Aug 8, 2012

Nama saya bukan syukran...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah hampir 20 hari seluruh umat Islam mengerjakan ibadat puasa. Semoga pada fasa-fasa terakhir Ramadhan ini, kita menjadi lebih bersemangat untuk mengerjakan ibadah dan mengejar pahala Ramadhan yang berlipat kali ganda. *Bukannya mengejar diskaun yang berlipat kali ganda ye...*

Berbalik kepada topik...
Nama saya bukan 'syukran', dan bukan juga 'ana'. Selalu je orang menyalahtafsirkan penggunaan 'ana', 'syukran', 'antum' dan pelbagai lagi istilah bahasa Arab. Di mana istilah ini sering digunakan oleh aktivis-aktivis dakwah atau lebih 'mesra' dipanggil ustaz atau ustazah..

Situasi 1:

"Assalamualaikum, perhatian kepada semua ahli Lajnah Ekonomi, pada malam ini akan diadakan satu perjumpaan di Surau As-Sufi. Diharap supaya anda semua dapat menghadirkan diri pada malam ini. Syukran" [Sms yang di'forward'kan kepada anak buah]

Berapa minit lepas tu ada orang reply, "Sape syukran? Sejak bila nama Ketua Lajnah Ekonomi syukran?"
Adoi ^_^"....Rasa macam nak tergelak pun ada, tapi tak boleh. Dalam fikiran saya terfikir "mungkin dia ni tak belajar bahasa Arab kot." Takpe lah. Kita explain dekat dia apa yang sebenarnya.

'Syukran' ni sebenarnya satu istilah bahasa Arab yang bermaksud terima kasih.

Back to sms tadi, salah seorang anak buah telefon, "Hello, Assalamualaikum Syukran, Saya nak tanya....." @_@

Ni lagi sorang...hehehe

Situasi 2:

'Ana' bukan nama orang. 'Ana' pun salah satu istilah bahasa Arab yang bermaksud saya.

Hah! Soal 'ana' pulak, seorang kawan saya, seorang muslimah (bertudung labuh) yang aktif dalam organisasi dakwah di Kolej *dotdot*. Dia membahasakan diri dia sebagai 'ana'. Tak kira la dengan siapa pun. Semua orang pun dibahasakan diri dia 'ana'.

"Fatimah *bukan nama sebenar* ada tak??" Tanya A (salah seorang kenalan Fatimah) kepada B (classmate Fatimah - muslimah bertudung labuh tadi). Tapi, classmate dia ni kelihatannya seperti bingung sih ^_^"...*tak yah nak Indon sangat laa...hehe*

"Fatimah? Fatimah yang mana? Setahu saya takde pulak orang yang nama Fatimah dalam kelas ni." Kata Si B kepada Si A dengan muka yang berkerut-kerut.

Lalu Si B pun menjawab, "Siti Fatimah, yang pakai tudung labuh tu.." *Fatimah ni satu-satunya muslimah yang bertudung labuh dalam kelas mereka.*

"Oh! Si Ana tu rupanya. Dia ada kat kelas." Heh! @_@

Rupanya nama yang selalu dibahasakan Fatimah ni iaitu 'ana' lebih popular dari nama sebenarnya...Sampai sekarang Si B tu masih lagi memanggil Fatimah dengan nama 'ana'...

*******Begitulah situasi yang pernah dihadapi oleh mereka yang bergelar aktivis dakwah termasuklah ana. Eh! saya..:-)

Kesimpulannya, berbicaralah kepada manusia dengan bahasa kaumnya...

**************************************
Promosi jap...
Dapatkan majalah Solusi, Gen-Q, Al-Ustaz, dan macam-macam lagi kat sini...

 Solusi (Sekarang dah 46 - macam gambar kat atas)

Gen-Q Isu 12

Al-Ustaz 

Majalah keluaran Ana Muslim pun ada...

Baguih! (Latest ni)
Majalah ni berkonsepkan Majalah Komik dengan penyampaiannya tersendiri serta santai tapi padat dengan nasihat. Majalah ni juga bercirikan lawak kartun yang positif dan diselitkan jugak pengajaran untuk kita hayati bersama. Nak tau best ke tak kena la beli...huhuhu..
Camne nak beli?? Klik je gambar mana-mana kat atas..

Bukan majalah je ada. Macam-macam lagi ada. Buku ilmiah, novel, al-Quran, etc..
Jom rajin-rajinkan diri membaca....

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)"


Aug 4, 2012

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t..Salam juang buat ikhwah wa akhawat...

Lama juga menyepi...

Namun, pada waktu dan saat ini, aku menulis lagi...
Ini saja yang ku mampu untuk membantu dakwah ini. Allah...
Membantu membangunkan semangat dalam diriku yang semakin malas sangat untuk beramal.
Mudah-mudahan yang terklik blog ini dapat mengambil ibrah yang boleh membuahkan pahala buat diriku...



"Susahnya nak ikhlas...."


Kadang-kadang terfikir jugak dalam hati adakah semua yang kita lakukan ini ikhlas?? Ikhlas kerana Allah??

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah." [HR Abu Daud dan An-Nasaie]

Contoh:
  1. Saya minat Matematik. Saya suka belajar Matematik. Tapi kenapa setiap kali keputusan peperiksaan untuk subjek Matematik selalu gagal? Tak cukup ikhlas ke aku belajar?
Heh??! Macam tah pape je bg contoh..belasah jela...Ok, contoh lain yang lebih qowiy..

Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Saiyidina Ali Karamallahuwajhah diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka Saidina ali menjawab "Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah aku diludah itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah."

Ikhlas itu rahsia Allah. Ikhlas sukar dinilai. Ini adalah kerana ikhlas merupakan niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. 

Seringkali tertanya-tanya, macam mana kita nak tahu yang kita ni dah betul-betul ikhlas buat satu benda. Adakah dengan berkata "Eh! Aku ikhlas ni tolong kau."

Bukan ke ikhlas tu tak boleh ditafsirkan dengan kata-kata? Ke macam mana?? 

Rumit juga ya....Sedangkan ulama' mengambil masa bertahun-tahun untuk menafsirkan ikhlas. Apatah lagi kita..

Cube kita perhatikan gambar di bawah....


Ada nampak apa-apa tak???????
Tak nampak kan???
Ha...macam tulah ikhlas..

Ikhlas diibaratkan seperti semut hitam, berjalan di atas batu yang hitam, pada waktu yang gelap gelita..
Macam gambar kat atas tu...nampak tak semut hitam dlm gambar tu?? Siapa yang nampak memang haibat laa...

Bukan senang nak dapatkan keikhlasan hati. Berapa ramai yang buat sesuatu pekerjaan tu lillahitaala. Kerana Allah. Macam solat. Kita berniat "sahaja aku menunaikan solat fardhu Maghrib 2 rakaat kerana Allah Taala".. Fuhh! Mudahnya kita berniat macam tu setiap kali solat. Padahal dalam hati, "cepatla habis solat, cepatla habis solat." Ikhlas ke macam tu??? Tapi tak salah pun kita niat macam tu. Kalau yang betul-betul ikhlas tu baguslah...Tapi semakin kita katakan kita ikhlas *dalam konteks luar ibadah khusus ye...*, semakin keikhlasan tu lari dari kita...

Semuanya kembali kepada hati kita.. Niat kita. Nak jaga niat ni merangkumi semua perkara. Sampaikan bila kita sedih pun Allah menilai adakah kesedihan kita itu kerana Allah atau kerana dunia semata-mata. Apakah kesedihan yang dialami itu kerana gagal dalam peperiksaan?  Atau kerana putus cinta? Kalau macam tu lah, kamu hanya mendapat kesedihan sahaja, tak memberi apa-apa manfaat pada Allah. Hati kamu kosong *bukan macam Najwa Latif..huh*

Akhir kalam, 
Tak perlu untuk kita mengaku ikhlas. Cuma hati yang perlu menjawab. Semuanya berbalik kepada hati..Keikhlasan akan datang dengan sendirinya tanpa perlu kita mencari. Namun, keikhlasan perlu di cari untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah).



Sekian, wassalam....

Jul 27, 2012

Sila terasa.....*ingatan utk diri sendiri*

Assalamualaikum...


Tiba-tiba terpanggil utk baca satu post dekat muka buku yg agak panjang lebar n rasanya macam takde org nak baca sampai habis. Paksa jugak diri baca! Lepas baca, memang rasa macam kena penumbuk sebijik dekat muka*hiperbola sungguh*..Tapi, alhamdulillah..Allah masih menyayangi kita dengan memberi kesedaran kat diri ini yang mudah alpa, leka, lalai, cuai, 'ralit' di jalan yang penuh onak duri ini.


Wahai daie manja *cakap sambil tuding jari kat muka sendiri* di luar sana, jom kita muhasabah balik diri kita di bulan Ramadhan yang mulia ni. Semoga rahmat Allah melimpah ke seluruh pelusuk dunia. Aminn...


Amaran yang tak keras~


Lagi sekali, kepada sesiapa yang alergik dengan perkataan dakwah, tarbiyah, dan semua sekutu yang berkaitan, dipersilakan untuk anda mempertimbangkan dulu sebelum membaca supaya tak la 'culture shock' sangat. hehe...
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang malas.
  • Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
  • Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
  • Bukan untuk orang yang mencari tarbiyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
  • Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami.
  • Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. 
  • Yang cepat mengalah.
  • Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain.
  • Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.
  • Yang hanya tahu compare jemaah itu dengan jemaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
  • Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jemaah ini dan itu.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
  • Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
  • Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
  • Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
::Jalan dakwah bukanlah seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi ianya jalan yang penuh onak duri::

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, tanpa tarbiyyah, tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Kita menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan "saya busy..aku sibuk..aku penat..aku letih.."


Adakah ini petandanya aku terlalu manja?


Kalau semuanya nak ikut kata hati sendiri n manja tak sudah2, jadi baby balik!! Huh!
Ya Allah, tabahkan hambaMu.


"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"


Sekian, wassalam...

Jul 26, 2012

Pudica Mimosa

Assalamualaikum...

Pernah tak masa kecik-kecik dulu kita teruja main pokok semalu dekat belakang rumah yang penuh dengan semak. Main pijak-pijak, lepas tu pokok tu kuncup. Lepas tu, tiba-tiba kaki berdarah sebab pokok semalu tu ada duri. Balik rumah kena marah dengan mak sebab main dekat semak.

Macam tu jugak la dengan perempuan. Perempuan solehah diibaratkan macam pokok semalu *atau nama saintifiknya Pudica Mimosa*



Alkisahnya,,,,
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.



::semalu::

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

::Mencari mardhotillah::

Sekian. Wassalam


Speechless

[Click click]