Bahan-bahan yang diperlukan:
- Butter/mentega - 1 buku (250 gram)
- Tepung gandum - 1 cawan
- Tepung naik sendiri - 1 cawan
- Serbuk koko - 1/2 cawan
- Telur - 5 biji
- Susu cair - 2 sudu besar
- Gula kastor - 1 cawan
- Air - 4 sudu besar
Cara-cara nak buat:
Mula-mula pukul mentega dengan gula sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur 5 biji. Pukul sehingga sebati jugak. Tak perlu sampai kembang. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri, dan serbuk koko. Lepas tu, masukkan tiga-tiga bahan tadi sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan susu cair dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan adunan tadi ke dalam cawan kertas. Masukkan 3/4 cawan je tau. Jangan penuh. Lepas tu, bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius. Dan siap~
Senang je kan.. Apa tunggu lagi.. Pegi buat sekarang~!!
Hari tu buat lupa nak ambik gambar. Lain kali la letak gambar ye..
No comments:
Post a Comment