Aug 24, 2011

IMAN ADALAH MUTIARA

Assalamualaikum...

::Berilah ubat kepada hati yang tidak sihat::

Apa khabar iman dan amal antum semua? Apa khabar hati? Bagaimana keadaan hati antum? Iman antum? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? Kritikal? Ke terpaksa dimasukkan ke ICU? Atau hampir sembuh dari serangan virus dosa??

Semoga hati-hati ini yang sentiasa dekat denganMu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan semuanya sedang bergelut dengan masa yang terlalu singkat ini untuk mengejar pahala Ramadhan..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Iman itu memiliki tujuh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman."

Apa khabar iman kita? "Maka jawablah ia dengan amalan..."

Sementara cuti pertengahan semester yang sedang berjalan pada waktu dan ketika ini, kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita jugalah yang menguruskan aktiviti seharian kita seperti makan, tidur, mandi, siapkan tutorial *hek!* dan sebagainya.. Tapi, yang paling penting dan paling utama ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.. Iman kita juga memerlukan planner. Isikanlah planner iman anda semua dengan agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan dan menyihatkan iman. Rebutlah peluang keemasan dikala Ramadhan ini masih bersisa untuk mencapai halawatul iman. Sesungguhnya, hanya orang yang betul-betul beriman dan beramal soleh sahaja akan dapat merasai betapa manisnya iman..

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini , teguhkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Janganlah Kau pesongkan hati kami. Sesungguhnya kami hamba-hamba yang sangat lemah lagi daif..."

Salam mujahadah melawan nafsu~

Aug 23, 2011

Kenapa mereka diuji??

Salam kasih sayang kepada semua pembaca-pembaca yang hanyalah sekelumit cuma..Semoga senantiasa berada dibawah rahmat Allah SWT..

"Takwalah kepada Allah dan bersabarlah terhadap takdir Tuhan."

Sangat hebat ujian yang diberikan Allah kepada sahabatku ini. Tika hati bergembira mengucapkan kalimah selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sahabat kita yang lain, hati ini juga terkilan apabila mendengar berita yang amat memilukan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berita yang tidak ku sangka akan terjadi kepada sahabat seperjuanganku ini. Hati ini hanya mampu berdoa yang terbaik buatmu~ Tidak mampu untuk aku mendakapmu tika kamu sangat memerlukanku di saat ini. Maafkanku sahabat..Asif jiddan ya sodikoti~ Kita kini terpisah dek kerana cuti pertengahan semester yang bagiku amat panjang dan sudah tentu akan melalaikan diri ini yang sering lagha tanpa nasihat-nasihat darimu sahabat.. Terpaksa aku dahulukan ibu bapa ku sebelummu. Tidak mampu untukku berbuat apa-apa bila ibuku memberikan jawapan NO untuk pergi bertemumu yang aku yakin, dikau sedang berdukacita atas apa yang menimpamu dan kamu sangat memerlukan kami.

Semoga dikau bersabar dan terus kuatkan hati mengharungi ujian yang sangat besar daripadaNya. Tabahkan hatimu duhai sahabatku, janganlah dikau berduka kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.."Sesiapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menjadikannya sabar"

Be strong my dear!! Allah know you can handle it, you can stand for it! Believe in what ever happen..Allah will always be there for you..Don't never give up. Life must goes on!!

Ya Allah, bantulah sahabatku ini agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Bantulah dia menjalani kehidupan yang penuh onak duri ini dengan sentiasa mengingati dan mencintaiMu ya Rabb...

UJIAN ALLAH DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK~

Be strong sahabatku~ Jangan cepat lemah semangat! Saya tau awak kuat..


::Semoga dikau sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa orang tersayang disisi::
-Sahabatmu ini akan sentiasa bersamamu. InsyaAllah~

********************************************************************************************************************************************

Buat sahabatku Nur Afiqah Airil, takziah diatas pemergian nenekmu yang tersayang 21 Ramadhan yang lepas..Semoga roh nenekmu dicucuri rahmat..Allah lebih menyayanginya..Semoga dirimu sentiasa tabah menghadapi ujian ini..Kuatkan semangatmu sahabatku~ Aku di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.. Jaga dirimu baik-baik di UITM kerana aku takkan selalu berada di sampingmu seperti 5 tahun yang lepas..Ukhuwah fillah abadan abada~

::2006-2010 penuh kenangan::

Salam sayang~

Aug 21, 2011

Jalan Mujahadah

Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana
Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang 
Tersemat dijiwa
Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana
Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah 
Melawan arusnya
Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi 
Cabaran kehidupan
Di alam remaja
Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran 
Iman dan taqwa landasannya

*********************************************************

::Salam mujahadah::

Kita selalu bertanya...

Assalamualaikum...

Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya...

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Al-Quran menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran ayat 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al-Quran menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah ayat 111)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Al-Quran menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah ayat 5)

Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

::Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk::

Aug 20, 2011

Pergi

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua yang kini sedang bertungkus-lumus dan berusaha sehabis baik menggandakan ibadat pada bulan yang penuh barakah ini untuk memburu lailatul qadar. Diam tak diam, dalam kesibukan melalui hari-hari yang penuh ranjau dan onak duri di SeMaC, Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita. Betapa sekejapnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam solat tarawih malam pertama Ramadhan di Surau As-Sufi. 

Bagaimana Ramadhan kita yang sudah masuk hari ke-20 ini?? Kita kini sedang melalui fasa pembebasan dari api neraka. Adakah kita mengambil peluang sebaiknya dalam menjayakan misi menjadi orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT? Ataupun kita ternyata semakin jauh dan jauh lantas tidak mengendahkan kehadiran Ramadhan? Dek kerana sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal menjelang, Ramadhan berlalu seperti angin lalu tanpa apa-apa nilai. Sedangkan, pada masa kritikal beginilah, kita sepatutnya berebut dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi insan cemerlang di sisi Allah pada bulan ini. Berbahagialah bagi mereka yang benar-benar haloba dalam beribadah dan amat rugilah bagi mereka yang hanya menjalani Ramadhan dengan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. 

"Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu". 

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadr. Tahukah kamu apakah lailatul qadr? Lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan" (Surah Al-Qadr: 1-3)

Alangkah bertuahnya hati ini jika dipertemukan dengan lailatul qadar. Satu malam yang penuh syahdu dan berkat, malam yang ditunggu-tunggu oleh para anbiya' dan para solihin yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Namun, malam lailatul qadar tidak akan datang bergolek, kita sebagai manusia hendaklah berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana lailatul qadar menjanjikan ganjaran seperti beramal 1000 bulan dan doa kita dikabulkan Allah. Subhanallah! Maha pemurah dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNya yang beriman.

"Allahumma arzukna lailatul qadr" Ya Allah, rezekikan kami lailatul qadar.

Sekian, 
-Semoga menjadi pemburu Lailatul Qadar yang berjaya~!!- 

::Ramadhan yang sama, natijahnya berlainan::

[Click click]