Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Mar 12, 2011

Belajar VS Mengajar

Salam..

Ok..kali ni saya nak nyatakan perbezaan zaman kita belajar(student) dan mengajar(guru a.k.a ustazah)

1. Masa sekolah kita takda nak fikir esok nak pakai baju apa..Tapi bila dah kerja, hari-hari dalam kepala otak ni mesti ada monolog dalaman "esok nak pakai baju apa ek??" (nasib takda lagi budak cakap "ustazah asyik pakai baju sama je"..huhu..baju saya banyak ok..sekali sebulan je saya pakai..yela tuu) Kalau masa sekolah dulu of course lah kena pakai baju sekolah kan..

2. Masa tengah belajar kita telan je apa yang disuap..Tapi bila dah mengajar hari-hari kita yang kena menyuap..Mana lagi best?? Disuap ke menyuap?? *korang faham tak??tak faham takpe la..ADAKUKESAH? huhu*

3. Masa sekolah jangan harap la orang nak tegur kita or kenal kita..Cuma orang-orang popular je semua kenal..Tu pun bukannya semua pun..Makcik Nisdateguh tak kenal pun..huhu..Tapi bila jadi cikgu ni semua murid kenal kita even kita tak mengajar kelas dia..Sampaikan jumpa kat shopping complex pun boleh lagi budak tu sebut "eh ustazah!" kuat-kuat pulak tu..huhu..Bermuka temboklah sekejap~ Entah budak mana la yang tegur ni..Tapi yang pastinya mesti la budak sekolah tempat kita mengajar kan..

4. Lagi apa ek?? Emm..Haa! Masa sekolah dulu kita terikat dengan peraturan sekolah..Tu tak boleh, ni tak boleh..Tapi bila kerja..'Suka hati aku lah nak buat apa pun!' huhu..tapi bukan la buat benda yang melampaui batas okay..

5. Masa jadi pelajar, kita sentiasa disuruh..Kena buat tu la, buat ni la..Ambil barang cg la..Sampaikan pen sebatang pun cg suruh ambilkan..Tapi, bila dah mengajar, kita pulak yang asyik arah orang je keje..Buang sampah pun suruh budak jugak..huhu..Sebenarnya bukan apa, nak bagi budak tu dapat pahala..hehe..Tapi disebabkan saya ni guru junior, memang tak lepas dari disuruh jugak lah..Yang menyuruhnya cikgu-cikgu senior la or guru besar ke..Suruh orang buat tu, buat ni la..haih~ *takpa, buat kerja biar ikhlas*

Tu je la untuk hari ini..Kalau rajin i'll continue later~ Okay?? Banyak lagi sebenarnya..Vitamin M je banyak..

Persamaan - Masa belajar and mengajar kena pakai nametag..
"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Sekian, wassalam~

Splendid memories~!! PART 1


Salam..suka sangat gambar kat atas..Nak tau kenapa?? Sebab tahun 2007/08 la tahun yang paling best..Masa form1 dulu kita tak rasa apa-apa pun sebab masa tu masing-masing tak matang and masih fikir nak main je..Tapi bila dah form3 baru lah kita sedar..Sebab masa tu nak PMR..masing-masing struggle belajar sebab nak dapat 9A.. 

3 tahun kita kongsi kelas yang sama, 3 tahun kita kongsi cikgu yang sama, 3 tahun jugak lah kita tengok muka yang sama..Sampaikan ramai cakap "bosannye, tiap tahun muka sama jee"..Tapi selama 3 tahun tu la kita belajar erti persahabatan..Walaupun 3 tahun tu bukan la masa yang panjang, tapi dalam waktu tu la kita kenal diri kita masing-masing..Kita kenal kawan2 kita..Kita faham kawan-kawan kita..Dalam masa 3 tahun tu macam-macam tragedi berlaku..Ada yang suka, sedih, marah, geram dll..Bila fikir balik, rasa macam nak balik zaman sekolah dulu..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Lepas form 3 (lepas ambil result pmr la senang) semua dah ikut haluan masing-masing..Ada yang sambung pengajian dorang dekat KISAS, SASER dll..And tak terkecuali jugak yang stay and still duduk kelas yang sama especially 4 Ar-Razi *kelas paling senyap di dunia*..Walaupun ramai yang still duduk kelas sama, tapi suasana dia tetap berbeza..Tak sama macam masa form 3 dulu..Of course la tak sama kan..setiap tahun ada kelainan dan keistimewaan dia masing-masing..

Apa yang best masa form3??
1. Dapat guru kelas yang sama masa form2 (teacher muna)
2. First time cg ezana masuk kelas..Masa tu semua gelabah baca buku Sejarah..Kononnye takut kena berdiri atas kerusi..huhu (kena nyanyi lagu UMNO lagi tu..haih~)
3. Ramai BADAR (kiranya kelas paling 'baik' la) huhu..Dah ramai Badan Dakwah Dan Rohani..mesti la baik kan??
4. Masa bulan kemerdekaan..Kita hias kelas takde la sehebat kelas-kelas yang lain..Tapi dapat no 1 jugak..Sebabnya?? Lakonan budak-budak lelaki yang sangat best and kelakar especially monumen dorang..huhu..(Ada yang rakam tak masa tu?? Boleh tengok balik)
5. Anda nyatakan sendiri...huhu

"Zaman persekolahan cuma sekali sahaja. Ya, cuma sekali sahaja. Oleh itu, kepada adik-adik (tak kisah la sekolah rendah ke sekolah menengah ke tadika ke) manfaatkan peluang tersebut sepenuhnya bagi menjamin masa depan adik-adik"

Nantikan kemunculan PART 2~ hehe *macam ada orang baca je..takpa,,saya tulis, saya baca*

Wassalam..

Mar 5, 2011

Muallim~

'Guru yang berkualiti memberi makna kepada pengalaman belajar muridnya dan memberi keyakinan diri untuk menjadi manusia yang berketerampilan, seimbang, dan harmonis'

Ciri-ciri yang perlu ada pada guru~ *Cewah~ mentang2 dah jadi cikgu, asyik nak cerita pasal guru je..huhu..Takpe la, at least ada la jugak ilmu yang nak dikongsi dengan semua pendidik2 di luar sana..hehe..Even baru setahun jagung (setahun ke? belum sampai setahun lagi la..baru 2 bulan ye~) terjun dalam bidang pendidikan ni, still want to share about apa yang saya dapat masa kursus profesionalisme guru hari tu..

Ok..Balik pada ciri2 yang perlu ada pada guru..

Firsly, seorang guru mestilah mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan. *Of course lah kena ada banyak ilmu kalau nak ajar orang, kalau tak senang2 je kena pijak dengan anak murid*

Then, mempunyai penampilan diri yang positif, berketerampilan, budi pekerti, ikhlas, keyakinan diri yang tinggi, berfikiran terbuka, mengamalkan sikap dan budaya kerja yang positif serta mempunyai daya fikiran yang tinggi.*Senang cerita semua sifat2 mahmudah la*

Gambar sekadar hiasan (teringat dekat Mokgobja, Neo, Boseyong, etc)

Semua ciri2 ni sangat penting and perlu ada pada semua guru..Adakah ciri2 yang disebutkan tadi ada pada diri anda, guru2 di luar sana?? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri~ Tak pun tanya kawan pun boleh jugak..hehe

Feb 26, 2011

Saya guru cemerlang di sekolah gemilang untuk melahirkan insan terbilang

Assalamualaikum...
Apa yang saya merepek ni?? Saya guru cemerlang?? Saya dapat award guru cemerlang kah? Hehe..Jawapannya of course lah bukan kan..Baru mengajar 2 bulan dah berangan nak dapat award..mimpi jela..hihi..
Sebenarnya, semalam (26/2/2011) ada kursus profesionalisme guru cemerlang dekat sekolah..Ye, guru sandaran pun kena pergi kursus ok..Tapi takpe la..Dapat jugak ilmu kan..


"I'm learning all the time. The tombstone will be my diploma"

Kursus ni ada 2 slot. Slot 1 tajuknya 'Saya Guru Cemerlang Di Sekolah Gemilang Untuk Melahirkan Insan Terbilang'. Ceh~ tajuk nak up je..huhu..Dua2 slot Ustaz Azhari Sulaiman yang bagi..Ustaz ni best~ huhu..Antara isi-isi yang saya dapat dalam slot ni antaranya asas-asas kecemerlangan organisasi. Kiranya macam hubungan guru2 dengan pentadbir (ketua guru)..hee


"Guru yang sederhana memberitahu, guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi"

Wah~ bagi quotes pulak dah..poyo je..huhu


Lepas tu slot kedua tajuknya 'Kearah pedagogi cemerlang'. Menatang apa pulak pedagogi tu? huhu..Pedagogi tu teknik pembelajaran ye cikgu-cikgu..hehe


Macam-macam la cara dia ajar teknik2 pembelajaran yang betul ni..Denda2 yang menjatuhkan maruah tak boleh ye~ hihi..Teringat pulak masa form3 dulu..Pernah la kena denda yang menjatuhkan maruah ni..Contohnya kena jalan itik...hehe..Tapi bagi saya bukan untuk menjatuhkan maruah..Tapi untuk mengajar saya..Sapa suruh tak dapat markah Sejarah 80 ke atas..huhu..Kena jalan itik dalam kelas je pun..Siap tutup pintu ngan tingkap lagi and budak putera a k a lelaki kena keluar kelas..hee..Rindu cg ezana~


Picture of Duck - Free Pictures - FreeFoto.com
letak gambar itik la pulak..cuba bayangkan kalau hari2 kena jalan itik..penat2~ ish..

Lagi satu denda cg Ezana yang paling famous amos kena pusing tangki merah..Tu memang wajib setiap tahun..Budak-budak form 3 yang tak dapat markah Sejarah 80 ke atas utk ujian bln 3 kot, kena la pusing tangki merah..Saya pun kena okey..hehe..

ni la dia tangki merah..kenangan~

Tapi semuanya tinggal kenangan..Saya tak marahkan cg Ezana pun..Malah makin sayang~ hehe..Sebab cg lah saya dapat A Sejarah masa PMR..Terima kasih banyak-banyak sebab cg buat macam tu dekat kami yang degil2 ni..Kena berdiri atas kerusi la..*Even dah form3 pun kena berdiri atas kerusi jugak tau*huhu..Tu la, sapa suruh tak baca buku Sejarah sebelum cg masuk kelas..Kan dah tak dapat jawab..Padan muka~huhu

Terkeluar tajuk la pulak..haih~ Takpe la..Apa-apa pun, bila kita pulak yang kena mengajar ni baru la kita faham perasaan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu..Baru ku tahu~
Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu~ 

"Prophet Muhammad pbuh is the greatest teacher all the time"

Wassalam~

Alam persekolahan

Assalamualaikum...

Tipu la kalau saya cakap saya tak rindu alam persekolahan..Semua orang pun mesti rindu zaman sekolah punya..Bila la nak pergi melawat Maahad Hamidiah a.k.a MAHISS TERCINTA..hek! Tapi kenangan yang paling tak boleh lupa mesti masa zaman sekolah menengah..kan3? Sape yang kata tak tu suka hati lah..hehe..Jom tengok gambar jela..Malas nak tulis panjang2 (tengok tu, malas2..haish..astagfirullah~)

 kanak2 memang cenggini..haih~ muke semua tak matang~ huhu - FORM 1 2006

 Gambar kelas pergi mana entah..Gambar ni pun jadi la..-FORM 2 2007

 Sangat suka gambar ini okey! Sweet memory~ Muke dah matang sikit..nak PMR lah katakan..hihi - FORM 3 2008
 Gambar ni tak suka..Tak tahu kenapa..Sebab kelasnya pasif kot..- FORM 4 2009
Muka2 nak exam..hohoh...SPM fever~ - FORM 5 2010

Tu je lah gambar yang nak ditunjuk..salam..

Feb 12, 2011

Rindu Maahad~



Jom dengar lagu sekolah Maahad. Rindu nak nyanyi kat perhimpunan~

Feb 5, 2011

Aku yang hipokrit

Bismillahiraahmanirrahim...
Teringat zaman sekolah dulu (macam lama sangat je tinggalkan zaman persekolahan..huhu) perkataan hipokrit sangat sinonim dengan pelajar puteri Maahad. Kenapa? Sebab kat sekolah bukan main lagi pakai tudung labuh macam nak sapu lantai je, tapi bila kat luar, pakai tudung macam-macam jenis/fesyen. Tudung bawal la, shawl la, selendang la apa la. Macam dah jadi trend plak sekarang ni. Ada tu pakai tudung sebab dia rasa dia cantik bila pakai tudung. Sepatutnya pakai tudung mestilah kerana Allah. Betul ke kerana Allah?

[Click click]