkan iman. Rebutlah peluang keemasan dikala Ramadhan ini masih bersisa untuk mencapai halawatul iman. Sesungguhnya, hanya orang yang betul-betul beriman dan beramal soleh sahaja akan dapat merasai betapa manisnya iman..

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini , teguhkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Janganlah Kau pesongkan hati kami. Sesungguhnya kami hamba-hamba yang sangat lemah lagi daif..."

Salam mujahadah melawan nafsu~

[Click click]