Mar 3, 2011

Result SPM...

Result SPM 2010 9 Mac ni?? 

Betul ke??
Tapi hari tu ada kursus..
cenggane ek?? hmm...

Feb 26, 2011

Family Tree~

Eidul fitr 2010

Mari belajar bahasa Korea...Part 2

Hangugeo-Chosonmal.png
Ok..Jom sambung belajar bahasa korea part2..Bahasa Korea = hangual.
Perkataan hari ni - 친구
Menatang apa tuh? Cam tulisan Cina je..hehe..Tu bukan tulisan cina or mandarin what so ever..Tu la hangual..
Ok..

ts' *bunyi nya ch* = 
i = 
n = 
g = 
u = 


chin ()
gu ()


chingu / 친구 = kawan / friend


Faham tak?? Tak faham sudah..huhu..Malu bertanya sesat jalan..Annyeong~!! Gamsahamnida (감사합니다)

Wassalam...

FACEBLOG VS FACEBOOK??



ini dia faceblog 

Faceblog ni apa?? Cecite cecite..hehe

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Ni la dia faceblog..Mari la ramai-ramai mengimarahkan masjid sepertimana kita mengimarahkan faceblog ni..



Saya guru cemerlang di sekolah gemilang untuk melahirkan insan terbilang

Assalamualaikum...
Apa yang saya merepek ni?? Saya guru cemerlang?? Saya dapat award guru cemerlang kah? Hehe..Jawapannya of course lah bukan kan..Baru mengajar 2 bulan dah berangan nak dapat award..mimpi jela..hihi..
Sebenarnya, semalam (26/2/2011) ada kursus profesionalisme guru cemerlang dekat sekolah..Ye, guru sandaran pun kena pergi kursus ok..Tapi takpe la..Dapat jugak ilmu kan..


"I'm learning all the time. The tombstone will be my diploma"

Kursus ni ada 2 slot. Slot 1 tajuknya 'Saya Guru Cemerlang Di Sekolah Gemilang Untuk Melahirkan Insan Terbilang'. Ceh~ tajuk nak up je..huhu..Dua2 slot Ustaz Azhari Sulaiman yang bagi..Ustaz ni best~ huhu..Antara isi-isi yang saya dapat dalam slot ni antaranya asas-asas kecemerlangan organisasi. Kiranya macam hubungan guru2 dengan pentadbir (ketua guru)..hee


"Guru yang sederhana memberitahu, guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi"

Wah~ bagi quotes pulak dah..poyo je..huhu


Lepas tu slot kedua tajuknya 'Kearah pedagogi cemerlang'. Menatang apa pulak pedagogi tu? huhu..Pedagogi tu teknik pembelajaran ye cikgu-cikgu..hehe


Macam-macam la cara dia ajar teknik2 pembelajaran yang betul ni..Denda2 yang menjatuhkan maruah tak boleh ye~ hihi..Teringat pulak masa form3 dulu..Pernah la kena denda yang menjatuhkan maruah ni..Contohnya kena jalan itik...hehe..Tapi bagi saya bukan untuk menjatuhkan maruah..Tapi untuk mengajar saya..Sapa suruh tak dapat markah Sejarah 80 ke atas..huhu..Kena jalan itik dalam kelas je pun..Siap tutup pintu ngan tingkap lagi and budak putera a k a lelaki kena keluar kelas..hee..Rindu cg ezana~


Picture of Duck - Free Pictures - FreeFoto.com
letak gambar itik la pulak..cuba bayangkan kalau hari2 kena jalan itik..penat2~ ish..

Lagi satu denda cg Ezana yang paling famous amos kena pusing tangki merah..Tu memang wajib setiap tahun..Budak-budak form 3 yang tak dapat markah Sejarah 80 ke atas utk ujian bln 3 kot, kena la pusing tangki merah..Saya pun kena okey..hehe..

ni la dia tangki merah..kenangan~

Tapi semuanya tinggal kenangan..Saya tak marahkan cg Ezana pun..Malah makin sayang~ hehe..Sebab cg lah saya dapat A Sejarah masa PMR..Terima kasih banyak-banyak sebab cg buat macam tu dekat kami yang degil2 ni..Kena berdiri atas kerusi la..*Even dah form3 pun kena berdiri atas kerusi jugak tau*huhu..Tu la, sapa suruh tak baca buku Sejarah sebelum cg masuk kelas..Kan dah tak dapat jawab..Padan muka~huhu

Terkeluar tajuk la pulak..haih~ Takpe la..Apa-apa pun, bila kita pulak yang kena mengajar ni baru la kita faham perasaan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu..Baru ku tahu~
Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu~ 

"Prophet Muhammad pbuh is the greatest teacher all the time"

Wassalam~

[Click click]