Jul 26, 2012

Pudica Mimosa

Assalamualaikum...

Pernah tak masa kecik-kecik dulu kita teruja main pokok semalu dekat belakang rumah yang penuh dengan semak. Main pijak-pijak, lepas tu pokok tu kuncup. Lepas tu, tiba-tiba kaki berdarah sebab pokok semalu tu ada duri. Balik rumah kena marah dengan mak sebab main dekat semak.

Macam tu jugak la dengan perempuan. Perempuan solehah diibaratkan macam pokok semalu *atau nama saintifiknya Pudica Mimosa*



Alkisahnya,,,,
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.



::semalu::

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

::Mencari mardhotillah::

Sekian. Wassalam


Speechless

Jul 1, 2012

Kini ku bergelar mahasiswi~

Assalamualaikum...

Perhatian! Sebelum memulakan bicara, saya Nur Afiyah ingin mengingatkan kepada anda-anda di luar sana, jika alergik dengan perkataan tarbiyah, dakwah, usrah, dsb yang berkaitan, anda dipersilakan untuk meng'klik' butang 'X' pada penjuru atas sebelah kanan..Sekian, harap maklum...

Sejak bergelar mahasiswi ni *uhuk2! batuk yg dibuat2*, banyak mehnah, tribulasi, ibtila' dan segala macam perkataan yang ada kaitan dengan kesusahan, ujian, dugaan selama hampir sebulan ada di sini..sini lah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Banyak juga perubahan yang telah berlaku pada diri...

Ya, saya mengaku, setelah hampir sebulan menjejakkan kaki ke alam kampus ni, saya belum pernah lagi meng'join' usrah *ya Allah, futurkah aku??*atau lebih dikenali sebagai bulatan gembira. Kenapa dipanggil bulatan gembira??!! Gembira sangat ke duduk ramai-ramai dalam bulatan *walaupun taklah betul-betul bulat macam bola dekat padang tu*??!

::Macam ni la rupanya bulatan gembira tu::

Jawapannya, memang gembira sebab dengan bulatan tulah kita mengenal erti tarbiyah, selain daripada tarbiyah dari ibu bapa yang sememangnya itulah tarbiyah pertama kita..Bukan nak cakap pasal tarbiyah kat rumah, tapi nak cakap pasal bulatan gembira ni..Dengan bulatan tu juga lah kita dapat rasa manisnya berukhuwah..

Tak pandai untuk saya menipu diri sendiri yang saya sangat-sangat merindui bulatan gembira itu. Rindu untuk ditarbiyah dan mentarbiyah..Rindu nak makan sama-sama dengan ahli-ahli bulatan gembira, rindu nak tidur sama-sama, bangun pagi esok tengok-tengok 'eh! kaki orang tu kat atas badan orang ni, so sweet~!', rindu nak hu ha hu ha dekat surau *eh! hu ha hu ha kami ni berilmiah tau!*, rindu nak riadhah sama-sama, jogging keliling kolej *jogging la sangat, padahal jalan je* buang segala kolesterol dan kalori yang berlebihan dalam tubuh, lepas tu pergi pekena nasi goreng sepinggan penuh dengan air milo kat cafe sama-sama. ^_^'

Kehidupan di sekolah, kolej, dan kampus sangan berbeza.. Tak tipu, SANGAT lain..

Perkara 1st yang terfikir dalam kepala lepas jejakkan kaki kat sini ialah misi mencari surau.. Seminggu cari surau, tapi tak jumpa :-(

Lastly, jumpa Surau Ar-Rasyidin yang cenonet dekat tingkat bawah blok lelaki.. Ya, BLOK LELAKI..Pintu surau tu cuma ada satu, tak kira muslimin ke muslimat semua masuk ikut pintu tu..Masuk-masuk je dekat surau tu 'eh! mana perempuan??!! Takde orang perempuan ke yang datang surau ni??' Agak pelik di situ dan pada ketika tu jugak semua muslimin memandang dengan padangan yang pelik *pelik sangat ke muslimat datang surau??*..Seorang akhi bagi tahu yang muslimat sangat jarang datang ke surah..huh!? Tak boleh jadi ni..Kenapa boleh jadi macam tu?? Akhirnya,, kami pulang dengan perasaan hampa sambil berkata 'takpelah bang, kami solat dekat bilik jelah, segan pulak takde muslimat dekat surau ni.'

Gelaran ustazah dah jadi panggilan wajib untuk siapa-siapa yang bertudung labuh..hek! Tak kira la ambik sains ke matematik apatah lagi pendidikan Islam or Bahasa Arab, semuanya dipanggil ustazah. *bilangan mereka yang bertudung labuh SANGAT SEDIKIT. boleh dikira dengan jari*

Ya Allah, futurkan aku?? Mana pergi semangat juang kau nak berdakwah???? Dulu dekat kolej punya la tung tang tung tang bagi tazkirah la, ta'lim la, apa la...tapi sekarang????

Ya Allah, sesungguhnya diri ini sangat tidak kuat untuk menjalani kehidupan kampus dan sejujurnya saya masih belum bersedia untuk digelar mahasiswi...

Mungkin orang lain berbangga dengan gelaran mahasiswa mahasiswi. Tapi bagi saya, sangat tidak mampu untuk digelar mahasiswi. Tanggungjawab yang dipikul sangat berat dan ujian yang dihadapi maha hebat, dugaan yang datang begitu kencang..Lepas satu, satu ujian yang datang macam air terjun yang mengalir deras sampaikan pada satu ketika tahap kesabaran diri ini telah sampai ke tahap yang lebih tinggi dari maksimum. Sebagai seorang daie, terhidu kepahitan dan ujian yang menguji kesabaran untuk terus berjuang. Sungguh, aku tak mampu. Air mata tak henti-henti mengalir setiap malam memikirkan keadaan dan situasi yang sungguh berbeza dengan sekolah dulu mahupun kolej..

::Disebalik ujian ada kemanisannya::

Duhai hati yang sentiasa resah gelisah, ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang...

Selagi kita menempatkan Allah di dalam hati kita, walau kita disakiti, dicemuh, dihina, kita tetap teguh. Bersabarlah wahai hati, sudah jelas Allah memperdagangkan sesuatu yang sangat besar kepada orang mukmin, namun bersabarlah terhadap ujian yang menimpa. Bukan mudah menjadi yang terbaik dan bukan mudah mengajak orang berbuat baik. Kampus life tidaklah semudah dan se'best' yang disangka. Jangan jadikan dunia kampus tempat untuk kita honeymoon atau bersuka ria. 

::Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan::

Wassalam...

Jun 24, 2012

Segalanya MilikMu

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat sahabat sahibah sekelian..Meski kita kini terpisah jauh, namun, percayalah, hati ini bertaut atas keizinan dariNya..Semoga sentiasa tsabat dalam perjuangan...

Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali...
Setiap milik kita adalah kepunyaan Allah. Diri kita sendiri juga adalah milik Allah. Segalanya milik Allah. Kita tak punya apa-apa.
Setiap harta benda yang kita dapat dengan hasil titik peluh kita sendiri juga milik Allah..

Selalu kita merayu dan mengharap untuk mendapatkan sesuatu yang mustahil untuk kita miliki, tapi Allah tahu mana yang baik untuk hambaNya.

Selalu kita membandingkan diri sendiri dengan orang lain, tapi Allah tahu kita berada di tahap yang sesuai untuk hambaNya.

Selalu kita mempersoalkan kenapa Allah beri ujian yang berat kepada kita, sehingga kita terlupa pada siapa perlu kita mengadu segala masalah, tapi Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya.

Selalu kita bercita-cita untuk dapat keputusan cemerlang tidak kira di peringkat mana sekalipun, tapi Allah lebih tahu dan lebih cepat mencorak masa depan hambaNya.

Selalu kita bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, jurutera, dan sebagainya, sehinggakan kita sanggup berhabis wang ringgit hanya untuk mencapai cita-cita yang kita impikan, tapi Allah lebih tahu kemampuan diri hambaNya.

Segala yang kita miliki kini hanya pinjaman untuk kita yang Allah berikan..Bersyukurlah dengan harta pinjaman Allah ini...


"Kau yang mengutuskan duka,
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa,
Namun padaMu jua diadukan,
Merebahkan keresahan dan tangisan....."

-Segalanya MilikMu-

::Segalanya milikMu Allah::

Jun 22, 2012

Another New Life...

Assalamualaikum....

Hidup manusia memang panjang perjalanannya...makin lama kita hidup, makin banyak pengalaman dan makin banyak ujian yang kena kita hadapi..

Hidup penuh dengan ujian..dan ujian ini sebenarnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya...

Hidup ini sangat pendek kalau kita hitung dalam hitungan tahun, namun ianya amatlah bererti buat kita dalam hitungan amal..

Hari ini.., selepas setahun melalui rintangan, mehnah dan dugaan hidup di bumi matrikulasi, Allah uji dengan mencampakkan diri ini ke alam kampus, alam universiti..Alam baru yang sekali lagi akan menguji kekuatan iman kita..dikelilingi dengan kawan-kawan yang 'biasa-biasa'. Diri ini dirasakan terlalu asing bagi mereka..

"...orang yang menempuh perjalanan menuju Allah dan negeri akhirat, bahkan semua orang yang menempuh perjalanan, tidak akan sempurna perjalanannya dan tidak akan sampai kepada tujuannya kecuali dengan dua kekuatan, yakni kekuatan ilmu dan kekuatan amal." -Ibnu Qayyim-

Semoga diri ini diberi kekuatan untuk menempuh hidup di dunia baru dan diberi kemudahan untuk mengutip butir-butir mutiara ilmu di sini....we ♥ UPSI *tagline UPSI...*

::Masjid Kampus Sultan Azlan Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris::

[Click click]