Apr 30, 2012

Surat layang


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kelemahan itu lemah menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
::jalan dakwah masih panjang::
Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha tahu bahawa di setiap ruang waktu, terlalu banyak seruan dan ajakan untuk meninggalkan jalan hidup RasulMu dan di sela-sela ruangan waktu itulah kami berharap akan tetap istiqamah di jalanMuKami juga memohon agar Engkau memelihara harapan itu di hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan menguatkan barisan kami, umat NabiMu SAW.

Feb 11, 2012

tak cool la tudung labuh

"Wei, tengok budak pompuan yg pki tudung labuh tu, bila dia jalan nampak cam khemah bergerak je...."


"Tak panas ke pakai tudung besar?......"


"Perempuan tudung labuh pun sama je...."


"Tak cool la pakai tudung labuh, tengok cam aku, tudung bling2 lagi. Ko ade??!!.."


"Alah, tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua org yg tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil?"


Situasi-situasi seperti di atas sudah banyak kali berlaku terutama dalam hidup seorang wanita muslimah yang bertudung labuh.

Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana tudung labuh bukanlah pengukur iman seseorang.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari dan mencari cahaya Islam yang sebenar.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga mempunyai banyak kekurangan diri.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanya ingin menjadi seorang muslimah solehah.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana aku juga sama seperti kamu, manusia biasa yang banyak melakukan khilaf. Tiada insan yang sempurna melainkan Rasulullah SAW..
Aku ditarbiyah dengan tudung labuh. Dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Ilahi.
Aku tidak minta dipuji dengan kecantikan tudung labuhku.
Aku tidak minta disanjung dan dihormati kerana tudung labuhku, 
Kerana aku sama sekali tidak pernah berbangga dengan tudung labuhku.
Aku takut fitnah akan mengundang diriku. Kerana tudung labuh, aku telah membuatkan ramai lelaki kalah dengan dirinya sendiri.
Aku hanya insan biasa-biasa yang menjadikan tudung labuhku sebagai pelindung diri ini dan aku hanya ingin menjadi muslimah yang lebih baik dengan tudung labuhku.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya. Kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."(Surah An-Nur:31)

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus berusaha menjaga maruah diri dan auratku ini agar aku mampu berada dijalanMu yang lurus dan benar.

Jangan mengaku diri solehah selagi belum mampu menutup aurat mengikut syariat. Tak semua perempuan bertudung labuh solehah. Tapi untuk menjadi wanita solehah sewajarnya bertudung labuh.

Kukuhkan jiwamu wahai muslimah seperti jiwa Saidatina Khadijah.
Belajarlah dan tuntutlah ilmu agar menjadi pusat pengetahuan seperti Saidatina Aisyah.
Bersabarlah dan tabahlah menghadapi kesukaran perjuangan seperti Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang tidak pernah merungut walaupun berjuang berseorangan.
Jadilah seorang mujahidah harapan ummah.
Dunia kini perlukan mujahidah seperti kamu wahai muslimah!!

::Tudung labuh tak cool, tapi osem::

Wassalam...

Jan 29, 2012

From "Zero to Hero"

::Rehlah at Pantai Morib, Banting::

"Hidup ini adalah semata-mata pengabdian kepada Allah melalui kecintaan kepada Rasulullah SAW"

"ya Allah, terimalah permohonan kami! Selamat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah SAW, ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya"

Salam Maulidur Rasul~

*Exam mood~*

Assalamualaikum..

*quick post*

"Weh, sempat lagi nak tulis blog?? Esok nak exammmmm laaaaa!!!!"

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Peliharalah hatiku ya Allah...Janganlah kau lemahkan
Senangnya semangat ni nak lemah....*ni sume syaiton durjana punye pasal! huh!*

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..
"Jalan dakwah bukan seperti dibentangkan dengan karpet merah, tapi ianya jalan yang penuh onak duri" Imam Hasan Al-Banna

Belajar pun dikira jihad fi sabilillah...

Ingat tu, bukan senang nak ajak orang buat baik..
Nak ajak orang ke jalan yang diredhai Allah..

Heh! "Diri kau tu pun tak betul lagi..sibuk nak ajak orang lain..tolongla"

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah sehebat serikandi agung Saiyidatina Khadijah..
yang sanggup menggadai semua hartanya ke jalan Allah..
*nak derma seposen pun fikir sepuluh kali...
Sedarlah sikit....

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah setanding Saiyidatina Aisyah..
yang sanggup bersama-sama Rasulullah dalam memperjuangkan agama Allah diwaktu usianya masih muda remaja...
*Hidung kau pun berhingus lagi masa tu...perangai pun macam budak sekolah...
Sedarlah sikit....

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah seberani Sumaiyah...
yang sanggup menggadai nyawa demi kalimah suci agung 'Lailahaillallah '
*kena band dengan non-muslim pun dah menangis tak tentu pasal...sedarlah sikit...*

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah semulia Rabiatul Adawiyah...
yang sentiasa beribadah kepadaMu tanpa mengenal erti jemu...
*baca Quran sikit pun dah letih...sedarlah sikit...*

Ya Allah, aku tahu, aku tidaklah setabah Halimatus Saadiah...
yang sentiasa sabar dalam mencari rezekiMu...
*takde duit sikit pun nak mengeluh....
Sedarla....

Ya Allah, aku tahu, aku manusia lemah, tak terjangkau untukku menjadi seperti serikandi-serikandi agung...
Tapi ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada hambaMu ini, untukku berjuang, berjihad menegakkan agamaMu ya Allah..

Ingin sekali aku menjadi wanita solehah...bantulah hambamu ini ya Allah...

Sesuatu amal tidak akan diterima Allah kecuali dilakukan dengan ikhlas dan bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah

::Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah::

Ikhlaskan hatimu wahai Nur Afiyah......

P/s: sambung date with Mr. Fizik...

Selamat meneruskan jihad di medan peperiksaan sahabat seperjuanganku...Dakwah adalah yang paling utama tapi akademik bukan yang kedua...*fiqh aulawiyat*

Wassalam...

Dec 31, 2011

Niat kerana Allah, bukan kerana jemaah

Assalamualaikum akhi wa ukhti..

"Teguhkan ikatan persaudaraan Islam"

Dengarlah kata-kataku dari pengalaman dakwah dijalan ini yang sangat sedikit. Maklumlah , 'duat hingusan' lah katakan..

Seorang daie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa melakukan apa-apa amal kerana sifat itu sebenarnya menunjukkan keaiban orang beriman. Kita seharusnya merebut peluang yang ada untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan ditarbiyah. Janganlah kita menjadi "penganggur" dalam tarbiyah. Yang hanya tahu cakap "wait and see".

Sebenarnya, pada zaman dan era kita inilah merupakan zaman yang paling mudah untuk melaksanakan dakwah kalau nak compare dengan zaman Rasulullah SAW dahulu. Walaupun kita tidak bersama dengan rasul dan para sahabat. Tapi malangnya, ramai anak muda mahupun orang tua tidak mahu mengambil peluang keemasan ini untuk dimanfaatkan. Kita banyak membuang masa untuk tarbiyah yang hebat tapi malangnya tidak bernyawa untuk bergerak.  

Kenapa ya? Jawapannya sudah tentulah kerana seluruh jiwa dan raga kita telah dikuasai oleh arus kemodenan dan euforia dunia hingga hati kita menjadi keras seperti batu dan layu dari siraman kesedaran dan keredhaan dari Ilahi. Sehinggakan kita merasakan seperti perjuangan dakwah ini merupakan satu perjuangan yang sangat berat dan menjadikan kita tidak jujur dalam perjuangan ini.

Pada satu ketika dulu, rasanya tidak ada seorang pun yang berbangga dengan perjuangan dan jemaah mereka kerana pada ketika itu, mereka sentiasa mengutamakan dakwah dan tarbiyah yang kukuh sahaja kerana bagi mereka, jemaah ini hanyalah dijadikan sebagai pelindung. 

Sangat banyak ujian dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pendakwah terdahulu yang tidak pernah dirasai oleh kita. Namun, mereka tetap tabah dan cekal hati menyampaikan cahaya keimanan kepada seluruh masyarakat yang semakin jauh dan terpesong dari akidah yang sebenarnya.

Pelik ye. Realitinya sekarang ini, jemaah Islam seolah-olah jemaah jahiliyah. Dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan kutuk mengutuk. Yang mana perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan DeenNya.

Apalah yang nak dibanggakan dengan jemaah yang kerdil ini. Even kita rasa kita kuat dan besar bila berada dalam sesuatu jemaah, tapi kenapa maksiat masih terus berleluasa? Daulah yang kita inginkan juga masih belum menampakkan bayangnya lagi. Apalah ertinya jemaah kita terkenal hingga keseluruh pelosok dunia tapi Islam masih tersepit dan terpinggir dalam arus kemodenan dunia. Mas'ul dan pemimpin2 masih tak dapat membantu ummat yang kian jauh dari tariq yang benar.

Wahai sahabat sahabiyah seperjuanganku, marilah kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk sungguh2 mendidik dan mentarbiyah agar kita semua dapat merasai masuliyah ini. Rebutlah peluang dakwah untuk tegakkan Islam di atas bumi ini! Ayuh sama-sama kita menyampaikan fikrah Islam agar dapat menyatukan ummah. Gunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya. InsyaAllah, kita akan sentiasa lurus dijalan ini, biiznillah. Niat kita perlulah sentiasa betul supaya kita bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah.

Wallahua'lam

[Click click]