Mungkin korang merasa sedikit pelik dengan tajuk entri saya pada kali ini kan? (takde la pelik sangat pun. huhu). Saya tak tersalah tulis okay~ Saya memang bermaksud nak tanya kepada korang sama ada korang ada tak barang terpakai yang dah tak nak guna? Tahu tak sebab apa saya tanya macam tu?
Ada tak barang terpakai yang dah tak nak guna? Kalau dah tak nak guna barang-barang tu, jual kan jela di Mudah.my. Buat apa simpan lama-lama. Kalau barang tu boleh jadi antik dan laku di masa hadapan tak apa la juga. Tapi barang tu mungkin lama-lama boleh jadi rosak ke, reput ke. Korang juga yang rugi!
Cuba tengok-tengok dalam rumah tu, ada tak barang yang boleh dijual (seterika, mesin jahit, dapur, komputer, meja, kerusi, tikar atau apa-apa je). Then, belek barang tu, periksa sama ada barang tu boleh guna lagi atau tak. Kalau macam dah tak berapa nak elok, cuba tanya kat kedai berapa harga kena caj kalau repair. Lepas dah repair, jual barang tu di Mudah.my ya.
Kalau barang tu tak rosak atau boleh guna lagi, terus je jual di Mudah.my. Sekurang-kurang, dapat buat duit jugak kan? Tak la barang tu buat sakit mata dan menyemak je kat rumah. Tapi, kenapa kalau rosak sikit kena repair baru jual? Kenapa tak jual je terus?
Haa.. Ni yang saya nak cerita sikit. Macam ni lah, saya bagi contoh, katakan saya ada handset Blackberry(wah! kayenye..huhu) yang dah guna setahun, tapi saya nak jual sebab keypad dia dah rosak. Then, saya tak nak repair sebab saya rasa harga repair keypad untuk Blackberry boleh cecah beratus-ratus.
Lalu saya ambil keputusan untuk jual. Berapa korang nak bayar? Katalah korang sanggup beli dengan harga RM900 sebab keypad dah rosak. Lepas tu, bila beli je, terus pergi kedai handset sebab nak repair keypad yang dah rosak tu. Tengok-tengok, harga repair tak sampai pun RM100. Sekarang, siapa yang rugi dan siapa yang untung? Dah tentu la korang untung dan saya yang rugi. Betul tak?
So, pelajaran kita hari ni, kalau nak jual barang di Mudah.my, kita kena la tambah value barang tu sikit. Dengan tambah value macam repair keypad handset Blackberry tu, saya mungkin boleh jual handset tu kat korang dengan harga RM1500. Masa tu, saya lah yang akan untung besar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua orang. Demi kejayaan kita semua!
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment