May 10, 2012
As Time Passes By...
Awal kehidupan seorang manusia dalam rahim, berselimutkan cinta dan kasih sayang seorang ibu. Apabila perasaan tidak dapat terucap melalui kata-kata, kerana menantikan keajaiban yang penuh hikmah..
Semuanya bermula dari.....
Saat sel sperma memulakan perjalanannya untuk mencari sel telur(ovum). Saat pembuahannya terjadi(fertilization); maka bersatulah gen lelaki dan perempuan..
Hari pertama: Ia memulakan perjalanan pertamanya, menuju ke rahim ibu..
Hari ketujuh: Ia sampai ke tujuannya..
RAHIM IBU..tempatnya bersemayam selama 9 bulan...
3 minggu: Ia merupakan "Embrio", dan jantung bayi mula berdetak, ia telah hidup. Tangan dan kakinya mulai bertunas.
8 minggu: Ia kini telah menjadi janin yang sedang bernyawa.
9 minggu: Tubuhnya mulai bergerak.
12 minggu: Saat si ibu melakukan 'USG' (Scan), ia mulai jelas terlihat. Ia telah mempunyai refleks menendang, alat kelaminnya mulai membentuk, entah lelaki atau perempuan. Tangannya terbentuk dahulu sebelum kakinya. Ia pun ber-Eksplorasi. Menyentuh kepalanya, memegang tali pusatnya.
18 minggu: Saat ia menendang, si ibu dapat merasakan, ia mulai membuka matanya, dan berkedip.
24 minggu: Segala yang berada di tubuh badannya telah sempurna. Mendengar sayu-sayu, mencicipi sedikit air ketuban.
26 minggu: 90% waktunya di gunakan untuk tidur. Ia pun mula menghisap jarinya. Kebiasaan yang akan dibawanya sehingga bayi, sesekali ia terkejut, hinggakan si ibu dapat merasa.
28 minggu: Otaknya kini memiliki memori. Ia mengenali suara ibunya dan suara muzik. Muzik yang tenang akan membuatnya rileks bahkan tertidur.
33 minggu: Dia sudah boleh bermimpi. Entah apa yang dia mimpikan..
40 minggu: Dia sudah siap melihat dunia.
Perjuangan seorang ibu. Saat ia berjuang keluar, dia menangis dan si ibu masih kuat untuk tersenyum walaupun kesakitan..
"Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku, dan lembutkan hatiku untuk mamaku Norainu Binti Ab Halim...Berilah dia balasan sebaik-baiknya atas kesakitan yang mama rasakan untukku ketika mengandung, melahirkan, dan menyusukanku serta didikannya padaku. Peliharalah mamaku sepertimana dia memeliharaku..Ya Rabbi, ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihiku sejak kecil. Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga...Ya Allah, aku mohon Kau sayangi, cintai, ampuni, berkati dan masukkanlah mamaku yang tersayang ini kedalam jannahMu. Dan aku mohon, jangan dikurangkan rasa cinta kami yang bertaut kerana kasih sayangMu ini..Sesungguhnya, Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..Amin ya Rabbalalamin..."
Saya insan bertuah!
Assalamualaikum...
"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..."
Ya, tuah manusia hanya Allah saja yang tahu...
Berbahagialah kamu jika kamu pernah berasa asing, pelik, dan ganjil kerana mempertahankan ad-Din Islam. Terimalah khabar gembira dari Rasulullah SAW..
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Orang akan mentertawa, memperlekeh atau menyindir kerana cara pemakaian kita yang mengikut syariat Islam. Sebagai contoh, orang akan menge'cop' seorang perempuan itu kolot kerana memakai tudung labuh...Ini hanyalah sebagai contoh. Tiada niat ingin menuding jari kepada sesiapa pun.
Beruntunglah....
Kita insan bertuah kerana...
Semoga kita sama-sama berjaya sampai ke destinasi kehidupan iaitu tempat nikmat yang kekal abadi...
::Waktu Dhuha di Kolej Matrikulasi Selangor::
Ya, tuah manusia hanya Allah saja yang tahu...
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". [HR Muslim]Pernahkah anda berasa sunyi dan asing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam???
Berbahagialah kamu jika kamu pernah berasa asing, pelik, dan ganjil kerana mempertahankan ad-Din Islam. Terimalah khabar gembira dari Rasulullah SAW..
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Orang akan mentertawa, memperlekeh atau menyindir kerana cara pemakaian kita yang mengikut syariat Islam. Sebagai contoh, orang akan menge'cop' seorang perempuan itu kolot kerana memakai tudung labuh...Ini hanyalah sebagai contoh. Tiada niat ingin menuding jari kepada sesiapa pun.
Beruntunglah....
Kita insan bertuah kerana...
- Hari ini, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah dengan nikmat iman dan Islam. Apa akan jadi pada diri kita jika nikmat iman dan Islam ditarik Allah?? Nauzubillahi minzalik....
- Kita masih diberi peluang untuk menatap wajah-wajah yang kita kasihi dan sayangi. Wajah ibu, ayah, adik beradik, sahabat...
- Kita diberi peluang untuk berada di jalan ini. Jalan dakwah.. Bukan semua manusia diberi peluang keemasan seperti ini. Cuba kita lihat, berapa ramai manusia di luar sana hidup dalam keadaan terumbang ambing tanpa arah. Hidup dalam gelombang manusia yang ingkar kepada Allah..
- Kita masih mampu untuk sujud kepadaNya tika manusia lain sibuk dengan urusan duniawi hingga lalai untuk menunaikan tuntutan ibadah kepadaNya..
::Kehidupan ibarat kapal yang sedang belayar di lautan::
May 1, 2012
Ukhuwah itu
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Salam juang buat ikhwah wa akhawat, jundulah-jundulah di jalan ini, semoga sentiasa teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan...
Satu titik pertemuan yang tidak dirancang...di sini, Kolej Matrikulasi Selangor..atau lebih tepat lagi, Surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor...
Assalamualaikum...Salam juang buat ikhwah wa akhawat, jundulah-jundulah di jalan ini, semoga sentiasa teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan...
Satu titik pertemuan yang tidak dirancang...di sini, Kolej Matrikulasi Selangor..atau lebih tepat lagi, Surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor...
::takdir telah tertulis di sini::
::sepuluh jiwa satu hati::
Takdir kadang-kadang menemukan kita kepada sesuatu yang tidak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang, membuatkan kita mengalirkan titisan air mata kesedihan, dan takdir juga membuatkan kita terasa kehilangan, namun takdir memberi kita erti ukhuwah, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah perhubungan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan dan memberi sebuah keakraban, dan memberi kita peluang menilai dalam ruang babak kehidupan...
"Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kamu tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu. Ya! Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya. Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali. Tahu, kau juga punya pilihan. Tapi, pandangan kita berbeza.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu."
Asif jiddan ala kulli hal.....
::Semoga sentiasa dirahmati Allah::
Apr 30, 2012
Surat layang
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kelemahan itu lemah menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha tahu bahawa di setiap ruang waktu, terlalu banyak seruan dan ajakan untuk meninggalkan jalan hidup RasulMu dan di sela-sela ruangan waktu itulah kami berharap akan tetap istiqamah di jalanMu. Kami juga memohon agar Engkau memelihara harapan itu di hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan menguatkan barisan kami, umat NabiMu SAW.
Feb 11, 2012
tak cool la tudung labuh
"Wei, tengok budak pompuan yg pki tudung labuh tu, bila dia jalan nampak cam khemah bergerak je...."
"Tak panas ke pakai tudung besar?......"
"Perempuan tudung labuh pun sama je...."
"Tak cool la pakai tudung labuh, tengok cam aku, tudung bling2 lagi. Ko ade??!!.."
"Alah, tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua org yg tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil?"
Situasi-situasi seperti di atas sudah banyak kali berlaku terutama dalam hidup seorang wanita muslimah yang bertudung labuh.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya. Kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."(Surah An-Nur:31)
Jangan mengaku diri solehah selagi belum mampu menutup aurat mengikut syariat. Tak semua perempuan bertudung labuh solehah. Tapi untuk menjadi wanita solehah sewajarnya bertudung labuh.
Kukuhkan jiwamu wahai muslimah seperti jiwa Saidatina Khadijah.
Belajarlah dan tuntutlah ilmu agar menjadi pusat pengetahuan seperti Saidatina Aisyah.
Bersabarlah dan tabahlah menghadapi kesukaran perjuangan seperti Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang tidak pernah merungut walaupun berjuang berseorangan.
Jadilah seorang mujahidah harapan ummah.
Dunia kini perlukan mujahidah seperti kamu wahai muslimah!!
Wassalam...
"Tak panas ke pakai tudung besar?......"
"Perempuan tudung labuh pun sama je...."
"Tak cool la pakai tudung labuh, tengok cam aku, tudung bling2 lagi. Ko ade??!!.."
"Alah, tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua org yg tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil?"
Situasi-situasi seperti di atas sudah banyak kali berlaku terutama dalam hidup seorang wanita muslimah yang bertudung labuh.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana tudung labuh bukanlah pengukur iman seseorang.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari dan mencari cahaya Islam yang sebenar.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga mempunyai banyak kekurangan diri.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanya ingin menjadi seorang muslimah solehah.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga sama seperti kamu, manusia biasa yang banyak melakukan khilaf. Tiada insan yang sempurna melainkan Rasulullah SAW..
Aku ditarbiyah dengan tudung labuh. Dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Ilahi.
Aku tidak minta dipuji dengan kecantikan tudung labuhku.
Aku tidak minta disanjung dan dihormati kerana tudung labuhku,
Kerana aku sama sekali tidak pernah berbangga dengan tudung labuhku.
Aku takut fitnah akan mengundang diriku. Kerana tudung labuh, aku telah membuatkan ramai lelaki kalah dengan dirinya sendiri.
Aku hanya insan biasa-biasa yang menjadikan tudung labuhku sebagai pelindung diri ini dan aku hanya ingin menjadi muslimah yang lebih baik dengan tudung labuhku.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus berusaha menjaga maruah diri dan auratku ini agar aku mampu berada dijalanMu yang lurus dan benar.
Kukuhkan jiwamu wahai muslimah seperti jiwa Saidatina Khadijah.
Belajarlah dan tuntutlah ilmu agar menjadi pusat pengetahuan seperti Saidatina Aisyah.
Bersabarlah dan tabahlah menghadapi kesukaran perjuangan seperti Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang tidak pernah merungut walaupun berjuang berseorangan.
Jadilah seorang mujahidah harapan ummah.
Dunia kini perlukan mujahidah seperti kamu wahai muslimah!!
::Tudung labuh tak cool, tapi osem::
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)






