Aug 16, 2011

Tahniah Peserta Ulama' Muda SMKA MH

Assalamualaikum..Updated from Kolej Matrikulasi Selangor..

Setelah sekian lama tak update blog yang serba kekurangan ini, tiba-tiba hati terdetik untuk menaip sesuatu. Baru hari ni dapat tau yang maahad ada buat program Ulama' Muda SMKA MH. Program Ulama' Muda ni seakan-akan Imam Muda. Alhamdulillah, akhirnya maahad muncul dengan satu program yang sangat hebat. Teruja bila tengok blog Ulama' Muda SMKA MH http://ulamamuda-smkamh.blogspot.com/. Tapi rasa agak terkilan jugak sebab tahun lepas takde program macam ni. Tak dapat nak rasa pengalaman menyertai Ulama' Muda ni and tak dapat jumpa Imam Muda Ashraff..heh..

Serba sedikit tentang Program Ulama' Muda SMKA MH.
"Cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh setiap manusia muslim di akhir zaman ini datang dari berbagai sudut dan cara. Semakin hari semakin hebat dan pastinya akan bertambah kompleks pada masa hadapan mereka. Ujian dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan pemikiran perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah. Bagi mempersiapkan pelajar menghadapi berbagai ujian dalam kehidupan mereka sekarang dan pada masa akan datang, Program Ulama' Muda ini diketengahkan sebagai salah satu usaha untuk membantu mereka yang terlibat secara langsung dengan program ini khasnya, dan seluruh pelajar SMKA Maahad Hamidiah amnya bagi mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul."



Imam Muda Ashraff Musim Pertama

Tahniah kepada adik-adik kerana telah berjaya terpilih sebagai Ulama' Muda and jadi ikon dan idola kepada semua warga Maahad Hamidiah. Bersyukurlah kerana Allah telah memilih anda semua untuk mempelajari ilmu yang tidak kurang pentingnya dalam melahirkan insan musleh dan ulama' unggul yang mampu menjadi sinar di celah-celah kabus kemodenan dan kealpaan duniawi..

Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik dua jari, itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan. Namun, tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan. Teruslah melangkah meski dalam kepayahan. Kita kan khalifah! Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah? Sedang mehnah itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan mehnah yang membuatkan kita terduduk menangis hiba?? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang~!! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkah terus teguh menuju jalanNya...

-BERSAMA KITA MERAIH CINTA ALLAH-

Salam mujahadah~

No comments:

Post a Comment

[Click click]