May 15, 2013

7 Maratibul Amal

Assalamualaikum...
 
 
 
Sebelum apa-apa terjadi, kita tengok video dulu..hehe 
 
Maratibul Amal tu ape ye??
 
Maratibul Amal adalah suatu tertib perjuangan ataupun suatu garis panduan bagi para pejuang agama Allah yang berpaksikan dengan situasi dan suasana yang telah dilalui oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Maratibul Amal ini telah disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Ape dia ketujuh-tujuh Maratibul Amal??

1. Fardhu Muslim (Individu Muslim)
 
Merupakan proses pembentukan dan penambahbaikkan diri seseorang individu ke arah meraih mardho-tillah (keredhaan Allah) yang berpaksikan kepada 10 Muwasafat Tarbiyah.


 

2. Baitul Muslim (Rumahtangga Muslim)

Merupakan cara pembentukan rumahtangga yang musleh dan sakinah dengan membimbing anggota keluarga mengikut cara hidup Islam.
 

3. Mujtamak Muslim (Masyarakat Muslim)
Merupakan langkah penyebaran Islam kepada seluruh lapisan masyarakat dengan menyampaikan Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan menghalang kepada keburukan).

 
4. Hukumah Islamiyah (Kerajaan Islam)

Merupakan pembetukan kerajaan Islam yang bebas dari kuasa dan pengaruh asing yang tidak berlandaskan ajaran Islam.
 
 
 
5. Daulah Islamiyah (Empayar Islam)
Merupakan perlaksanaan keadilan dan kemaslahatan umat Islam dengan menjalankan tanggungjawab dan memberikhidmat untuk kebaikan umat Islam.
 

6. Khilafah Islamiyah (Khalifah Islam)

Merupakan proses kesatuan umat demi mengembalikan sistem pemerintahan khalifah ke dalam dunia Islam yang pernah menjadi faktor kepada zaman kecemerlangan umat Islam.

7. Ustaziatul-Alam (Guru Dunia)
 Merupakan pelaksanaan terakhir iaitu apabila Islam dimartabatkan oleh dunia dengan menjadi pemimpin dan juga contoh kepada dunia. 

May 13, 2013

Gunakanlah Masamu Wahai Pemuda~

Assalamualaikum...

Wahai pemuda pemudi,

Kita ini harapan ummah! Kita yang akan membentuk negara ini satu hari nanti. Janganlah kalian mensia-siakan masa muda kalian dengan perkara lagha.

Gunakanlah masa mudamu sebaik-baiknya. Ingatlah, masa muda itu hanya datang sekali dan tidak akan ada kali kedua. 

Gunakan sebaiknya demi memperjuangkan agama Allah. Umat Islam memerlukan kamu wahai pemuda pemudi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu.” Hadith Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi.

May 9, 2013

Sakit itu penghapus dosa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sesungguhnya, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat untuk:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA(pucat)
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.

Apabila telah sampai waktu yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama, kedua, dan ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah...

Betapa Maha Mulia dan Maha Penyayangnya Allah terhadap kita. Sesungguhnya setiap kesakitan itu penghapus dosa.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabatku Fazlina dan Taqia kerana sudi melawat diri ini yang tak berapa nak sihat.

Katanya, "satu kuliah kecoh Afiyah sakit". ^_^'

Adoiiii,,, sabor jela..

Thanks bawakkan makanan. Dah selamat masuk perut pun..huhu

Air susu je tak habis lagi..

Siap bawakkan Losyen Mustajab lagi. Memang mustajab la. Habis semua angin keluar.
 
Semoga ukhuwwah yang dibina ini kekal hingga ke akhirnya ^_^

May 7, 2013

Quick Post

Berjalanlah dengan penuh harapan,
Walau hidup ini tidak selalu membahagiakan.


Sedekahkanlah satu senyuman,
Walau jiwamu tidak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan,
Walau hatimu sering dilukakan.

Berhentilah memberi alasan,
Walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dalam iman,
Walau hari dipenuhi dugaan.

Dan berpeganglah pada Allah,
Walau Dia tidak kelihatan.
 
 

May 1, 2013

Simply Inspiring

Bismillahirrahmirrahim..

Assalamualaikum...

 
"Hidup ini penuh pendakian dan naik turunnya. Dalam situasi tertentu kita pasti akan memerlukan inspirasi untuk terus bersemangat bagi meneruskan dan menikmati perjalanan kehidupan ini."
 
Hati ni tersentap dengan kata-kata lecturer Web Grafikku, Madam Fathihin masa lecturenya. Madam cakap, "Kalau kamu nak jadi grafik designer, lebih baik kamu keluar dari kelas ni"
 
Satu lagi ayat madam yang memang menyentapkan hati ini,,,,
 
'MULTIMEDIA adalah SKILL. Kalau kamu nak teori, mudah, klik je ada banyak dekat internet. Tapi bila melibatkan software, saya boleh ajar basic tapi selebihnya kamu kena EXPLORE sendiri. Dan ingat, kamu yang pilih course Pengajian Quran dengan Multimedia. Kalau kamu rasa susah, belum terlambat lagi untuk kamu tukar kursus.'
 
GULPPP @$^&%*&^*(
 
Bukan senang memegang title pelajar 'PENGAJIAN QURAN DENGAN MULTIMEDIA'..
 
Lagi-lagi dengan adanya perkataan QURAN dengan MULTIMEDIA dekat situ, orang akan menganggap sesuatu yang luar biasa..
 
Fuhhh ^_^"
 
Hari tu pergi jumpa lecturer Web Grafik, Madam Fathihin nak tunjuk hasil layout design yang dah dibuat..
 
Dengan senang hatinya madam meng'komen' itu dan ini..Fuhh,,dalam hati ni dah cakap macam-macam..rasanya macam dah buat yang terbaik..ingatkan madam boleh terima design ku yang berhari-hari ambik masa nak siapkan..
 
Tapi sangkaanku meleset,,,,,,,
 
Dan madam pun bercerita itu dan ini pasal multimedia..
 
Tiba-tiba madam cakap, 'Kalau kamu pergi mintak kerja dengan sijil degree kamu, confirm syarikat takkan ambik. Dorang akan ambik budak diploma yang ada basic yang kuat dalam multimedia. Tak macam budak degree. Apa yang awak belajar tu sangattttt sikitttt. Daripada awak ambik degree, better awak pergi buat sijil. 3 bulan je dah boleh jadi grafik designer.'
 
Memang sentap habisss...
 
Kalau diikutkan senior yang lepas, dorang ramai yang kerja sebagai guru J-QAF..
Kalau nak jadi guru J-QAF, lebih baik ambik course Quran Sunnah pure...fuhhhh,,,,
 
Pertemuan selama hampir 2 jam bersama Madam Fathihin sangat membuatkan saya nak jadi yang lebih baik. Senang je nak expert dalam multimedia, kata kuncinya PRAKTIS...
 
PRACTICE MAKES PERFECTS~~~
 
Antara assignment yang kami kena buat..
 
Buat button...

 Header blog
 
Text effects
 
Semua hasil kerja di atas saya buat masa lab Grafik..memang hasilnya ntah hape-hape la..buat masa tengah takde mood..huhu
 
"Your life is your message to the world. Make it Inspiring" - Lorrin L. Lee
 



Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Lama tak update blog..jom kita cuci sesawang yang ada dekat blog ni..

Fuh ^_^"

Orang kata, 'Experience is the best teacher'..

Yeah, that's right..

Bila kita mengalami sendiri sesuatu benda tu baru kita tahu keadaan sebenar..

"Dan tidaklah hidup di dunia ini, melainkan permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya kampung akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa" [Al-Anaam:32]

Dalam hidup ni betapa manusia tidak mengerti bahawa ujian, dugaan, kesedihan dan kecemasan sengaja Allah ciptakan buat hambaNya. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Allah ciptakan ujian untuk melihat sejauh mana kita berusaha untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Namun, kadangkala ujian menjadikan kita putus asa. Letih. Lelah.

Ingatlah, setiap yang berlaku sama ada suka ataupun duka, semuanya dari Allah belaka. Berlapang dadalah menghadapi hari mendatang.

*Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk*

*********************************************************
 
Baru-baru ini, Unit Kebudayaan USIM dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik telah menganjurkan program Kursus Penyiaran Media 2013 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), RTM. 

Kursus ni sangat best. Banyak input yang sangat bermakna dan boleh diaplikasikan dalam seni dakwah.
 
Walaupun kita nampak dunia penyiaran ni banyak yang hipokrit, tapi kalau kita gunakan dengan betul, insyaAllah akan mendatangkan manfaat untuk ummah.

Siapa kata media hanya boleh dikuasai orang kafir je???

Orang Islam pun boleh!!!

Kemahiran komunikasi sangat penting pada zaman sekarang ni. Tak kira la nak jadi apa pun. Lagi-lagi dalam bidang penyiaran.

Slot bersama Ahmad Fedtri Yahya

Slot Penggunaan Bahasa dan Gaya Penulisan..dah macam belajar Bahasa Melayu masa sekolah rendah..huhu

Kami dihantar ke KLCC untuk menjalankan kerja lapangan. Kumpulan kami dapat tajuk (OPS Daulat: Isu Keselamatan Negara)
 
Task ni agak mencabar, kami kena pergi interview orang ramai untuk dapatkan responden. Lepas tu kena sediakan satu dokumentari and akan ditayangkan masa majlis penutupan.

Team mate (KICAP PEKAT Production)
 
Alhamdulillah, kumpulan kami dapat tempat ke-2 dalam penyiaran dokumentari. Bukan senang nak siapkan video dokumentari dalam masa satu malam..Memang malam tu tak tidur la.. 
 
Banyak sangat ilmu dan pengalaman yang saya dapat dalam kursus ni.
 
Akan ku perkasakan seni dakwah melalui media~~~~
 
JOM KITA KUASAI MEDIA MASSA MALAYSIA!!!
INI KALILAH~~~~

Mar 3, 2013

Sungguh! Aku rindukan mereka,,,

  
3 orang budak BADAR ni...tak sangka kawan dengan budak baik..huhu

Rindukan mereka juga,,,best friend since form 1..tp sekarang, semua bawa haluan mereka masing-masing...

 Rumah hijau a.k.a MUSYTARI dinobatkan juara tahun 2010..huhu

Bumi Ulama'...semoga tarbiyah adik2 di Maahad Hamidiah semakin hebat..Amin~

Feb 26, 2013

New Semester

Assalamualaikum...

First post for year 2013...Fuuhhh,,nampak sangat dah lama tak update blog...

Result semester lepas dah keluar lama,,Alhamdulillah, bersyukur dengan pemberian Allah...
Tahun baru, semester baru, azam baru, blog pun berwajah baruu...
"Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk menempuh segala dugaan dan cubaan yang mendatang pada semester baru ini..Amin~"

::Semester 1 in memories~~:: 

” Ya Allah, RahmatMulah yang kami harapkan. Maka janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata sekalipun. Perbaikilah semua keadaan kami. Tidak ada Ilah selain Mu."

Dec 27, 2012

Dakwah itu 'cool' kalau kena gayanya

Assalamualaikum...
Salam imtihan buat ikhwah wa akhawat...Study jangan tak study *cehh, sibuk suruh orang study, tapi dia tuuuu...*

Pusing kiri pusing kanan, jeling buku sikit2, pandang past year question sebelah mata, sebelah mata lagi tengok lappy sambil menaip, itu tandanyaaaaa,,,,nak hapdate belog laaa tuuu... 

::Comelkan mereka??::

Huh! ^_^"...tarik nafas jap..letih kot study..ada ke orang study tak letih?????

Ya Allah, cerahkanlah minda dan hatiku ini untuk menerima segala ilmu yang dipelajari..Semoga apa yang dipelajari ni bukan ternoktah di penghujung final exam sahaja, tapi jadikanlah ilmu ini sebagai panduan diri sepanjang hayat...

"Susah lah nak dakwah"

"Alaaa, orang pakai kopiah and jubah tudung labuh bagai je kena dakwah, aku buat apaaa???"

"Hek eleh,,kuno la pakai jubah semua. Aku ni muka jahat, buat apa nak sibuk2 pergi dakwah???"

"Susah la nak suruh-suruh orang masuk Islam niii"

Eh, Hello!!!!!! 

Anda, ye anda yang cakap macam tu, suka hati kangkung bayam kobis engkau je nak cakap macam tu...

Siapa kata nak berdakwah kena pakai kopiah, jubah??
Siapa kata nak berdakwah muka kena nampak baik + suci murni lagi gebu putih mulus *lebih2 plak*
Siapa kata nak berdakwah ni kena suruh orang masuk Islam jeee???
Siapa kata??? Hah?? Siapa kata??? Haiyooo ^_^'

Bukan ke tiada paksaan dalam Islam??

"Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" [al-Baqarah:256]

Dakwah itu sungguh 'cool'..Se'cool' air fresh oren sejuk + ais penuh..Gulp !@#$^,,Ni kalau baru lepas kena kejar anjing amoi belakang rumah ni, meleleh air liur sambil hentak2 kaki nak air fresh oren yang 'cool' itu...=P

Ok,, lupakan jap air fresh oren,,,,

Pernah tengok TV tak??

Eh, apa punya soalan laa...mesti la pernah,,ni zaman moden ok! 

Ok, apa kaitan TV dengan dakwah???? Huk alohhh...Banyak kaitannya..

Fine,,,,'cool' kan kalau kita dapat kuasai media massa?? Fuhhh..kalau la umat Islam dapat kuasai semua stesen TV yang ada tak kira di Malaysia mahupun dunia,,,Wow!! Haibat!!

Makanya, dengan itu, marilah kita memperkasa seni dakwah melalui media..

Pada zaman pasca kemerdekaan dan pada era globalisasi ini,*cewahhh..BM sangattt*
masyarakat sekarang sangat dekat dengan media,,

Media merupakan satu medium yang sangat sangat penting dan sesuai untuk berdakwah...

Dengan kepakaran yang hanyalah di peringkat amatur dalam bidang media + pembikinan video + video editing + broadcasting, jom ramai2 pakat join Kelab Media Muslim USIM*actually, penubuhannya masih lagi dalam proses, insyaAllah segala aktiviti akan dijalankan mulai semester depan* yang bakal ditubuhkan oleh kami *ex-student Kelab Media Kreatif 2012/2013*...

Semoga Allah permudah dan lancarkan semuanya....

Sesiapa yang berminat boleh la bagi nama, matric number, phone number, ic number kepada saya yee...Caranya macam mana??? Boleh emel afiyahmahmud@yahoo.com or PM kat FB pun bolehh...

Hanya untuk student USIM je ye...hehe


::Alhamdulillah, diberi peluang untuk pegang + godek2 kamera haibat ini::

P/s: Teringin nak jadi Islamic Producer terhaibat di abad ini..Semoga menjadi kenyataan,,,aminnn

Sekian, jom sambung date dengan Prof Sirah Rasul jom!!!
Wassalam....

Dec 26, 2012

The Making of 'Kembara Ilmu'

Assalamualaikum...

Akhirnya,,,terhapdate jugak belog yang tak berapa nak famous ni...=P
Jam menunjukkan pukul 1.51AM...fuhh,,letih study, jadi kita update blog kejap ye..

Sepanjang semester ni, kami sebagai 1st year student diwajibkan untuk mengambil kursus kokurikulum sebanyak 2 jam kredit seminggu..Jadi, setelah ditambah tolak darab bahagi punca ganda kuasa square root, dan yang paling penting setelah berdoa banyak-banyak + sungguh-sungguh supaya diberi petunjuk yang sebenar-benarnya...

"Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"

Oleh kerana kami ni student Quran Multimedia *cewah..nak jugak,,,*, jadi kami telah men'decide' untuk mengambil kursus Media Kreatif (CIB 1022) untuk kokurikulum semester ni...*tak kuasa nak join PALAPES bagaiii..huiiii*

Alhamdulillah, dah habis dah pun belajar..This is our final project!!
Cakkk!!! Malam Inovasi Media!!! 

Apa kebenda MINOM ni?? Minum ke apa?? Hehe,, mai sini nak habak...*aiyoo, Kedah plak daa*=)

Malam Inovasi Media ni dianjurkan oleh gabungan dua kursus kokurikulum, Media Kreatif*kami la tuu* dan Pembangunan Laman Web di mana program ni merupakan projek akhir bagi kursus yang diambil..Setiap produk yang telah dihasilkan akan ditayangkan pada malam tersebut...

Haaa,,apa produknya?? Ok, nak explain la ni..untuk Media Kreatif, kami ditugaskan untuk menghasilkan beberapa filem pendek ataupun video klip..untuk Pembangunan Laman Web pulak buat apa lagi, buat Website laa..

Berbalik kepada tajuk,,,The Making of 'Kembara Ilmu'!!!!
Hehe,,tu la tajuk cerita yang kami buat - Kembara Ilmu...video klip sebenarnya..*masa baca entry ni boleh la pasang lagu kembara ilmu nyanyian Suhaimi...*

Sebelum
Setiap seorang daripada kami kena buat sinopsis and skrip cerita masing-masing...
Untuk 'Kembara Ilmu' ni panjang ceritanya..Asalnya buat cerita lain, tapi sehari sebelum due date *dah lepas due date dah sebenarnya*, pengarah tukar pulak nak buat cerita lain..last minute pulak tu..jadinya la skrip tunggang langgang...fuhh*lap peluh*

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya walaupun banyak kesukaran berbanding kesenangan..and finally, my story had been selected to produced...inilah ceritanya, 'Kembara Ilmu'..dan secara automatik, cerita siapa yang terpilih, dialah yang akan jadi Pengarahnya...terpaksa la edit balik skrip yang tunggang langgang tu kasi dia haibat sikit...*penat kot jadi pengarah*..

Bukan senang nak handle team produksi yang macam-macam..dengan ada kelasnya, dengan props takdanya, dengan kamera hilangnya, dengan pelakon tak jumpanya, macam2 dengan la lagi,,

Banyak pengalaman pahit manis masam masin yang terpaksa ku hadapi demi menghasilkan sebuah video klip..sob3 :'(

Hanya Allah je yang tahu betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung....

"Allah tidak menguji  seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…." (al-Baqarah 286)

Tapi ku tabahkan jua hati ini *cehh*, dengan kecekalan hati + sedikit keberanian yang ada, penggambaran tetap diteruskan even masa tu tinggal 2 minggu je lagi nak MINOM..

Semasa
::Hari Pertama shooting:: - tengah setup props semua..-

Alhamdulillah, dapat 2 scene pun jadi...
Berusaha!!! Yakinlah Allah akan membantumu...

::Hari ke-2::

Tu diaa,,,pengarah kita tengah bagi arahan..haip,,,

Lepas shoot kat kampus cepat2 kami bergegas ke kolej kediaman untuk teruskan penggambaran,,naik teksi..sob3

::Masih lagi hari ke-2:: - di Kolej Kediaman Sutera Indah- *satu-satunya kolej yang semuanya perempuan..horayy!*

scene dekat bilik TV...tak pasal2 dia tayang cerita ni...adoi ^_^'

meja study...rumah siapa la yang lawa ni,,,

akhirnya, setelah berbulan menanti, dapat jugak snap gambar ni @ pintu depan USIM...ni snap masa scene hari last *bukan scene last ye,*...hehe =)

*belakang tu yang ada kubah biru tu bangunan Canselori* -perlu ke bagitau??? Cehh-

Selepas 
Lepas dah habis shooting, masanya untuk kita men'edit' video2...part paling menyeramkan...fuhh*lap peluh yang meniti-nitik*,,agak susah nak edit video ikut kemahuan lecturer..nak camtu la, camni la...ada scene yang kena reshoot sebab tak ikut piawai..sob3..

Tiba2, dugaan makin bertambah-tambah bila Allah uji dengan kesakitan yang teramat sangat sampai kena MC banyak hari...sampaikan masa MINOM pun tak dapat nak commit sepenuhnya...ya Allah,,,Asif jiddan~~

Tapi, Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan video yang sepatutnya siap pada masanya dapat disiapkan walaupun banyak mehnah...

Bersangka baiklah kepada Allah,,mungkin setiap ujian yang ditimpa itu ada hikmah yang kita tak tahu disebaliknya..

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya." (Imam Muslim)

Hasilnya nanti kita show off kemudian ye,,,kasi surprise~~ hiii ^_^

Thank you very much to all my production team and actors yang sporting and baik-baik belaka..hehehe *nanti kita makan hamper sama2 ye*

Sekian saja karangan yang agak panjang dari tuan empunya blog gara-gara dah lama tak update blog...

Semoga Allah permudahkan segalanya...Selamat mengulangkaji pelajaran buat sahabat-sahabat..Bittaufiq wannajah...go! go! Mumtaz untuk umat!!!

Wassalam...

Nov 17, 2012

Noda di hati melemahkan minda

Assalamualaikum...

Bersua kita kembali ye~~

Apa khabar iman? Apa khabar islam? Apa khabar saudara-saudara kita di Palestin sana??

MasyaAllah! Doakan untuk saudara kita yang kini sedang bertarung hebat di bumi Palestin...Allahu Akbar!

Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka di sana..Ya Allah, jika diberi peluang, ingin sekali aku menyertai mereka ya Allah,,

Rasulullah SAW bersabda:

“... Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya ...”

(Riwayat Bukhari)

Oct 30, 2012

Wordless 10 Minutes to Wednesday




Bila Terlalu Selesa, Beginilah Jadinya.

Assalamualaikum...

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat imannya, tertingkat taqwanya dan mendalam ihsannya..

Fuhhh...
Lama jugak blog ni sepi. Bukan apa, sejak kebelakangan ni tuan empunya blog ni agak busy dengan campus life. Macam biasa la, assignment, kuiz, discussion, hu ha hu ha dengan classmate,,,,

Eh! Sekarang dah bulan berapa ye? Sehari lagi nak menginjak ke bulan November..MasyaAllah! Tanpa kita sedar, masa begitu pantas berlalu. Final exam makin menghampiri *even lambat lagi..heh ^_^'*

Dakwah. Tarbiyah. Apa khabar anda berdua?? Rasa macam dah lama kita tak jumpa kan??

Lately, hidup ni rasa agak kurang haibat. Kenapa ya?? Cuba cek balik amalan seharian kita..Solat cukup ke 5 waktu? Baca al-Quran? Berbakti kepada ibu bapa? Adik-beradik? Kawan-kawan?

Usrah pulak macam mana??? Teeetttt.....!@#$%^&*(


Sedarlah wahai diri, anda kini berada di dalam zon selesa seselesanya...Bukan apa, dah environment dekat sini ter'lampau' best. Suasana keislamikannya sangat terserlah di bumi USIM..ececeh~ Sampai lupa 'amar makruf nahi munkar'. Seriously! Pertama kali jejakkan kaki kat sini rasa macam balik zaman sekolah. Yang muslimatnya semua bertudung labuh, yang musliminnya duduk memang takde campur lah. Macam kat sekolah. Hakikatnya, siapa yang tahu..heh

Hah! Sudah-sudah la tu ber'hibernate' kat dalam 'sana'. 

Sudahla...

Ah!! Malaslah..

Huh! Nampaknya virus 'M' sudah mula menular ke dalam segala sel-sel urat saraf dan hampir saja merebak keseluruh jantung hati dan paru-paru. 

Seorang lagi da'ie memerlukan rawatan kecemasan di Hospital T&D. Suntikan semangat dari ayat-ayat al-Quran perlu diberi dengan segera supaya virus futur tidak merebak. Kefuturan bukanlah penyakit keturunan apatah lagi jangkitan. Ia datang dari hati. 

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat." [Al-Fatihah, ayat 6-7]

Ya. Anda sangat-sangat memerlukan ubat dakwah dan ubat tarbiyah. Sila telan ubat-ubat tersebut 24/7. No excuse!

Berjiwa besarlah. Ujian yang perlu kita tempuhi ini bukan hanya di dalam exam hall mahupun di atas kertas peperiksaan. Tapi, setiap yang berjuang untuk agama Allah tak kan lari dari ujian hidup. 

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedang kamu belum diuji?" [Al-Ankabut, ayat 2]

Hakikatnya, kehidupan ini adalah ujian. Keluarlah anda dari 'Zon Selesa' ini sebelum anda ditembak dengan M-16 mungkin?? Hahaha... 

::Katakan Tak Nak! kepada Zon Selesa::

Rasulullah memanfaatkan seluruh masanya, kehidupannya untuk Islam. Apa sumbangan aku untuk Islam hari ini???? 

Aug 13, 2012

Nak jadi 'Sprinter'

Assalamualaikum...

Ramadhan berbaki 5 hari je lagi..Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam kita semua meriah nak sambut Ramadhan. Tapi, hari ni, dekat mana-mana pun meriah nak sambut Syawal..Adoi..^_^'

Jom kita jadi 'sprinter' yang hebat! Berlari, memecut, mengejar Lailatul Qadar...

::Fasa ke-3 Ramadhan::


Dah2! Pergi baca Quran...

::Ramadhan Kareem::

Wassalam...

Aug 9, 2012

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit??

Assalamualaikum...
Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.

Tentu anda ingin tahu :
  • Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah.
  • Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah.
  • Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah.
  • Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia.
  • Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat.
“Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”
Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.

Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?
Dapatkan Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit di sini or PM - afiyahmahmud@yahoo.com.

Aug 8, 2012

Nama saya bukan syukran...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah hampir 20 hari seluruh umat Islam mengerjakan ibadat puasa. Semoga pada fasa-fasa terakhir Ramadhan ini, kita menjadi lebih bersemangat untuk mengerjakan ibadah dan mengejar pahala Ramadhan yang berlipat kali ganda. *Bukannya mengejar diskaun yang berlipat kali ganda ye...*

Berbalik kepada topik...
Nama saya bukan 'syukran', dan bukan juga 'ana'. Selalu je orang menyalahtafsirkan penggunaan 'ana', 'syukran', 'antum' dan pelbagai lagi istilah bahasa Arab. Di mana istilah ini sering digunakan oleh aktivis-aktivis dakwah atau lebih 'mesra' dipanggil ustaz atau ustazah..

Situasi 1:

"Assalamualaikum, perhatian kepada semua ahli Lajnah Ekonomi, pada malam ini akan diadakan satu perjumpaan di Surau As-Sufi. Diharap supaya anda semua dapat menghadirkan diri pada malam ini. Syukran" [Sms yang di'forward'kan kepada anak buah]

Berapa minit lepas tu ada orang reply, "Sape syukran? Sejak bila nama Ketua Lajnah Ekonomi syukran?"
Adoi ^_^"....Rasa macam nak tergelak pun ada, tapi tak boleh. Dalam fikiran saya terfikir "mungkin dia ni tak belajar bahasa Arab kot." Takpe lah. Kita explain dekat dia apa yang sebenarnya.

'Syukran' ni sebenarnya satu istilah bahasa Arab yang bermaksud terima kasih.

Back to sms tadi, salah seorang anak buah telefon, "Hello, Assalamualaikum Syukran, Saya nak tanya....." @_@

Ni lagi sorang...hehehe

Situasi 2:

'Ana' bukan nama orang. 'Ana' pun salah satu istilah bahasa Arab yang bermaksud saya.

Hah! Soal 'ana' pulak, seorang kawan saya, seorang muslimah (bertudung labuh) yang aktif dalam organisasi dakwah di Kolej *dotdot*. Dia membahasakan diri dia sebagai 'ana'. Tak kira la dengan siapa pun. Semua orang pun dibahasakan diri dia 'ana'.

"Fatimah *bukan nama sebenar* ada tak??" Tanya A (salah seorang kenalan Fatimah) kepada B (classmate Fatimah - muslimah bertudung labuh tadi). Tapi, classmate dia ni kelihatannya seperti bingung sih ^_^"...*tak yah nak Indon sangat laa...hehe*

"Fatimah? Fatimah yang mana? Setahu saya takde pulak orang yang nama Fatimah dalam kelas ni." Kata Si B kepada Si A dengan muka yang berkerut-kerut.

Lalu Si B pun menjawab, "Siti Fatimah, yang pakai tudung labuh tu.." *Fatimah ni satu-satunya muslimah yang bertudung labuh dalam kelas mereka.*

"Oh! Si Ana tu rupanya. Dia ada kat kelas." Heh! @_@

Rupanya nama yang selalu dibahasakan Fatimah ni iaitu 'ana' lebih popular dari nama sebenarnya...Sampai sekarang Si B tu masih lagi memanggil Fatimah dengan nama 'ana'...

*******Begitulah situasi yang pernah dihadapi oleh mereka yang bergelar aktivis dakwah termasuklah ana. Eh! saya..:-)

Kesimpulannya, berbicaralah kepada manusia dengan bahasa kaumnya...

**************************************
Promosi jap...
Dapatkan majalah Solusi, Gen-Q, Al-Ustaz, dan macam-macam lagi kat sini...

 Solusi (Sekarang dah 46 - macam gambar kat atas)

Gen-Q Isu 12

Al-Ustaz 

Majalah keluaran Ana Muslim pun ada...

Baguih! (Latest ni)
Majalah ni berkonsepkan Majalah Komik dengan penyampaiannya tersendiri serta santai tapi padat dengan nasihat. Majalah ni juga bercirikan lawak kartun yang positif dan diselitkan jugak pengajaran untuk kita hayati bersama. Nak tau best ke tak kena la beli...huhuhu..
Camne nak beli?? Klik je gambar mana-mana kat atas..

Bukan majalah je ada. Macam-macam lagi ada. Buku ilmiah, novel, al-Quran, etc..
Jom rajin-rajinkan diri membaca....

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)"


Aug 4, 2012

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t..Salam juang buat ikhwah wa akhawat...

Lama juga menyepi...

Namun, pada waktu dan saat ini, aku menulis lagi...
Ini saja yang ku mampu untuk membantu dakwah ini. Allah...
Membantu membangunkan semangat dalam diriku yang semakin malas sangat untuk beramal.
Mudah-mudahan yang terklik blog ini dapat mengambil ibrah yang boleh membuahkan pahala buat diriku...



"Susahnya nak ikhlas...."


Kadang-kadang terfikir jugak dalam hati adakah semua yang kita lakukan ini ikhlas?? Ikhlas kerana Allah??

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah." [HR Abu Daud dan An-Nasaie]

Contoh:
  1. Saya minat Matematik. Saya suka belajar Matematik. Tapi kenapa setiap kali keputusan peperiksaan untuk subjek Matematik selalu gagal? Tak cukup ikhlas ke aku belajar?
Heh??! Macam tah pape je bg contoh..belasah jela...Ok, contoh lain yang lebih qowiy..

Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Saiyidina Ali Karamallahuwajhah diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka Saidina ali menjawab "Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah aku diludah itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah."

Ikhlas itu rahsia Allah. Ikhlas sukar dinilai. Ini adalah kerana ikhlas merupakan niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. 

Seringkali tertanya-tanya, macam mana kita nak tahu yang kita ni dah betul-betul ikhlas buat satu benda. Adakah dengan berkata "Eh! Aku ikhlas ni tolong kau."

Bukan ke ikhlas tu tak boleh ditafsirkan dengan kata-kata? Ke macam mana?? 

Rumit juga ya....Sedangkan ulama' mengambil masa bertahun-tahun untuk menafsirkan ikhlas. Apatah lagi kita..

Cube kita perhatikan gambar di bawah....


Ada nampak apa-apa tak???????
Tak nampak kan???
Ha...macam tulah ikhlas..

Ikhlas diibaratkan seperti semut hitam, berjalan di atas batu yang hitam, pada waktu yang gelap gelita..
Macam gambar kat atas tu...nampak tak semut hitam dlm gambar tu?? Siapa yang nampak memang haibat laa...

Bukan senang nak dapatkan keikhlasan hati. Berapa ramai yang buat sesuatu pekerjaan tu lillahitaala. Kerana Allah. Macam solat. Kita berniat "sahaja aku menunaikan solat fardhu Maghrib 2 rakaat kerana Allah Taala".. Fuhh! Mudahnya kita berniat macam tu setiap kali solat. Padahal dalam hati, "cepatla habis solat, cepatla habis solat." Ikhlas ke macam tu??? Tapi tak salah pun kita niat macam tu. Kalau yang betul-betul ikhlas tu baguslah...Tapi semakin kita katakan kita ikhlas *dalam konteks luar ibadah khusus ye...*, semakin keikhlasan tu lari dari kita...

Semuanya kembali kepada hati kita.. Niat kita. Nak jaga niat ni merangkumi semua perkara. Sampaikan bila kita sedih pun Allah menilai adakah kesedihan kita itu kerana Allah atau kerana dunia semata-mata. Apakah kesedihan yang dialami itu kerana gagal dalam peperiksaan?  Atau kerana putus cinta? Kalau macam tu lah, kamu hanya mendapat kesedihan sahaja, tak memberi apa-apa manfaat pada Allah. Hati kamu kosong *bukan macam Najwa Latif..huh*

Akhir kalam, 
Tak perlu untuk kita mengaku ikhlas. Cuma hati yang perlu menjawab. Semuanya berbalik kepada hati..Keikhlasan akan datang dengan sendirinya tanpa perlu kita mencari. Namun, keikhlasan perlu di cari untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah).



Sekian, wassalam....

[Click click]