Mar 11, 2011

Dunia akhir zaman~

Salam..

Sedar tak sedar, dunia sekarang ni dah betul2 berada di penghujung..Tapi, apa je yang dah kita buat untuk bekalan kita di padang mahsyar nanti?? Cukup ke setakat solat 5 waktu je sehari semalam?? Tanda-tanda kiamat kecil sangat banyak berlaku sekarang..Antaranya, perempuan lebih ramai dari lelaki..Sekarang ni, seorang lelaki nisbahnya sama dengan 60 orang perempuan..Cuba bayangkan, dalam sehari tu sorang je baby lelaki lahir, tapi 60 orang baby perempuan lahir..Ni lah tanda-tanda kiamat..

Lagi, bangunan pencakar langit..Zaman pascaglobalisasi ni, semua negara berlumba-lumba nak bina bangunan pencakar langit..Kononnya nak tunjuk la negara dia lagi hebat sebab ada bangunan paling tinggi di dunia..Padahal, mereka tak sedar, yang bangunan tinggi-tinggi yang dorang bina ni lah sebenarnya tanda kecil kiamat..

Lagi, ibu melahirkan tuannya..Maksudnya dekat sini, anak derhaka terhadap ibu mereka..Kalau kita tengok sekarang ni, banyak cerita pasal anak buang ibu dekat rumah orang-orang tua..Anak dah tak dengar cakap ibu..Ni la dia ibu melahirkan tuannya..Si anak ni sibuk suruh mak dia buat itu dan ini..Dia ingat ibu dia tu orang gaji ke? Pernah ke dia bagi duit dekat ibu dia?? Kalau setakat seratus ringgit apalah sangat dengan pengorbanan ibu melahirkan anak..Ibu sanggup bertarung nyawa..Tapi, apa dah jadi sekarang?? Astaghfirullah..Banyak lagi tanda-tanda kiamat kecil..Antaranya lagi...

+ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
+ Banyaknya berlaku gempa bumi
+ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
+ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
+ Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
+ Berkurangnya sifat amanah
+ Akan terdapat ramai anak luar nikah
+ Orang akan melakukan homoseksual
+ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
+ Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
+ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
+ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
+ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari 
+ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa
+ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
+ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
+ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
+ Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 
+ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
+ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
+ Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
+ Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
+ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
+ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
+ Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
+ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
+ Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
+ Zina bermaharajalela
“ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
+ Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Credit to http://hanief.blogspot.com *ayat warna hijau*

No comments:

Post a Comment

[Click click]