Feb 5, 2011

Aku yang hipokrit

Bismillahiraahmanirrahim...
Teringat zaman sekolah dulu (macam lama sangat je tinggalkan zaman persekolahan..huhu) perkataan hipokrit sangat sinonim dengan pelajar puteri Maahad. Kenapa? Sebab kat sekolah bukan main lagi pakai tudung labuh macam nak sapu lantai je, tapi bila kat luar, pakai tudung macam-macam jenis/fesyen. Tudung bawal la, shawl la, selendang la apa la. Macam dah jadi trend plak sekarang ni. Ada tu pakai tudung sebab dia rasa dia cantik bila pakai tudung. Sepatutnya pakai tudung mestilah kerana Allah. Betul ke kerana Allah?
Kalau kerana Allah, kenapa mesti pakai tudung singkat-singkat atau tak cukup syarat. Pakai tudung tapi jarang. Pakai tudung tapi tetap mendedahkan bahagian aurat perempuan. Ini ke dinamakan pakai tudung kerana Allah? Kalau nak cakap bab pakai tudung ni sampai esok pun tak habis. Ok. Berbalik pada tajuk yang sebenar. Ya. Memang aku hipokrit. Kat sekolah bukan main pakai tudung labuh. Tapi dekat luar tak pakai tudung labuh (tapi still pakai tudung yang agak labuh, thats means tudung bidang 55/60 tu la). Tapi kat sini aku(sejak bila guna aku ni..tak kisah la) nak cakap, aku sangat sedih bila tengok gambar kawan-kawan dekat Facebook yang very dangerous and terrible tu. Gaya mereka seperti bukan dari pelajar maahad, maksudnya bukan dari sekolah agama la. Dan nama pun Sekolah Menengah Kebangsaan AGAMA kan. Sekolah agama la tu. Aku sangat sedih dan kecewa. Ini ke yang mereka belajar dekat sekolah dulu? Mana pergi ilmu-ilmu mereka yang sangat banyak (lebih banyak dari aku. aku ni tak banyak ilmu pun) yang mereka belajar dekat sekolah dulu? Aku terasa macam 5 tahun tak cukup untuk aku dan rakan-rakan belajar dekat bumi ulama' tu. Banyak lagi ilmu yang perlu aku kutip dari guru-guru ustaz ustazah yang sangat banyak ilmu dan pengalaman. Terasa macam menyesal pulak sebab dulu tak cuba mendampingi ulama' di bumi hamidiah tu. Tapi apakan daya, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Kembali kepada perkataan hipokrit yang aku usulkan tadi. Aku rasa sangat bersalah dan sangat menyesal sebab tanpa sedar aku menjadi seorang yang hipokrit. Hipokrit dalam menghias diri. Hipokrit dalam berpakaian. Sesungguhnya, isu aurat ni aku rasa tiap-tiap tahun aku dengar ceramah atau pun tazkirah dari akak-akak, rakan-rakan, serta ustazah-ustazah. Bukan tak pernah dengar, tapi disebabkan keegoan dan kedegilan aku menyebabkan aku menjadi hipokrit.

Cuba tengok gambar kat atas. Aku rasa ramai dah pernah tengok dan sangat familiar dengan gambar tu. Apa taknya, merata-rata orang letak gambar ni. Dekat Facebook, Myspace, Friendster, dll, semua ada gambar ini. Tapi, apa efek yang boleh kita lihat dengan letak gambar ni? Aku rasa gambar ni hanya sekadar hiasan profil semata-mata. Orang baca pun macam dah bosan. Ini la hakikatnya, manusia terutama golongan kaum hawa ni dah tak endahkan aurat mereka. Pakai tudung semata-mata nak ikut trend. Bila zaman semua orang pakai tudung bawal, kita pun pakai tudung bawal. Bila zaman dah berubah, semua sibuk nak berselendang bagai. Tapi, inilah dunia kita yang sebenarnya. Mereka lupa nak sematkan Islam dalam neraca pertimbangan mereka bila menghias diri. Dunia akhir zaman, manusia semakin hanyut dengan hiburan dunia yang langsung tiada faedah. Iman mereka semakin goyah dan longgar. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana seorang Islam tu boleh cakap yang dia tu Islam, sedangkan dia sendiri tak menunaikan syariat Islam yang sebenar. Islam ke namanya tu? Mungkin juga Islam hanya dalam kad pengenalan? Aku bukan nak sindir atau mengkritik sesiapa, tapi aku mengkritik diri aku sendiri. Betapa hinanya aku dihadapan Allah. Aku hanya sibuk mengejar kemewahan duniawi. Tanpa memikirkan yang dunia ni hanya sementara. Kita bukan selama-lamanya hidup kat dunia. Astaghfirullah. 

And Say to the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like both eyes for necessity to see the way, or outer palms of hands or one eye or dress like veil, gloves, head-cover, apron), and to draw their veils all over Juyubihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bossoms) and not to reveal their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers or their brother's sons, or their sister's sons, or their (Muslim women) (i.e. sisters in Islam), or the (female) slaves whom their right hands possess, or old male servants who lack vigour, or small children who have no sense of feminine sex. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg Allah to forgive you all, O believers, that you may be successful'

Ayat ni sangat menyentuh aku. Setiap kali aku baca Quran, aku akan terberhenti lama bila baca ayat ni. Sama-samala kita memuhasabah diri kita. Sesungguhnya, Allah menerima taubat hamba-hambanya yang berdosa.

Banyaknya dosa yang aku buat sepanjang cuti ni. Nauzubillah. Aku mohon taubat dariMu ya Allah~ Terimalah taubat hambaMu yang hina ini. Sesungguhnya, aku merupakan seorang manusia yang lupa. Peliharalah aku dari segala maksiat dan kejahatan. Amin~

p/s: nak pergi baca surah al-waqiah dan terus tidur.


Wassalam

3 comments:

  1. Sentiasa berdoa agar Allah pelihara n kurniakan hidayah kpd kte smue~
    Ssungguhnya Allah Maha Mengetahui what's to come in the future.

    Post yg <333~

    ReplyDelete
  2. afiyaaaah~ kt masih setia dgn tudung labuh walaup0n kat PLKN.. heeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  3. terima kasih azlynfauzi~ ape mksd post yg <333? huhu

    eyh~ saya rindu kamu afifah~!! sorry hari tu hp kte buat hal..kte dah xde hp~ sedey~ huu

    ReplyDelete

[Click click]